Friday, May 22, 2020

Uncle Tan Chicken Rice, Cyberjaya

ada sekali tu aku tertengok di Instagram orang makan nasi ayam hainan kat Cyberjaya...aku dah la frust dengan nasi ayam hainan kat Tamarind Square tu kan, so kali ni sebab baca review macam best, aku sanggup la juga pergi ke Cyberjaya ni...so aku plan untuk lunch dengan Nily kat sini...Uncle Tan Chicken Rice ni terletak di Shaftsbury, so parking berbayar la ya...kena guna Touch N Go...huhuhu pastu terus laa aku ke Uncle Tan Chicken Rice yang terletak sederet dengan Secret Recipe, di Ground Level...masa sampai ni tak de orang sangat lagi...Nily pun tak sampai lagi...
tak lama pun aku tunggu Nily, sampai je dia terus kami ke kaunter untuk order...semua kat sini self service yaaa...kena order di kaunter, ambil makanan di kaunter, lepas tu ambil sendiri air, sudu, mangkuk, sup, sos semualah...hehehehe...so basically menu kat sini ada dua menu utama iaitu Chicken Rice Set (RM12.90) atau Noodle Set (RM11.90)...untuk nasi ayam tu leh pilih nak ayam steamed, roasted ora campur...kalo campur kena tambah extra RM4.90...haa lepas tu ada menu untuk add on seperti veggies, wantan dan popia...dan ada juga menu ala carte...
ok aku macam biasa laaa ambil yang mixed punya, Nily ambil roasted....then kami pilih taugeh dan wantan as side dishes...aku boleh cakap besar juga portion nasi, ayam dan side dishes kat sini tau...dan jauh lebih presentable dari nasi ayam hainan kat Tamarind Square yang masih panas hati sampai hari ni...hahahaha...dannn yang paling penting rasa dia!yezzaaa sedapppp weh!both of us setuju yang kata nasi ayam hainan kat sini lagi sedap!memang sedap laaa....dah la dia ada banyak sos, semua pun sedap...nasi dia sedap, ayam dia sedap, sup sedap, sayur sedap...semualah sedap!hahaha so berbaloi aku datang Cyberjaya masa lunch hour tau...hehehe...so korang, kalo looking for nasi ayam hainan yang sedap, aku suggest cuba datang sini ok!hehehe!

No comments:

Post a Comment