ada satu hari tu group perempuan sekolah menengah aku dikejutkan dengan pemergian sahabat kami...arwah takde dalam group tu, tapi ada adik kawan kami nampak adik arwah share di FB dan share pada kami...Allahu terkesima sekejap sebab takde khabar pun arwah tak sihat...dalam group semua runsing sebab rasa tak baik sangat tak alert ada kawan tak sihat...huhuhu so pung pang pung pang, kami sampai ke surau kecil tempat arwah dimandikan dan disolatkan...masa sampai dah nak selesai solat jenazah...sempat dengar cerita dari kawan rapat arwah di universiti, katanya memang dia sorang je tahu dah beberapa tahun arwah menderita breast cancer...Allahu sedihnya...ada anak kecil tiga orang pula tu, mak arwah pun tak sihat...huhuhu...
Alhamdulillah ramai juga aku jumpa kawan-kawan batch aku masa ni...ada tu memang sejak sekolah aku tak jumpa weh...Allahu, baru plan dalam group nak buat reunion besar-besaran tahun depan sempena 20 tahun meninggalkan sekolah, Allah aturkan reunion kecil untuk kami masa ni...kami tak ikut ke kubur pun masa ni so sempat solat jemaah, berimamkan Erila...rasa sejuk je hati teringat zaman sekolah...
dan dari surau kami singgah makan tengahari di Kodai Hijau, Labu tak jauh dari surau tadi...katanya famous...aku pun tak pernah dengar nama kedai ni, tapi bebudak Seremban tau la ni, diorang yang ajak ke sini...Kodai Hijau ni seriously recommended kalo korang nak cari kedai masakan negeri sembilan...banyak gilaaaa makanan dan lauk pauk diaaa...aku tak ambil gambar beriya sangat, harap one day aku leh pi lagi...tapi seriously berbaloi dan sedap!
dah nama pun Kodai Hijau kan, gambar semua warna hijau...hahaha sebabnya kami duk belah luar...khemahnya kaler hijau...sambil makan sambil sembang...cuma panas sikit la duk bawah khemah ni...huhuhu takpela janji kenyang...dan syukur Alhamdulillah dapat juga menziarahi arwah buat kali terkahir dan bertemu rakan-rakan yang dah lamaaa tak jumpaaa...semoga roh sahabat kami ditempatkan di kalangan yang beriman. InsyaAllah...
semoga roh arwah sahabat DJ tenang di sana..dan diampunkan segala dosa2..
ReplyDeletedah booked tiket for next year trip ke?..ooppsss..
Aminnnn...tqq atas doanya...
DeleteDah ada dah sikit. Eh.
semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yg soleh..
ReplyDeleteAminnn...tq
Delete