Monday, April 14, 2014

TripAdikBeradik ke Jepun ^Day1^Part1 ~ KL to Osaka


setelah lebih sebulan kembali dari Trip Adik Beradik ke Jepun ini, barulah dapat aku nak update ceritanya...rasa nak lempang diri sendiri sebab kemalasan tahap gaban ini...huhuhu tapi takpela, bak kata orang kampung aku, it's better late than never...sobs...tiap kali teringat trip ke Jepun ni, automatik terus akan teringat kisah MH370!sebab ianya berlaku ketika aku di sana...telah lebih sebulan berlalu, masih tiada sebarang kesan pesawat yang dikatakan ended di Lautan Hindi itu dijumpai...ianya dikatakan sebagai pencarian terbesar dunia!Allahuakbar!besar mana pun pencarian ini, besar lagi Yang Maha Pencipta...semoga Allah memudahkan lagi misi mencari MH370, memberi 'penutup' kepada penantian ahli keluarga dan seluruh dunia...Dia Yang Maha Mengetahui segala yang terjadi di laut, darat dan langit....Amin...

OK mari sambung kisah perjalanan aku ke Negara Matahari Terbit ini...pada 4 Mac 2014 aku bekerja seperti biasa...tepat jam 6.30 petang, aku sampai di rumah dan terus kemas beg!baru terhegeh-hegeh nak kemas beg...biasa aku travel bawa bagpack je...kali ni aku kena bawa trolley bag sebab adik nak suruh bawa balik baju dia nanti...kemudian jam 9 malam kami bergerak keluar rumah...mak dan abah yang hantar aku dan anim ke LCCT...tiba je di LCCT kami terus ke kaunter untuk baggage drop...anim baru nak check in sebab dia upgrade seat ke premium!ceyy eksyen sungguh la...huhuhu selesai semua urusan, kami pun melepak di McD untuk makan malam...
tepat jam 11 malam, kami bergerak menuju ke boarding hall...agak lengang LCCT pada masa macam ni...jam 12.30 pagi, 5 Mac 2014 kami pun bergerak masuk ke flight...disebabkan aku beli tiket sekali dengan mak dan abah, jadi seat di sebelah aku adalah kosong...sedih la plak...huhuhu duk sorang-sorang je aku kat situ...dan kemudian flight bergerak meninggalkan LCCT tepat jam 1 pagi, 5 Mac 2014!dan aku terus berlayar di alam mimpi!
pada jam 4 pagi, steward mula mengedarkan makanan...lapar juga la aku masa ni..terus baham nasi lemak yang dah pre-booked tu...pastu aku dah takleh nak lelap dah...mula isi disembarkation card dan borang kastam...siap kena tulis berapa banyak duit yang dibawa tau...kemudian, sedang aku melayan ketenangan di subuh hari, tiba-tiba adik yang duk selang 1 seat ngan aku duk kalut mintak aku plastik, dia nak muntah!aigooo kalut aku carik paper bag muntah dekat depan seat aku!mujur sempat...masa ni aku plak rasa nak muntah dengar dia muntah...erk!
dan akhirnya tepat pada jam 8 pagi, waktu di Jepun, kami telah selamat landed di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai!Alhamdulillah....hujan menyambut ketibaan kami di awal pagi tu...sejuk terus menerpa bila keluar dari flight melalui aerobridge...wahhh tapi sebab bajet lahir masa winter, so kami tak sarung lagi baju sejuk...hehehe
masuk je building airport, terus cari toilet je dulu... beriya la sediakan botolkan..sekali, tadaaaa......wah canggih toiletnya siap ada air dan button tepi tuh...hahaha walaupun ada je jumpa kat Malaysia ni, tapi tak sekerap di Jepun hokeh...i loike!siap ada heater ko kat toilet bowl nih!memang seswai sangat musim-musim sejuk nih....function bidet khas untuk wanita di mana air boleh adjust ke depan ke belakang...pressure pun boleh control!memang best!dan paling aku suka, diorang punya tisu sangat nipis dan boleh buang terus dalam mangkuk toilet tuh!haaa senang takde la bersepah-sepah bila tong sampah penuh...
