Saturday, March 7, 2015

Summer in Downunder: Day 7.2 - Te Anau Kiwi Holiday Park and Motels & Te Anau Glowworm Cave

Sambungan dari: Summer in Downunder: Day 7.1 - Milford Sound, Southland

kami tiba di pekan Te Anau pada jam 2 petang...terus pi cari supermarket untuk shopping groceries...pusing punya pusing, kami jumpa supermarket Fresh Choice....terus masuk dan beli barang...kali ni takde apa sangat la beli...just beli frozen shrimp, sotong dan shopping sikit barangan lain...dah abes shopping kami pergi pula cari pejabat Real Journeys untuk mencari tiket untuk program malam ni...pejabat ni terletak di pinggir tasik...ingatkan tak ramai orang, sebab macam tak nampak orang je kan kat NZ ni...sekali ramai rupanyaaa...even tiket pun banyak dah abes...
sebenarnya kami nak join aktiviti Te Anau Glowworm Cave malam ni...tu nak terus beli tiket...sebenarnya lepas shopping di Queenstown hari tu, aku berbelah bagi gak nak join ke tak aktiviti ni sebab duit makin susut!lagipun tiket dia ni aku memang tak beli lagi...tapi pikir balik rugi plak kan, bukan selalu datang...terus kami usha masa yang ada dan pilih trip pada jam 9.30 malam...harga tiket adalah NZD75 untuk perjalanan selama 2 jam lebih....kalo nak beli online pun boleh tiket ni, terus ke website Real Journeys ni saja....
dah setel beli barang dan tiket, kami terus menuju ke Te Anau Kiwi Holiday Park & Motels!penginapan kami pada kali terletak dalam pekan tu juga...senang jer nak jumpa...harga untuk motel unit kami dengan kapasiti 4 orang adalah RM453...Holiday Park ni memang antara penginapan yang popular la kat NZ ni...banyak tempat ada Holiday Park ni...dan terdapat juga powersite untuk motorhome di sini...macam best jer tengok kan....
masuk saja ke motel unit kami, rasa macam sedikit kecil berbanding penginapan sebelum ni...tapi ok jer laaa untuk kami melepaskan lelah...lengkap motel unit kami ni dengan 1 queen, 1 bunk bed, toilet, kitchenette, microwave dan fridge...ada juga disediakan washing machine dan iron kat bilik khas...kena share lah dengan penghuni lain...cuma yang tak best pada aku tempat ni adalah wifi kena bayar!NZD5 per user...sobss!
masuk jer bilik, terus cepat-cepat kami memasak!sebabnya perut dah lapar giler tahap gaban...kali ni aku dengan sue ambil alih dapur...dengan pantauan oleh chef dini gak la...hahaha menu kami hari ni adalah kari udang, smoked salmon dan telur dadar!nyummeh!siap masak, memang tak tunggu dah, terus makan!sambil ditemani sambal hijau pedas meletop...pergh sedap giler...lagi-lagi smoked salmon yang dibeli fresh dari ladang tu...sedap bak ang!aku rindu smoked salmon tu...
bila perut dah kenyang, mula laaa mata pun nak terpejam...laju je naik katil masing-masing...aku rasa aku antara yang awal terlelap dulu masa ni...tapi tengah-tengah tido tu, aku duk dengar sue dan dini bising-bising cakap pasal ada kapal terbang Airasia terhempas!mula-mula aku ingat aku ngigau jer...aku sambung tido balik...tapi tak lama tu terjaga balik, baru dengar betul-betul...tapi aku pikir rumors jer kot...sekali tengok FB Astro Awani buat confirmation mengenai kejadian tu, terusss berderau jantung!huhuhu apesal laaa tiap kali aku kat oversea jer, mesti ada cerita pasal flight hilang la, flight terhempas la...mencuakkan okeh...terus takleh nak tido dah...aku terus bangun mandi dan solat...pastu duk main internet...budak-budak tu pula yang tido...

sampai la jam 7.30 petang, kami pun bergerak keluar menuju ke pekan Te Anau...masa beli tiket di Real Journeys petang tadi, kami ternampak ada kedai souvenir kat tepi tu...tu keluar awal sebab nak pi cari souvenir lagi...tapi budak dua orang tu jer la sakan shopping...aku risau nengok duit NZD aku yang makin menyusut tu...
dalam jam 9.15 malam kami pun menuju ke pejabat Real Journeys...rupanya tempat naik cruise malam ni adalah di belakang pejabat tu jer....sempat layan sunset kat tepi jeti, tempat naik cruise tu...Subhanallah, memang cantik sangat sunset pada masa ni...kemain macam orang ada-ada jer kan, pagi petang siang malam duk naik cruise jer hari ni...hehehe
tak lama menunggu, cruise kami pun sampai...terus naik dan lepak belah dalam dulu mendengar penerangan mengenai perjalanan kami pada malam ini...cruise ni akan berlayar menuju ke arah Glowworm Cave dan akan mengambil masa dalam setengah jam lebih jugaaa...
pas dah dengar penerangan sekejap, kami pun decided nak naik ke belah atas cruise...open air...wahhh sejuk giler!dini plak lupa bawa baju sejuk dia, menggigil la kan...hehehe kami lepak layan view yang superb dari atas ni sekejap...tak lama pastu diorang ajak turun sebab tak tahan sejuk!
selepas beberapa lama menaiki cruise, akhirnya kami tiba di sebuah pulau yang menempatkan Glowworm Cave ni...masa ni dah panjang orang beratur nak naik cruise balik ke Te Anau...kami terus turun dan menuju ke bangunan yang terdapat di situ...
sampai di bangunan ni kami dibahagikan kepada 2 kumpulan...kami dimaklumkan kamera tidak dibenarkan dalam Glowworm Cave...dan kemudian kami dibawa terus masuk ke cave ni...masuk jer dah kena tunduk sikit sebab rendah pintu masuk gua ni...kita akan berjalan di atas jambatan besi yang dibuat dalam gua ni...bawah tu adalah air sungai yang agak deras di beberapa kawasan....masuk jer budak tu tunjuk mucus glowworm yang digunakan untuk memerangkap mangsa...dia macam berjuntai-juntai jer kat situ...pastu kat dalam gua tu kalo dongak-deongak ke atas memang nampak la titik-titik cahaya yang dihasilkan oleh glowworm ni...macam titik-titik lampu yang banyak!staff tu cakap, bahagian yang kami masuk ni bahagian paling rendah dalam gua tu dengan panjang 250 meter je kalo nak compare dengan panjang sebenar cave tu hampir 7 km!dan di atas cave tu pula adalah sebuah yang gunung besar...

