Tuesday, March 31, 2015

Summer in Downunder: Day 9.2 - Moeraki Boulders, Hampden & Totara Estate, Oamaru

Sambungan dari: Summer in Downunder: Day 9.1 - Baldwin Street & Dunedin Botanic Garden, Dunedin

dari Dunedin, kami pun bergerak menuju ke destinasi pada hari ini iaitu Timaru!tapi sebelum nak sampai Timaru tu, ada banyakkk tempat yang dirancang untuk disinggahi...tapi sebabkan dah gerak dari Dunedin pun agak lewat, ada beberapa tempat yang dirancang tu, tak dapat nakpi...perhentian pertama kami adalah di Moeraki Boulders yang terletak hampir 80 km daripada bandar Dunedin...cuaca tengahari ni senduuu jer...mengundang kelelapan mata sungguh...nasib baik sue yang drive...sampai di Moeraki Boulders pada jam 1 tengahari, kami terus menuju ke arah tepi pantai...main agak-agak jer masa ni...ada signage menuju ke kafe dan information centre tapi kami tak pergi ke situ....
sampai di kawasan parking, terus buka bekalan lunch kami....masa ni la tetiba aku rasa nakpi toilet!langsung diorang makan dulu dan aku naik kereta menuju ke kafe...meriah juga kawasan kafe tu ramai orang!penuh dengan bas juga...aku tak usha sangat la sebab nak cepat...balik semula kawasan parking berhampiran pantai dan makan!nasi goreng meatball kami ni tak pedas, nasib baik ada sambal hijau penyelamat selera...masa aku tengah makan, diorang berdua plak tinggalkan aku sorang-sorang sebab nak ke toilet...abes makan, kemas-kemas...tunggu diorang tak balik lagi...rasa nak baring jer masa tu, tapi segan plak orang tengok...
tak lama tu diorang balik, kami pun bersiap-siap untuk berjalan kaki menuju ke tempat terletaknya bongkahan batu atau boulders yang berbentuk bulat...perjalanan melalui pantai ini mengambil masa selama 10 minit....suasana agak suram jer masa ni....laut pun nampak macam berkabus...sedangkan dah tengahari buta ni....
semakin kami nak menghampiri kawasan terletaknya batu-batu bulat ni, baru perasan rupanya dari kafe tadi tu boleh turun tangga jer nak menuju ke kawasan batu bulat ni...tapi dini dan sue cakap diorang sempat tengok, kalo nak lalu situ kena bayar NZD2...patut la tak ramai jalan kaki dari jauh macam kitorang!hahaha tapi ok jer la...takde la jauh sangat nak jalannya...
dari jauh dah mula nampak batu-batu bulat yang dah jadi bentu semi sfera sebab separuh darinya dah terbenam dalam tanah!memang unik pembentukan batu ni...dah tu sekelompok situ jer yang ada batu bentuk macam ni...dikatakan ianya dah terbentuk sejak beratus tahun yang lalu lagi...struktur batu ni macam nak pecah-pecah juga...bak kata member aku di FB, dah macam telur dinasour pun ada gak ni...hahahaha imaginasi nak kena over kan...
ok takde nak cerita apa dah kat sini...kami tak henti asyik ambil gambar, panjat batu, melompat kesejukan bila kaki kena air laut, ambil gambar lagi...layan tengok gelagat orang bergambar kat situ terutamanya adik-adik comel....hehehe tu tak pikir plak orang nengok perangai kami kan yang ngalahkan budak kecik bergambar tu....kuikuikui....
dan memandangkan masa ni dah penghujung tahun 2014, kami tak lepas peluang mengukir kenangan kat pasir di sini...ambil gambar siap-siap untuk digunakan menjelang malam new year nanti...gitu kan preparation awal....gigih...
dalam jam 2.30 petang, kami pun bergerak meninggalkan Moeraki Boulders menuju ke Oamaru...jarak perjalanan adalah sejauh 40 km...masa dalam perjalanan, ada ternampak cheese factory tapi malas dah nak singgah walaupun ada dalam perancangan asal...sebab pikir masa dah lari banyak kan...nanti banyak lagi nak singgah dan kemudian nak check in di Timaru...tapi dalam 8 km sebelum sampai ke pekan Oamaru, aku terlihat signage Totara Estate!terus cepat-cepat aku suruh sue masuk!ni adalah antara tempat yang aku nak visit!sebabnya Totara Estate ini dikenali sebagai tempat lahirnya industri daging di NZ ni!di mana sejak tahun 1882, ianya telah mula mengeksport daging ke eropah!hebat kan?dan kini industri daging merupakan salah satu industri terbesar di NZ...jadinya, selaku orang yang belajar teknologi makanan ni, harussss aku nak singgah dan lihat sendiri teknologi yang digunakan pada zaman tuuu...
masa kami sampai ni, ada couple mat salleh pun baru sampai...jadinya staff di situ brief sikit kami dan offer tour ke dalam estate ni dengan bayaran NZD10...kami setuju je la...budak 2 orang tu aku nengok macam tak minat jer...almaklum ilmiah sikit kan...hahahaha tapi sebab aku nakpi, terpaksa la bertolak ansur kan...
lepas dah bayar, kami dibawa masuk ke kawasan belakang yang dikatakan bekas rumah pekerja di estate ni dan juga tempat makan mereka...di dalam rumah ini juga dipamerkan pelbagai maklumat dan informasi berkaitan teknologi yang telah mereka gunakan untuk menyejukkan daging bagi tujuan eksport masa dulu kala....ada juga tayangan video yang disediakan...masa tayangan ni, siap la sue dan dini tersengguk!hahahaha aku pun macam ngantok-ngantok gak...tapi tahan mata nak tengok sejarah...gitu gigih kan...
keluar dari rumah pekerja tu, kami ke tempat kambing biri-biri ditempatkan...terdapat pelbagai spesies biri-biri yang ditempatkan di sini...even spesies biri-biri yang pertama dieksport ke eropah juga terdapat di sini...tapi aku pun tak ingat dah yang mana satu...
dari tempat biri-biri, kami lalu pula di kandang kuda...dikatakan dulu masa estate ni masih beroperasi, sebanyak 120 ekor kuda yang dibela bagi tujuan menjalankan kerja-kerja di estate ini....fuhhh banyak giler kan...ye la, estate ni luas giler kot...dalam 15,000 acres!kalo nak kena jalan kaki, maunya semputtt....
dari kandang kuda, kami berjalan pula ke gudang menyimpan makanan kuda...masa kat dalam ni adalah pula pelbagai jenis peralatan yang digunakan dulu kala...kami tak duk lama dalam tu...macam tak best plak kan....hahaha tapi jumpa pakaian pekerja dulu-dulu, makanya sempat la 2 budak gemok ni beraksi!hehehe!
dari gudang menyimpan makanan kuda, kami menuju ke slaughterhouse pula...masa ni makin panas...rasa terbakor kulit!huhuhu ada ladang jagung kat tepi jalan menuju ke slaughterhouse tu...kena jalan jauh sikit la masa ni...sue dengan dini taknak pi...so terpaksala aku pi sorang...tapi dalam hati kecut gak!bila buka sikit pintu tu, ternampak ada kambing tergantung!terus jantung aku berderau!terkejut hoih!dah la aku sorang-sorang...laju aku ambil gambar dari pintu jer dan lari balik ke arah diorang!
dan kemudian kami pun berpatah balik menuju ke arah rumah pekerja tadi...lalu kat gift shop tapi takde beli apa pun...macam mahal jer...usha-usha kejap, then kami pun bergerak meninggalkan Totara Estate ni...terbayang kat kepala aku betapa sibuknya tempat ni satu masa dulu...sejarah NZ yang terus dipelihara sehingga kini dan diharap sampai bila-bilaaa...titik bermulanya eksport daging NZ yang kini bernilai berbillion dollar!fuhhh....