selesai urusan di toilet, kami pun terus menaiki train menuju ke main terminal...masa sampai di imigresen, beratur agak panjang...tapi rasanya flight pagi tu, flight kami je...mula dah rasa panas masa ni sebab diorang tutup aircond...almaklum musim sejuk....tapi dalam building kot, harus panas...masa dah dekat nak sampai turn tu, ada staff di situ tolong check lengkap ke tak borang kita tu..siap uncle tu pandai cakap melayu lagi tau...hahaha terus sejuk hati aku...dan lepas tu urusan imigresen adalah lancar, ambil beg dan zasss menuju ke arrival hall!yeay!Welcome to Kansai!
sampai je arrival hall, terussss nampak adik!dengan beg besar dia mengalahkan kitorang yang tourist nih...hahahaha haaa apa lagi, haruslah adik beradik berselfie dulu kan sambil menghapdet berita terkini kepada ibu bapa yang kerisauan di tanah air...
lepas tu kami terus keluar dari Terminal 1 tu menuju ke JR Ticket Office...terletak berhampiran dengan Nankai Kansai Airport Station...besar giler board office ni...kalo tak nampak tu, memang takleh nak tolong dah lah...hehehe ada banyak sebenarnya pilihan JR Pass ni...yang paling best aku rasa haruslah Japan Rail Pass yang cover the whole Jepun tu kan...tapi yang itu kalo nak beli kena beli di negara sendiri atau sebelum masuk ke Jepun...so harus lah aku tak dan kan...so di office ni ada pilihan nak Kansai Area Pass yang cover banyak kawasan sekitar Kansai Region macam Osaka, Kyoto, Kobe, Nara dan Himeji...ada pilihan nak ambil berapa hari...consecutive day tau bila start guna tuh...haaa pastu kalo nak cover lebih lagi kawasan di Kansai ni, ada pilihan Kansai Wide Area Pass...dia ada tambahan ke Okayama, Wakayama, Kinosaki Onsen dan Shiga...pass yang dinyatakan kat atas tu berharga antara 2,000-7,000 yen....dan untuk pass yang boleh keluar daripada Kansai Region ni, dia ada 2 pilihan iaitu Sanyo Area Pass cover dari Kansai Region sampai ke Hakata (Fukuoka) dan JR Sanyo-Shikoku-Kyushu Rail Pass yang cover sampai hujung Pulau Kyushu...harga di antara 20,000-30,000 yen...nak details boleh besarkan gambar di bawah ni atau refer ke website JR West ini...oh lupa nak cakap, semua pass ini valid untuk tourist sahaja, tak terpakai untuk Japan Resident...adik aku yang belajar sana pun tak boleh beli...
so yang mana pilihan aku?hehehe disebabkan aku tak dapat nak beli Japan Rail Pass yang cover 1 Jepun tu, akhirnya kami decided untuk beli 4-days Sanyo Area Pass...berharga 20,000 yen...untuk JR Pass ni dia cover unlimited ride untuk semua JR local train, shinkansen antara Shin-Osaka hingga ke Hakata (Fukuoka) serta JR West Miyajima Ferry...so tujuan aku gigih juga membeli JR Pass ni sebabnya nak merasa juga naik shinkansen jarak jauh!sebab bila kira-kira, kalo beli tiket shinkansen ke Hiroshima sahaja direct di kaunter, sama harga dia untuk 4-days JR Pass ni...so baikla ambil JR Pass kan...then kami pun masuk ke dalam JR Ticket Office ni, terus