lepas dah jalan beberapa lama sambil melihat titik-titik cahaya glowworm, kami sampai di penghujung gua yang kami boleh pergi...dan dalam keadaan yang gelap gelita tu, tetiba lampu dipasang!dan terdapat bot di hadapan kami...terus kami naik bot, dan kemudian lampu dipadam...gelap giler...then staff di situ akan gerakkan bot tu perlahan-lahan dan masa ni laaaa paling banyak gilerrr titik-titik cahaya glowworm dapat dilihat!Subhanallah...cantik sangat!macam tengok bintang tapi pada jarak yang dekat!nasib takde milky ways kan..hehehe terpesona betol masa kat dalam bot ni...cuma kekadang tu sakit gak kepala aku asyik mendongak jer sebab nak tengok keindahan dalam gua tu....

untuk pengetahuan korang, dalam gua gelap tu memang tak nampak laaa bentuk glowworm tu...yang nampak cuma laaa titik-titik cahaya yang dikeluarkan oleh bahagian bawah glowworm tu...sampai abes tour tu aku tak dapat bayangkan bentuk glowworm tu...sampai la kami patah semula ke bangunan tadi, ada gallery menceritakan perihal glowworm ni, termasuklah gambar dia...baru la boleh imagine...erk, tetiba terpikir maknanya banyak gilerrrr worm tu tadi kat dinding atas gua tu...nasib laaa takde yang terjatuh masuk ke baju tadi....
lepas dah baca-baca info yang ada, sekali ada tayangan video rupanya...sebelum tu ambil dulu free drinks yang disediakan dan layan tayangan video...kali ni lagi best sebab dia tunjuk betul-betul gambar glowworm yang hidup...pastu dia tunjukkan la macam mana worm tu hasilkan mucus semua...macam mana dia makan serangga...dan paling menarik, rupanya worm ni akhirnya akan bertukar menjadi sejenis fly rupanya...comel giler!best btol...memang kami semua happy dapat experience benda baru macam ni...berbaloi rasanya bayar mahal-mahal tu....

habis tayangan video, kami pun terus bergerak ke jeti untuk menaiki cruise...kami punya rombongan ni kira yang terakhir la...sampaikan staff kat situ pun siap-siap tutup bangunan semua dan naik cruise bersama-sama kami untuk balik ke Te Anau....
sampai jer di Te Anau, terus kami bergerak balik ke motel...sampai jer perut dah berkerongcong...terus ingat nak masak spaghetti...sekali rupanya sos spaghetti yang dibeli tu dah siap ada spaghetti dalamnya...kembang jer nampak kan...pastu letak plak mussel yang kami beli petang tadi...rupanya mussel tu disimpan dalam vinegar...sekali rasa dia masam gilerrr, masam yang menyucuk tuh!habis spoil spaghetti kami malam tu!last-last terpaksa buang jer sebab tak mampu nak telan kemasaman giler...
dan malam tu busy la kami semua duk tengok info mengenai Airasia yang terhempas dan juga update mengenai kejadian banjir yang semakin teruk berlaku di tanah air ku...huhuhu ntah pukul berapa laaa kami semua tertido....

6 comments:

  1. Sebotol coke yang besar! Memang jadi orang ada2 lah ko hari tu kan. Cruise pagi naik, cruise petang naik. Tapi xpe, janji hati happy. Bukan datang selalu pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kt sana mmg gedabak gitu coke dia...aku main tonggang je minum...ada flm 2 botol gk kot kt sana...hahaha tu budak2 duk perli Kata tu tonik aku...hehehe

      Btol tu, piki mungkin xkn smpi lg dh pasni...sbb tu gigih bhabisan duit join pakej ni...hehe

      Delete
  2. baru aku nk tanya glowworm tu apakebenda.. cacing glow in the dark agaknya..hehe

    ko pegi musim panas kan, tapi semuanya berjaket tebal bagak, jd tak la panas sgt kan musim panas kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah cacing tu bhgn bontot dia yg kuar cahaya...utk attract mknn kot...ke sbb apetah..lupa plk...hehe

      Summer...tp masa tghari n ptg je pns...mlm tu sejuk gk lg ditambah naik cruise tu berangin...lg laaa sejuk...hehe

      Delete
  3. bilik menarik cukup semua kelengkapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kak...memang dicari yang lengkap mcm tu...almaklum nak kena memasak kan...hehehe

      Delete