Sunday, October 1, 2017

34th Birthday Celebration: Alhamdulillah.

berlalunya bulan September, berlalu laaa jugaa birthday celebration aku kan...mesti ada yang duk cakap, kecoh laa DJ ni celebrate birthday sampai sebulan!hahaha nak wat cemana...aku sangat menghargai birthday aku weii...aku rasa masa ni laaa nak celebrate diri sendiri dengan keluarga dan kawan-kawan semua...lagi plak bulan September ni sangat special untuk aku sebab selain aku, ada ramaiiiiiii lagi orang keliling aku yang lahir September gak, so tu pun antara sebab kot aku lebih lagi celebrate September ni...hehehe...

walaupun birthday aku pada tengah bulan September, tapi since 2nd September lagi dah ada celebration...sambutan dimulakan bersama keluarga aku di IOI City Mall...masa ni diorang buat awal sebab aku cakap aku busyyy setiap weekend bulan September...hahaha Anim plan majlis dan surprise kek dengan Abang aku belanja kami dinner di The Plated, dan kakak ipar aku belanja dessert di Dip & Dip...nyum nyum...adik lelaki dan adik ipar aku je takde masa ni...digantikan dengan kehadiran kawan anim dan adiknya...meriah!terima kasih familiaaa...moga kita semua dirahmati Allah...walaupun aku paling annoying dalam rumah, tetappppp I love you all...muahciked!
masuk minggu kedua September, aku join running event anjuran kolej Sue...sebabkan dah ke sana, so kami berdua pun plan nak buat pre celebration untuk birthday kami berdua...selalunya celebrate kat kedai, kali ni buat kelainan, kita masak sendiri...kitorang buat Shellout dengan jayanyaaa weh...cerita details leh refer Trip to Seri Iskandar, Perak...
then beberapa hari sebelum birthday aku, aku celebrate birthday dengan geng kesekian di Hard Rock Cafe dan KLCC, Kuala Lumpur...best sebab 3 gegadis kesekian, iaitu Dzuli, Mrs dan aku lahir dalam bulan September, so terpaksa laaa Abam Ab bocor poket belanja kami semuaaa...hahaha...cerita details leh refer Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur...
dan sehari sebelum birthday, aku bawa mak abah makan di Bakar Bakar Steamboat & Grill House di Bandar Baru Bangi...tukar sikit kaedah, asyik orang belanja kita kan sempena birthday, apa salahnya kita pula belanja yang tersayang sempena birthday kita...hehehe (read: membeli jiwa)...cerita details leh refer Bakar-bakar Steamboat & Grill House, Bandar Baru Bangi...
sejak 2011, aku akan keluar negara menyambut birthday...tapi sejak tahun lepas, kita sambut dalam negara je...tahun ni lagi la memang takde plan langsung, last minute je plan dengan Sue untuk roadtrip dan pada hari birthday aku sendiri iaitu 15 September 2017, aku buat roadtrip ke Johor dan Singapore bersama Sue...happy giler sepanjang 3 hari trip dapat jumpa Dini, Rina, Ilon, Emy dan Iba...geng travel, geng matriks dan geng universiti...seriously terbaik!sempat juga celebrate birthday  geng matriks beramai-ramai sebab semuaaaa kami adalah September babies! dan celebrate gak birthday Sue kat Singapore...cerita details leh refer 34th Birthday Trip: Johor Darul Takzim & Singapore...
masuk opis lepas bercuti, ada sesi tiup lilin dengan Surveillance Family di pejabat...ramai yang lahir September geng kami ni, Dr Chin, Irma, Dila dan aku...dan walaupun masing-masing dah berlainan cawangan, tetappp dah terbiasa tiup lilin bersama...takleh miss!hahaha ex boss pun tertunggu-tunggu rasanya tuuu kan...
dan petangnya pula Asie belanja aku dan Irma kek birthday kat McD...birthday Irma dalah beberapa hari selepas birthday aku...so sambut la lagi kannn...hahaha saje jeee carik alasan dan alasan nak makan kek kannn...hahaha...
dan berkesempatan juga sambut birthday bersama Liana in IOI City Mall...memula dia belanja dinner di 57 Hotpot & Asian Cuisine dan kemudian kami makan kek comel gilaaaa di Monte Bianco pula...sedap kek diaaaa...comel pula tuhhh...
tahun ni juga berkesempatan celebrate birthday Adik bongsu aku yang juga lahir bulan September dan kali ini semuaaa ahli keluarga ada bersama di Monte Bianco...mulai tahun ni aku berniat nak mula ubah konsep dalam keluarga aku, aku pula nak belanja diorang makan sempena birthday aku, so aku mulakan semasa sambutan birthday Adik aku ni...Alhamdulillah...
sempena trip ke Kuantan untuk Teluk Cempedak Beach Challenge 2017, kitorang sempat singgah bersarapan kat rumah Irma di Gombak...dan jugaaa buat surpriseee birthday Irma beramai-ramai masa ni...best gilaaa tengok muka Irma terkejut...
then sempat juga dengan member lain celebrate birthday ex boss kesayangan di Padi House, Galleria...happy sangat la diaaa masih ada yang ingatkannn...hehehe Alhamdulillah dapat sekali sekala catching up with him...rinduuu zaman dulu...
dan sambutan hari lahir tahun ini diakhiri dengan surpriseee yang menjadi gilaaa...hahaha hari terakhir bekerja di bulan September, tetiba Kak Myza panggil untuk perbincangan 'masa hadapan' profesion...dengan muka serious dan stress...kebetulan opis memang tengah heboh pasal 'masa hadapan' ni...so aku ingat betul-betul la, beriya bawa buku nota bagai...sekali masuk bilik Cik Wi, surpriseeee...hahahah komplot berjaya!hahahah seriously first time feel surprise tau, sebab biasanya aku leh hidu surprise ni...hahahaha I am soooo happy....thank you Cik Wan, every year without fail bagi kek cantik dan sedap...thanks gak yang lain memeriahkan suasana dan surprise...I am touched!
Alhamdulillah selama 34 tahun hidup ini yang baik-baik Allah bagi ini...ada masa aku happy, ada masa down juga la kan...ada masa bersyukur, ada masa aku merungut juga...birthday tahun ni seriously buat aku sedar, betapa beruntungnya aku dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang ramai dan baik...semoga Allah melindungi kalian semuaaa...Amin!aku tak nafikan lately aku ada gak negatif dengan life aku, tapi bila pikir dan tengok balik apa yang Allah dah bagi aku...rasa nak ketuk diri sendiri bila berpikiran negatif tu...seriouslaaa overthinking tu memang merosakkan emosi dan diri sendiri...huhuhu so sempena birthday yang ke 34, aku nak move on!dari DJ yang lama kepada DJ yang baru...korang doa-doakan la yer!

dannnn post ini diakhiri dengan ucapan, bertabahlah wahai mak dan abah dengan anakmu yang paling degil, paling emo, paling malas, paling kuat melawan, paling kuat berjongket, paling banyak akal, paling panjang akal, paling tak penyayang, paling kasar dan yang sewaktu dengannya ini...hahahaha...muahciked!

No comments:

Post a Comment