ke kaunter...nasib baik orang tu pandai la english sikit-sikit...tapi aku memang standby adik aku kat sebelah, just incase orang tu tak paham english...so aku beritahu nak pass no 5 macam dalam gambar tu, bagi passport aku dan anim, dan buat pembayaran...dia juga tanya tarikh aku nak activate pass tu, so aku cakap esoknya baru mula activate...kemudian dia minta aku isi details aku dan tak lama lepas tu, dapat la aku JR Pass yang tertera details aku dan tarikh ianya berkuatkuasa...makanya simpan la pass yang mahal ini baik-baik ye...sebab kalo hilang, tiada gantinya...sobss....oh ye, pass aku cover dia gambar shrine di Miyajima...wahaaaaaa terus bercita-cita nak ke sana...dah la kebetulan blog yang aku sempat baca last minute sebelum ke Jepun adalah Supermeng, dan dia memang ke sini jugak...so ada la aku knowledge sikit-sikit kan pasal tempat ni...hehehe
ok selesai je membeli JR Pass, hati dah berbunga riang...then aku follow je adik aku pergi kaunter Nankai Line yang juga terletak berhadapan dengan JR Ticket Office tu...kitorang nak beli Chikatoku Ticket yang berharga 980 yen untuk 1 way train dari Kansai Airport ke Namba Station...terdapat pelbagai cara lagi untuk ke Osaka City seperti menaiki bas dan JR Line...tapi sebab tengok direction hostel kami, macam lagi mudah menaiki Nankai Line nih, so sebab tu pilih kekdah ini...siap orang kaunter tu bagi kad direction pembelian tiket di mesin lagi okeh...maka tugas beli-beli tiket diserahkan kepada adik sahaja...hehehe
lepas tu kami terus masuk ke Nankai Kansai Airport Station...dan terus menuju ke train kami...memang masa ni membontoti adik je la..aku tak tengok sangat pun keadaan sekeliling...ngam-ngam memang ada train masa kami sampai di platform...so terus masuk...masa ni aku dan anim still tak pakai baju sejuk...orang lain dah bertebal-tebal dah baju...pastu masuk train duk borak-borak, adik sound suh slow sikit...ceh dah macam jalan dengan pengawas sekolah!stress aku ngan anim...adik cakap orang Jepun mana cakap kuat-kuat...eh yeke?huhuhu kejap je la dengar cakap pengawas, lepas tu bising balik!hahaha
perjalanan daripada Kansai Airport ke Namba Station mengambil amsa 57 minit dengan menaiki Nankai Line nih...so memang sangap gak la duk lama-lama dalam train tu...dah la heater dia kat kaki adalah macam terlebih panas je...berpeluh juga kaki kami masa nih...hehuuuu lama-lama tu memasing mula melayan perasaan...dalam hati, aku duk pujuk diri sendiri jangan compare Korea ngan Jepun!hahahaha sebabnya, aku nih apa masalah tah, pi buat kajian pasal perbandingan travel ke Jepun dan Korea...semua cakap Jepun lagi best, tapi hati aku cakap Korea jugak!so sendiri bengong tersaiko lepas tuh...hehehe
selepas 57 minit dalam train, akhirnya kami tiba di Namba Station...aku memang tak study sangat macam mana nak ke hostel masa ni, terus bergantung pada adik aku...terlupa yang dia ni pun bukan selalu datang Osaka...dia belajar di Fukuoka...so duk berlegar dalam station mencari subway station...sekali, rupanya adik aku tengah sakit perut memulas!kepala weng takleh berpikir secara waras!eh macam pantun plak...hahahaha
