Friday, May 15, 2020

Restoran Siam 2, Kota Bharu, Kelantan

ok aku nak share ngan korang, selain dari Cafe Hostel Pantai yang aku pernah makan makanan Siam di KB dulu, ada satu lagi tempat yang sedap gak untuk makanan siam di KB iaitu di Restoran Siam 2, Jalan Bayam, KB...punya laaa panjang cerita aku dalam post sebelum ni, untuk sampai ke sini kan...hahaha haaa tengok la berbaloi ke idokkk seharian kita nak cari makan ni kannn...hahahaha...
restoran ni macam berkonsepkan pasar malam kat Thailand...ada banyakkkk gila gerai kecil yang menyediakan pelbagai jenis street food Thailand...haa memang meriah lah kan pilihan menu makanan dia...masa kami sampai pun dia baru buka dan tak ramai lagi, so boleh la usha gerai gerai tuuu...tapi masa tengah kami order dan tunggu makanan, tempat duduk mula dipenuhi orang dahhh...
walaupun konsep gerai, tapi order kat meja yaa...nanti akan ada staff restoran datang bagi menu...so bukanlah kita order kat gerai gerai tadi tuuu...hehehee so nah aku share ngan korang banyak gilaaaa menu yang ada di sini...memang rambang mata laaa wehhh nak pilih apa nak makan!untuk pilihan makanan Siam je pun dah panjanggggg...dari appetizer hingga lah ke dessert!hahaha haish!haaa selain pilihan makanan Siam atau Thai ni, diorang ada juga sediakan makanan ala carte nasi goreng semua serta western food!haaa sila lah pilih apa yang rasa nak makan tu kan...untuk kami, semestinya nak makan makanan Thai!excited gilaaa tengok dalam menu ada pulut ikan bakar, kemain jauh sampai ke Tok Bali kami pergi tadi kan, sekali hampaaa...hehehe...
ok malas citer panjang meh tengok apa kami order...kami order Siakap Miang Pla (RM35)...miang pla sini guna ikan garam tu, sebelum aku makan kat Cafe Hostel Pantai diorang bakar...so aku takde la suka sangat sebab aku rasa yang dulu makan jauhhh lagi sedap...pastu sayuran dia macam benyek sikit maybe dia dah prepare awal awal sayuran ni...tapi surprisingly Mrs kata sedapppp dan dia suka...haaa layan lah...sos dia ok la sedap gak, but still aku rasa sos kat Cafe Hostel Pantai lagi sedap...hahahaha...then kami order Mi Celup (RM5.50) yang sedappppp!haaa ni baru rasa mi celup masam masam tuuu...sedapnyaaa makan kuah dia, Allahu sukanyaaaa...pastu order daging bakar harimau menangis a.k.a Niang Sua Rong Hai (RM15)...sedap memang sedap daging dia ni cumanya dia tak rasa Thai sangat sebab letak blackpepper...hahaha tapi sedap la lembut...dan kemudian kami ambil juga Pulut Ikan Bakar (RM7) yang aku rasa still takleh lawan yang aku makan kat Tok Bali..hahaha tapi ok la, atleast lepas hajat...hahahaha!
tengah makan tu nampak orang minum thai tea, terus teringin sebab nampak menarik...seriously sedap gilaaaaaaa!sedap hoih!pekat likat dan tak berapa manis...Allahu sedapnyaaa...sambil makan sambil hirup thai tea yang meletup letup sedapnyaaa...hahahaha...haaa banyak tak kami makan?hahahaha sebenarnya rasa nak tambah order lagi, tapi sebab dah ramai orang, kut tunggu lama sangat plak nanti kan, makanya cukup la sampai di sini sajaaa...hahahaha...so korang kalau ke KB tu, boleh laa singgah ke sini nanti ya layan Thai street food...hehehe!

6 comments:

  1. menarik makanan thai semuanya..

    ReplyDelete
  2. hati2 la mkn kat kedai siam nie, sy dah kena bulan 10,, staff dtg ambik oder bila tgk menu semua harga utk 2 org makan tp y sakit hati kuantiti makanan mcm utk 2 org mkn,,, hati2 lerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je kami mkn..myb ada miscom kot. Better tnya btul2 pd staff situ.

      Delete
  3. bersih lagi pada harga berpatutan, tempat ni memang dah menjadi pilihan saya ... baru buat booking di salah satu hotel kota bharu hanya semata mata utk lawat tempat ni

    ReplyDelete