dalam bulan Mac ni aku agak kekeringan poket...almaklum gaji masuk awal, sangap laa nak tunggu next gaji kan....memang duk rumah jer laaa aku di hujung minggu...tapi sabtu lepas tetiba abah ajak pi Port Dickson!sebabnya sempena Sambutan Hari Tentera Darat Malaysia ke-82 pada 1 Mac 2015 yang lalu, diorang ada buat pelbagai aktiviti di Port Dickson!dan pada 7 Mac lepas diorang ada buat Demonstrasi Keupayaan Tentera Darat....dah tu kebetulan mama dan papa zara ada kerja sabtu tu, sekaligus kami angkut sekali zara ke Port Dickson!
awal pagi sabtu tu, bangun jer tengok mak aku dah siap masak mihun goreng meletup!pergh sedap giler...sampai 3 kali aku tambah!sedap sangat...aku rasa mihun paling sedap dalam dunia ni adalah mihun mak aku masak...hehehe dah makan, dalam jam 9 pagi kami bergerak untuk ambil zara dulu, dan kemudian terus menuju ke Port Dickson!yeay!
sampai di Port Dickson dalam jam 10 pagi...kami terus menuju ke Pantai Saujana di Batu 4...punya lah ramai orang..jalan pun jammed!sampai jer depan Pantai Saujana tu terus aku carik parking...penuh dengan orang ramai dan tentera kat pantai ni...demonstrasi dah abes rupanya...dia buat sekali jer jam 8 pagi...tak dapat nak tengok demo diorang dari kapal naik bot sampai ke darat...tapi takpela, kita layan cuci mata tengok abam askar...hahaha abah plak jumpa geng-geng askar lama dia masa ni...tapi masa ni panasss nya lahai...merah-merah muka si tecik tu...
sampai 1 kawasan tu diorang buat pameran aset trup tentera darat...bestlah kan dapat tengok pelbagai jenis kenderaan yang digunakan oleh tentera darat ni...zara siap panjat bumbung nak 'tebak'!hahaha tapi panas sangat masa ni, takleh nak berlama-lama bawah matahari tu...
kat kawasan yang sama juga ada pameran bawah khemah...sempat laaa kami menumpang teduh kejap kat situ...tapi sebab ramai sangat orang bawah khemah tu, rasa sesak la jugak...tak lama kami di Pantai Saujana ni, kemudian kami pun beredar...
seterusnya kami ke Pantai Teluk Kemang di Batu 8...kat sini lepak kat gerai sambil layan coconut shake laaa...dengan laksa la, burger la, goreng-gorengan laaa...mahal hoih makan kat sini...huhuhu sambil kami duk makan tu zara duk sibuk main pasyir...apasal tah suka sangat main pasir..dari semalam duk sebuk kakak nak main pasir...layan jer laaa...masa ni plak laaaa adik aku duk nak bagitau nak kawin!hoih!langkah bendul nih...mau serba berdiri aku mintak kang ni sebab langkah bendul!hahahaha denggg....
lepas dah abes main pasir, kitorang pun nak balik...sekali zara nampak 'tuda' plak...sebelum tu memang dia duk tanya atok dia mana 'tuda'...dah kena layan dia seround dulu...seronok btol dia dapat naik 'tuda'...siap jerit yiiihaaa!haish penangan tengok kartun la ni...kat sini memang banyak laaa aktiviti untuk mak bapak perabih duit...segala macam kenderaan kanak-kanak boleh disewa...hehehe
dah abes tu, kami pun menghala untuk balik ke rumah...tapi sebelum tu singgah dulu di Muzium Tentera Darat...dah lama aku nak pergi, tapi asyik tak dapat...jadinya sempena Hari Tentera Darat ni, haruslah melawat muzium ni kan....turun jer dari kereta, aduhaiiii panas nyaaa....nak buka mata pun payah dek panas sangat...huhuhu cepat-cepat kitorang jalan nak menuju ke bangunan...sebelum tu sempat la beli topi askar untuk zara...kemain suka dia, sampai sekarang tak tinggal topi dia tu...