then terus kami keluar je station, nampak teksi!terus adik aku pergi ke teksi tu...masa ni la aku ternampak tangga menuju ke subway station dekat situ je!perjalanan dah tak jauh dah sebenarnya kalo naik subway tu dalam 2 minit sahaja...naik subway di Midosuji Line (merah) dari Namba ke Shinsaibaishi...station ni sebelah-sebelah je...kos seorang pun 200 yen sahaja...tapi akibat keadaan adik sedikit runcing masa tu, dengan hujan dan beg besar lagi...pilihan terbaik adalah menaiki teksi sahaja...haaa masa nak masuk teksi tu, nasib teringat pesanan cikwi...takpayah sibuk-sibuk nak buka pintu, dia buka sendiri tau...nak tutup pun dia automatik tutupkan...haaa macam orang kaya-kaya rasanya naik teksi kat sini...teksi pun bersih dan kemas...naik teksi di Jepun ni, rate bermula dengan 660 yen...agak mahal juga la jika dibandingkan dengan Korea...eh...
nasib baik la adik ada...tak payah aku nak susah payah bercakap ayam ngan itik ngan pakcik teksi nih...tahu-tahu je dah sampai ke Hana Hostel yang terletak di Nishi Shinsaibaishi (belakang Nikko Hotel)...tempat kami berteduh selama 7 malam di Osaka...oh ye, teksi tadi berharga 900 yen sahaja...ok la kan, sampai depan pintu tu...sampai je di Hana Hostel, kami disambut meriah oleh staff bernama Masae di situ!rasa macam kat rumah sendiri dah!peramah betul dia ni...pandai english pula tu, senang cerita....jadi sementara masing-masing bergilir-gilir masuk ke toilet yang ada 1 je kat lobi kecil tu, aku uruskan hal check in...aku buat pembayaran penuh untuk kami bertiga selama 7 malam di situ...saja ngada ambil bilik paling besar di situ, sebab asalnya bilik tu adalah bilik mak abah aku...so aku cuma cancel kan bilik aku je beberapa hari sebelum datang tu...
untuk 3 malam pertama kami tinggal di Studio Type Ensuite Triple dengan harga 36,000 yen...dan kemudian 1 malam di Loft Bed Ensuite Family 11,400 yen dan 3 malam terakhir kembali ke Studio Type Ensuite Triple...total harga penginapan kami adalah 83,400 yen...tapi yang bestnya Hana Hostel ada buat promosi iaitu setiap 3 malam kita stay di mana-mana rangkaian Hana Hostel atau J-Hoppers Hostel, akan dapat hadiah misteri atau 300 yen off!haaaa haruslah aku pilih 300 yen off kan...kami bertiga, duduk 7 malam...dapat la 1,800 yen diskaun..haaa sape nak bagi kan...Alhamdulillah...jadilah total harga bilik kami 81,600 yen...selesai urusan pembayaran, sementara tunggu adik-adik aku di toilet...lama giler masing-masing masuk toilet kan...aku usha kawasan sekitar lobi kecil tu...memang meriah dan banyak info tourism berguna di situ...habis aku ambil semua peta-peta tempat yang kami nak pergi...pastu aku duk lepak kat kitchen yang ada di situ...siap leh buat air semua di situ...free of charge!terdapat juga common area di tingkat-tingkat atas...
selesai urusan adik-adik aku...aku punya turn la pulak...wahhh best woo toilet dia...warm je toilet bowl tu...air pun ada...memang selesa sangat lah pada aku...hehehe selesai semua...kami pun susun-susun beg besar gabak di satu sudut di lobi tu...sebabnya kami masih tak boleh masuk bilik...boleh masuk bilik hanya selepas 3 petang okeh...sedangkan masa kami sampai tu belum pun pukul 11 pagi lagi....so apalagi, dah cergas semuanya....meh kita mula menjelajah Osaka!eh dalam next entry la ye!hehehe

