Wednesday, December 4, 2019

36th Birthday Trip: Day 5.1 - Red Tour - Love Valley, Pasabag Monks Valley & Imagination @ Devrent Valley, Cappadocia

Sambungan dari: 36th Birthday Trip: Day 4.5 - Turkish Night at Halayhan Kaya Restaurant, Cappadocia

hari terakhir di Cappadocia, masih berharappp pagi ni cerah dan nampak hot air balloon...tapi tengok dari tingkap awal pagi mendung semendungnyaaa...huhuhu so kami melepak je la dalam bilik pagi tu...sekali dalam jam 8 pagi tengok Facebook akak yang kami jumpa semalam, dia ambil gambar ada hot air balloon terbang tak jauh dari rooftop hotel dia!haaa terus aku pantas bersiap dan naik ke roof top hotel...sekali sayup-sayup dari jauhhh je nampak hot air balloon ni...tak banyak mana pun...huhuhu beriya gak aku tunggu kalo dia sampai ke arah hotel aku tapi nan hadooo...sobsss...pasrah je laaa, ini je hot air balloon yang aku dapat layan dan tengok di Cappadocia...gigih la dalam sejuk tu aku breakfast kat belah luar rooftop nak tengok hot air balloon punya pasal...sakan aku makan fries dan sosej pagi tu...hehehe
selesai breakfast kami balik ke bilik dan siapkan beg untuk check in pagi tu...lugagge letak kat luar bilik dah...dan tak lama tu dalam 9.30 pagi kami gerak ke pejabat Angelo's Travel yang terletak tak jauh dari hotel untuk menyertai Red Tour pula hari ini...dan yang bestnya kali ni, kami berdua dapat duduk kat depan, so selesa lah sikit...hehehe tapi abam driver comey ni tak berapa mesra, mayb sebab tak pandai cakap english kot...hehehe...
syioknya duk depan ni, dapat la kami ambil gambar pemandangan dari dalam kereta...dan masa van duk pickup orang lagi sekitar Goreme tu, sempat laaa kami nampak lagi hot air balloon yang agak sendu melintasi ruang udara kami...jadi laaa, yang macam ni pun dah excited weh, tak dapat bayang kalo banyak-banyak dan disinari cahaya sunrise weh...hehuuuu takde rezeki laaa....
setelah selesai pickup semua ahli jemaah hari ni, kami pun menuju ke destinasi pertama kami iaitu Love Valley...haa bawah ni gambar guide kami...aku duk tanya la nape namanya Love Valley...katanya sebab dari sini leh nampak banyakkkkk batu yang berbentuk penis!haaa hambik tergelak-gelak laaa kami berdua...selain tu dia cakap pasal orang dating kat sini gak...hahaaha nahh korang tengok sendiri tang mana yang penis nya...hehuuuu...
kat sekitar Love Valley ni ada laaa love love comel untuk kita bergambar...tengah posing ada plak laaa mamat tolong ambilkan gambar dannn cucikan...sekali tengok comel plak gambar nya dan tawar punya tawar dapat TL20 untuk 2 keping gambar dengan 1 frame...layan je la kan sebab tak berapa mahal...hehehe...
tak lama sangat pun kami lepak di Love Valley ni, lepas tu kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnyaaa...haaa dah duk depan kan, laju la tangan snap gambar...nak kongsi ngan korang laaa...kasi korang tengok betapa tandus dan gersangnyaaaa bumi Cappadocia ni...dah la mendung je kan sepanjang kat sana...memang dull habis laaa aku rasa pemandangan aku...hehehe...pastu kan jalan semuaaa lurus jer...so kena hati-hati gak la kalo memandu kat sini, lepas aku balik hari tu kan ada bas PKNS accident kat sini sampai ada yang meninggalkan...
dan tak lama kami tiba di Pasabag Monks Valley yang merupakan tempat kita leh tengok bentuk batu di Cappadocia ni dengan lebih dekat...banyak bentuk batuan yang leh kita tengok kat sini...so masa duk diberi briefing kat pintu masuk tu, guide cakap kita akan berada kat sini dalam 25 minit je...dalam hati aikkk macam jauh nak kena jalan tapi 25 minit je?biar betik...huhuhu...
sampai kat batuan pertama tu, guide bagitau ni adalah sebuah balai polis sebenarnya...tergelak kami semua sebab comel sangat...hahaha tapi seriouslaaa ini balai polis...cemana orang duduk kerja dalam tu weh...macam takde udara je aku rasa...hahahaa...dan lepas tu kami pun bawak diri masing-masing explore dalam ni...macam menarik gak laaa, so sakan kami bergambar kan macam-macam bentuk batu dalam ni...macam tak sedar masa berlalu weh...sedar-sedar dah lebig 25 minit, apa lagi laju laaa patah balik ke pintu masuk tadi...dah la jauhhh...huhuhu...
sekali sampai kat tempat berkumpul tu, ramai tak sampai lagi rupanya...huhuhu makanya kami sempat laaa pi masuk kedai souvenir yang ada kat situ...aku duk beli la turkish coffee untuk adik aku kat sini harga dalam TL25 untuk yang berhias cantik punyaaa...dan lepas tu bila semua dah berkumpul baru la kami gerak ke van untuk ke destinasi seterusnya
kami dibawa ke Imagination atau Devrent Valley...nape panggil imagination ni?sebab ada banyak laaaa batuan kat sini yang menyerupai binatang...ikut kata diorang laaa...so kita layan kan saje laaa...hehehe...ada yang dia cakap bentuk camel la, bentuk orang bercium la...macam macam laaa...hahaha aku takda la beriya ambil gambar sebab dia tunjuk dari jauh je...dah tu tak lama mana lepak sini sebabnyaaaa kami dah lapar!hehehe...lapar je keje kau kan!

2 comments:

  1. Apa lah sis ni....kat belakang u tuuuu...kan penuh batu2 yg berbentuk PEN......hahaha...tak perasan ke...hah hah hah....Love Valley

    ReplyDelete