muzium ni ada pelbagai bilik dengan pelbagai tema...tapi aku dah tak nampak susunan bilik sebab panas sangat...mula kami sampai di Era Penubuhan Askar Melayu...harapan tinggi masuk dalam tu ada aircond, sekali senduuuu jer aircond...berpeluh-peluh duk dalam tu..apa lagi, lajuuu jer jalan masuk dan keluar...abah aku jer yang beriya sikit membacanya...
sambil tunggu atok zara abes membaca sejarah askar tu, kitorang duk layan prebet demok ni bergambar...siap la buat video nak anta ke papa dan mama dia...hehehe kemain topi askar tu kann...makngah pun takde topi askar tu kakak oiii....mengada btol...
bangunan muzium ni ada dua buah...setiap satu 2 tingkat...tapi semua malas nak naik tingkat atas...so terus lepas tu kami ke building yang satu lagi...panas woi nak melintas tuuu....terkelip-kelip mata tahan panasss...huhuhu
seterusnya kami masuk ke hall era pra-kemerdekaan....kat sini adalah cerita mengenai penubuhan askar melayu, penaklukan jepun, kebangkitan askar-askar melayu sampai kecundangnya askar jepun...siap ada bommm lagi dalam hall tu tau...seriau jer aku rasa....
dan seterusnya hall yang sempat aku masuk adalah sumbangan tentera darat ke arah pembangunan negara...haaa dalam ni dia tunjuk laaa tentera darat menyumbang dalam pelbagai projek melibatkan rakyat...membantu mangsa banjir, menyertai misi PBB, misi everest dan macam-macam lagi...
masa nak keluar dari bangunan muzium ni, aku ternampak lorong bawah tanah...aku baru nak masuk, zara nampak jer patung tu dia dah bising-bising cakap tak nak masuk...takut...haish bab berkuntau kemain, tapi penakut...hahaha tak jadi terus aku nak masuk terowong ni tau...
pastu kami berjalan di luar bangunan muzium...tengok banyak kereta kebal dan pengangkutan tentera darat yang lain juga...ada gak helikopter dan kapal terbang kecil....ingatkan boleh masuk kapal terbang tu, sekali dia kunci daaa...takde rezeki la kan....
dan berakhirlaaaa sudah trip hujung minggu kami yang tidak terancang di Port Dickson ni....dengan tema trip menjejak sejarah tentera darat Malaysia...ecewah...hehehe nama pun anak askar kan...tapi tak reti laaa nak blajar pasal selok belok ketenteraan ni...
sebelum balik, abah ajak pi minum dulu...aku plak sebab panas, aku cakap nakpi kedai ada aircond jer...dan akhirnya kami keee Papparich...zara dah pengsan dah masa ni...kami layan makan dan minum dulu sebelum bertolak balik ke rumah...selesai....
alamak lupa ada hari tentera darat ni.. ritu macam dh plan nk pegi.. tp lupa berapa hb.. takpe la.. tahun dpn la baru pegi.. ^_^
ReplyDeletealaaa orang tgh sibuk dengan korea...mana nak ingat hari kat mesia ni dahhh...hehehehehe!
Deleteaku pun pokai bulan march ni pabila kereta menuntut insurans diri agar lebih terpelihara..........:)
ReplyDeletehahaha haaaa aku bulan 5 nanti!pasti plg best, bulan 5 juga laaaaaa besdaay abah, abang, kak ipar dan zara!pengsan aku!
Deletedah taip ilang lagi ke? wawawa
ReplyDeleteaku pon x penah singgah muzium tu...dah byk kali g pd...aritu g kenduri kat kuaters tentera sebelah muzium tu tetap x singgah sebab panas menyengat
comey nye zara pakai cap tentera tu....geyaammmmm
aku rasa a few time komen kat blog ko pun tp tak masuk la...huhuhu
DeletePD memang panas kan...rasa menyengat2 jer panas diaa...huhuhu aku pun banyak kali nakpi...tapi tak terperginyaaa...last ni laaa br dapat pi...tapi tak feel sgt sbb panas!
Malaysian sniper!
ReplyDeleteAi ai captain!
Boleh dididik ni...hehehe
Delete