30 comments:

  1. Wah ramai betul member blogger yang ke Nippon tahun ni... Teringin nak ke sana lagi, tapi kena tangguh dulu nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ye ka En Mie...ramai pula yang ke sana sekarang ni....rezeki...hehehe next2 trip tu boleh la ke sana semula En Mie... =D

      Delete
    2. Mungkin kerana tak perlu visa lagi maka ramai yang ke sana tahun ni.

      Saya je yang belum.

      Delete
    3. ye la kak, saya pun rasa tu salah satu faktornya...macam saya pula, sebab adik dah nak balik malaysia...dah beli tiket, dgr cerita visa withdraw, lega sgt rasanya... =D

      lgpun dgrnya matta fair thn ni pun duk promote je Jepun gara2 visa-free ni...hehe

      Delete
  2. Good info dj!! Adoiii napa la pala ni tak boleh nak digest pasal nippon ni eh?? Mata naik juling x paham langsung pasal jepun. Kena study lagi ni. Btw napa japan rail pass tu kena beli dr mesia je eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syieda..JM dah balik...tetiba mencelah dalam komen blog DJ ni heee..

      X perlu pening2 kepala..travel in Japan mmg mudah sangat...

      Meh JM tlg menjawab bg pihak DJ..kalau salah info ni DJ tlg betulkan ek..Japan Rail Pass boleh di beli di Msia dan juga di Japan cuma bezanya jika beli di Msia harga lebih MURAH..

      Delete
    2. Hi syieda...sy pun susah nak digest psl Japan b4 pi aritu,,,rasa mcm susah sgt...hehehe tp rasa sbb psikologi tu sbb pikir ada adik yg duk sana...hehehe

      pasal Japan Rail Pass, yang boleh cover 1 Japan tu, memang kena beli di luar Jepun...kecuali JR Pass by region yang boleh beli di JR Ticket Office di Jepun...tapi both pun untuk tourist...permanent resident tak boleh...

      untuk Japan Rail Pass yang cover the whole Japan (nationwide) tu leh refer sini...http://www.japan-guide.com/e/e2361.html - cuba refer kepada para Purchase & Exchange...

      dan untuk region JR Pass leh refer link yang saya bagi dlm post tu atau http://www.japan-guide.com/e/e2357.html

      harap dapat membantu...hehehe

      Delete
    3. JM, pemahaman saya lain pula...hehehe cuba JM tengok jawapan saya pada syieda tuh...hehehe

      Delete
    4. Hamboii jm gitu sekali mencelah dlm blog org lain. Sila sedut udara panas malaysia sblm buat entry jepun tau.

      Dj,
      Camana ni?? Kalau utk whole japan, opkoslah ribu riban harga tiketnya. Fening...fening...

      Delete
    5. Jm kna buat entry james bond dulu tuuu sblm pi oshin...hahaha

      Yg whole japan tu, utk 7 hari dlm rm900++ kot...mmg nmpk mhl tp sbnanya berbaloi...unlimited ride utk shinkansen dn lain2 JR train...shinkansen tu klo beli terus kt kaunter, sekali naik pun dah beratus2...

      Delete
    6. Nak nyampuk gak! JR Pass yang cover whole Japan hanya boleh beli outside Malaysia. Yang boleh beli kat Jepun tu hanyalah pass macam DJ beli. Cover certain areas je.

      Aku beli online haritu, dari Ferancis gitu. Lepas timbang tara rate, diorang bagi paling murah. 7 days pass aku dapat RM 890 je.

      Delete
    7. yezza betul tu Bie...kalo ikut harga dia dalam 29,000 yen kan untuk 7 hari...so depends tukaran matawang yang kita dapat la...macam beli kat agen perancis myb matawang sana sbbkan kita lagi untung...aku baca JM kot beli kat matta fair rm900++...pastu depends on untung agent ambil juga kan....tp roughly itu la harga dia...hehehe

      Pass aku beli tu by region, so boleh beli kat Jepun terus..beli pun ikut region je...kat kansai cuma leh beli south region onlyy....tapi mudah sikit la pass ni utk org last minute buat decision mcm aku...hehehe

      Delete
    8. Eh bie, ko beli dr ferancis mana eh?

      Delete
    9. Syieda aku beli thru web ni. jrpass.com xtau pula dia kat Ferancis sampailah aku dapat pass tu. Dia akan pos kat kita foc. Dengan syarat kena ada more than 1 pembeli. Else dia akan charge postage fee. Dalam seminggu tu ko akan dapat.

      Delete
  3. Salam DJ, JM dah balik..mlm tadi sampai hari ni terus masuk kerja. Bagi pendapat JM pulak..Jepun lagi BEST dari Korea..tapi setiap org ada taste yg berbeza kan..nk travel di Japan senang sangat...yg penting tahu lokasi mana nak pegi dan pandai baca subway route. Kalau ada rezeki labih nak pegi lagi Jepun tp maybe another season hee...Skrg ni mmg ramai rakyat msia ke sana kerana tak perlu VISA

    Sambung2 nk baca versi DJ nehh :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam DJ...wah semangat smlm smpai arini dah masuk kerja...hehehe oo yeke JM...ramai gak saya dgr ckp gitu...tp tu la, taste masing2 kan...janji dah jejak...as traveller kena la pi baru decide best ke tak kan...hehehe

      yezza JM dah balik, cerita Jepun sy baru nak mula nih...adeh...tp JM pun ada hutang tak abes lg tuuu...jgn skip plak!hahahaha