18 comments:

  1. aku jelly betul tengok negara2 yang pertanian dan penternakan diorang hebat ni. best kan dapat makanan yang fresh dan murah..
    eksport kambing je dah menjana pendapatan Negara berbillion dollar.

    kita konon nak buat ladang lembu pun sendu di tengah jalan...*oppsss*

    tetiba mode menteri haha..

    eh aku suka pulak tengok batu2 bulat tu, mcm telur dinosaur je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe murah kut dollar diorang laaa...nak convert ke rm yang makin lemah ni, sangap gak...hahahaha!

      hamboi sentap!hahahaha!

      tu la aku pun bila tgk ni terbayang aku lompat2, sekali anak dinasor keluar...matik aku!hahahaha

      Delete
  2. Replies
    1. kannn...aku pun pelik camno leh terbentuk...tp tak gigih nak study sgt la nape jd gitu...kenas uh geologist la study...kuikuikui

      Delete
  3. Aku suka tengok estate tu. Nampak klasik gila bangunan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la klasik...dirog buat dr sejenis batu apetah...kira batu glemer la kat situ...tahan smpai skng...hebat kan....

      Delete
  4. batu pantai tu mmg pelik...macam cengkerang penyu yang berusia beratus tahun
    shot close up burung tu lawooo
    dan dah kenapa ko tak pose pose macam Adam Levine Maroon 5 dlm vc Animal..dia dlm slaughterhouse dok tepek diri dengan darah...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ada baca psl pembentukan batu ni tp macam malas nak paham kan...teknikal sangat...kehkehkeh katanya terbentuk dek mud dan pelbagai lagi benda la kat situ...gambo burung tu sah2 bukan aku yg ambil sebab aku tak larat nak membongkok sebegitu rupa...kahkahkah

      hamboi ko...skeri sgt tuhhh..aku intai kejap pun dah traumaaa...hehehehe

      Delete
  5. Bangunan 2 di sini sungguh menarik perhatian..menusuk sukma.

    ReplyDelete
  6. Kesian bebiri besor tu tunggu minta dipeluk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu bkn minta kena pelok en mie...tu dia tgh tggu makanan!hahahaha!

      Delete
  7. salam. selamat kenal. jom tukar bloglist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kenal gak mat remos! Orait nanti sy link kan ke your blog.

      Delete
  8. salam. selamat kenal. blog ini antara blog saya mesti visit

    ReplyDelete