Wednesday, August 14, 2019

Goobne Malaysia @MyTOWN Shopping Centre

masa bulan Mei lepas aku kena bertugas di Parlimen...so bila dah naik KL ni memang banyak la benda teringin nak makan kan...tapi sebab bertugas parlimen ni takleh jangka abes kul berapa so tak janji lagi ngan Liana sangat...sekali dapat arahan kena stay sampai malam, rasa nak nanges weh...hahaha Liana dengar pun dah siap nak gerak balik dah...tapi camne tah kawtim dengan penyelaras KKM, kami siap kan report dan leh balik petang tu...hehehe...so call Liana suruh patah balik!aku nak makan Goobne!hahaha...
dari Parlimen ke MyTOWN Shopping Centre ni tak jauh mana pun tapi jammed dia hazabedah gila petang tu...dah la jalan banyak tutup, boleh plak dah dekat sampai, aku leh salah masuk dah sampai ke Sungai Besi tapi sebab gigih gak nak makan, pusing balik...huhuhu hasilnya hampir 2 jam gak perjalanan aku dari Parlimen nak sampai sini weh...Liana dah siap shopping bagai kat IKEA...huhuhu....
so sampai Goobne memang dah kebuluran...so usha menu, aku serah kat Liana je la nak order apa sebab dia pernah makan sini...dia la duk sibuk cakap sedap sangat, tu aku teringin nak makan sini tuuu...hehehe so macam biasa la ayam goreng korea punya kedai ni kan, banyak la pilihan ayam goreng dengan pelbagai jenis sos dia...dan ada juga makanan korea yang lain...nah usha sendiri...
so kami order Volcano Cheese Tteok-bokki (RM32.90)...ok laaa, takde la sedap gilaaa pada aku...hahahaa boleh la nak makan...lepas tu duk makan ni sambil gossip isu hangat Liana dengan boipren tak jadi, then tunggu tak sampai-sampai ayam goreng kami...banyak kali gak tanya...last sekali kami stop gossip dan marah baru laa dia cakap tengan buat ayam tu...adoiyai...servis out sangat...huhuhu so tak lama tu sampai la ayam goreng kami...kami ambil 2 jenis ayam iaitu Volcano dan Korean Spicy Galbi Sauce...setiap satu ada 8 ketul wings dengan harga RM20.90...pedas gila ayam dia...tapi boleh la nak telan...tak abes pun, Liana bungkus bawa balik...overall biasa je la pada tekak aku, tak tau la kalo salah pilih menu ke...tapi macam signature dishes je yang kami pilih tu...hehuuuuu...

2 comments:

  1. nak masuk dwan parlimen boleh tak hahhaa.. nanti say belanja makan makanan ni lagi :D

    ReplyDelete