      Delete
  4. arghh tension lagi. Ini blog ke 4 saya baca pasal Japan. Arghhh rasa nak beli tiket utk esok. Nampak tak berapa tahap level jeles ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sabar...sabar....sok ada redhot promo by AA tu, harus la pergi terjah!hehehe

      Delete
    2. hari hari duk tgk website AA dengan MAS. nampak tak betapa mendalamnya kejelesan saya hehehe

      Delete
    3. hamboih hari2 tuh...hehehe tunggu le masa promo, mana tau dpt seat murah...hehee

      Delete
  5. wah...dj pun ke jepun jugak, termasuk jm, bibie ngan azra, dah 4 blogger yang layan sakura nampak. huntung badan ada adik yang belajar sini, tak yah pening kepala cakap macam ayam itik kalau nak pape...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ala orga sy ni salah tarikh...tak check pun psl sakura masa beli tu....hehehe so tak merasa bersakura...hehehe

      ye la, sbb ada adik tu yg malas nk study sgt cerita kat jepun...santai sgt...hehehe

      Delete
  6. *tarik nafas panjang* Aku baru je nak PM ko tadi suruh up cerita Jepang. Xdan lagi nak blogwalking. Ceh macam busy bebenor kan.

    Aku adalah suka bab toilet tu. Memang ternanti2 nak masuk toilet diorang sebab cousins aku memang dah bagitau awal2 pasal bidet system tu. Suka duduk lama2 sebab warm je rasa.

    Bab 'bajet lahir kat negara winter' tu memang boleh aku praktikkan juga. Aku tertinggal jaket kat rumah ok! Dalam 6'c tu aku merempuh Kyoto. Demi sakura katanye!

    Erm, aku sekapal ngan ko. Macam yang dah kita discuss kat fb. Lebih ke Korea, taste masing2 gitu kan. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tula aku ni mood update blog kelaut!aduhai...balik rumah malam dah rasa lembik je skng nih....hahaha

      toilet tu best kan..aku plg suka bila tgh sejuk giler, masuk toilet duduk atas toilet tu...perghhh hangat!hahahah adik pompuan aku siap sibuk la nak crik lapik toilet tu kalo boleh beli...ceyy ingt senang2 ke org mesia nak psg..hahahaha

      Gigih sgt ko kan smpai tertingggal2 jaket..kalo aku nanges laaa...org jepun mana ada gemuk2...mana aku nak crik size jaket?mana???hahahaha

      hahahaha we are Kpopian!kehkehkehkeh......aku myb akan repeat Jepun untuk jalan pakai pass nationwide tuh dengan member aku...pastu dah la...hahaha tp Korea aku dah janji ngan sue, nak lengkapkan 4 musim di Seoul!tu seoul je tau belum busan ngan jeju lagi...hahaha ko nampak tak tahap tamak melampau dia tu...hahaha

      Delete
  7. Hahaha detail sungguh ko bercerita part toilet tukan.. :p
    Catikla hostel tu, lenkali kalau sesat kat osaka lagi nak terai la pulak hostel tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah haruslah sbb aku sukerrr toilet sana...hehe rasa nk bwk balik 1!hehe

      Mmg best dan selesa la hostel ni...aku suka...ada 1mlm kna duk loft bed room pun ok gk...hamboih nak bersesatan ke osaka lg??hahaha

      Delete
    2. Salam...kak dah beli tiket Airasia nak pergi Jepun Apr 2015...pergi KLIA - Tokyo dapat RM299.00, balik Osaka- KLIA dapat RM345.00.

      Delete
    3. Salam..wah agak murah tu harganya..tahniah....semoga enjoy di Jepang...

      Delete
  8. salam..


    thanks for sharing this memory.. senang lah nanti akak nak refer bila nak ke sana nanti.. nak kena study bebeno...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak yan...

      No problem...bila akak nkpi tu...hehe sy plk teringin nk ke kashmir...dgr kashmir dilanda bnjir teruk ni, sedih plk..huhu

      Delete