Friday, October 6, 2017

Cari Makan di IOI City Mall: Monte Bianco Europa Cuisine & Cafe

lepas Liana belanja aku dinner kat 57 HotPot & Asian Cuisine, dia ajak carik kek pula...aku dah siap search dah mana nak makan ke dalam IOI City Mall ni...hehehe terus ajak Liana ke Monte Bianco!haaa aku baru sedar ok adanya kafe ni dalam IOI tau...dari luar memang nampak cantik kafe ni...ayuh kita terjah...
masuk je dalam kafe ni, terpaku jap dengan dekorasi ala inggeris yang sangat elegan!dengan rona warna putih dan cyan ke nama kaler tu...haaa tapi seriouslaaa cantik!tapinya masa kami sampai ni memang kosong takde orang langsung...hahaha...layan je laaa...
sebabkan niat nak makan kek dan dessert je, so aku tak snap la menu lain...aku cuma ambil gambar part dessert saja...ya ampunnn nampak menarik sangat tau food presentation dia...harga dia pun voleh tahan la kannn...si tumit merah tu laaa yang dah menggoda aku dan membawa aku ke sini pada kali ini...
so walaupun dah kenyang, tetap laaa tamak kan nak order sampai 2 desserts!so kami order Velvety Lust (RM24) dan Rocher Ferrero (RM18)...both sangat comellll...lagi yang Velvety Lust tu tau yang merupakan raspberry lemon cheesetart dengan kasut comel tu adalah white chocolate sebenarnya...Rocher Ferrero tu pun sedapppp...aku suka lagi yang ni laaaa banding raspberry yang masam tu...
kami berdua sangat laaaa suka both desserts ni....sedapppp dan cantik!pastu staff pun kemain bersungguh tolong ambilkan gambar dari atas, dari bawah...beriya sangat...masa kami makan ni, start la ada beberapa orang masuk kafe ni...baru la nampak orang...hahaha...
keesokan harinya pula, aku ajak family aku makan-makan sekaligus celebrate birthday adik bongsu aku...pikir punya pikir, aku ajak diorang makan kat Monte Bianco je la sebab aku tak rasa lagi makanan kat sini...teringin la juga nak merasa...so sampai je, macam biasa kosong, so leh sukati pilih nak duk mana dan usha menu!menu kat sini memang western laa...ada salad dan soup, pizza, pasta, risotto dan lain-lain...
untuk minuman, aku takleh recall sangat apa yang kami minum sebab resit dah hilang dannn aku tak snap rupanya page menu drinks!hahaha pasrah je laaa...ada adik aku minum tea apa tah...besar portion air kat sini...even yang iced tea tu pun diorang sediakan cawan kecil lagi sebab leh kongsi minum...tapi harga air kat sini leh tahan, tak silap aku iced tea tu je dah dekat RM20...pasrah Makngah membayarnya...hahaha...
sementara tunggu makanan sampai, kami main tiup-tiup lilin besday adik aku...adik pompuan aku beli cupcakes dari Fluff Bakery yang tengah meletop-letop tuu...teringin gila nak pi sana, tapi jauh benor...nasib adik aku belikan...sedapppp...sebijik RM8.50 kauuu...hahaha pasrah!
dan kemudian makanan pun sampai satu persatu...ada yang order Classic Aglio Olio (RM18) dan Mixed Seafood Skinny Pizza (RM25)...pasta tu sedap la pada aku, tapi biasa la kan...tapi yang skinny pizza tu sedapppp!menjadi rebutan...hahaha tak pasal tak cukup makan mak aku sebab semua orang duk makan pizza dia...hahaha tapi lepas tu dia ambik makanan kitorang plak kan...hahaha...
ada juga yang order chicken chop iaitu Smoky Cheesy Chicken Chop (RM24) dan Homemade Spicy Buffalo Grilled Chicken Chop (RM23)...both sos dia tu sedap dan tak pernah rasa lagi kat tempat lain wehhh...memang sedap!fries pun gemok but crispyyy so sedap!ayam dia pun freshhhh dan juicyyy...sedaplah chicken chop dia...
lamb chop pun ada Smoky Cheesy Lamb Chop (RM38) dan Homemade Spicy Buffalo Grilled Lamb Chop (RM36)...sos dia sama je macam chicken chop tapi aku rasa lamb dia tak best sangat....jauhhh lebih sedap chicken chop dia laaa...hehehe...
dah sudah makan, sempat la kami ambil gambar kat kerusi cantik kat kafe ni...sebagai tanda kenang-kenangan...hehehe ada orang cakap, sape suka ambil gambar dan upload kat media sosial adalah orang yang bermasalah jiwa...entah la, untuk aku benda tu as kenangan...sok lusa belum tentu lagi boleh berkumpul macam ni kan...dengan family ke, dengan kawan ke...so selagi ada peluang dan abadi kan kenangan ni, kita abadikan...lagipun media sosial tu, kita punya kan?hehehe...

2 comments:

  1. X tau pun kewujudan kedai ni dkt ioi city mall..dessert dia memang nmpk sedap gilerzz..ni yg nk pergi ni..

    ReplyDelete