Wednesday, September 27, 2017

Kluang Rail Coffee, Kluang & Restoran Sai Kee Kopi 434, Muar

Sambungan dari: 34th Birthday Trip: Johor Darul Takzim & Singapore

salah satu tempat yang dah lamaaa teringin nak pergi kat Johor ni adalah Kluang Rail Coffee yang original terletak di Stesyen Keretapi Kluang!banyak je kopitiam dia ni dibuka di seluruh negara, tapi tetappp takleh lawan yang original since 1938 ni...so kafe dia ni ditutup pada jam 12 hingga 2.30 petang...masa kami sampai dalam jam 2.15 petang...so masih tutup lagi...
tepat jam 2.30 petang, diorang pun buka kafe ni...tak sampai 5 minit pun, dahhh penuhhh kau...walaupun masa tu hujan lebat gila kat luar...pelik aku mana tah datang semua umat ni...hahaha...so sambil tunggu staff dia datang ambil order, kita leh la layan menu yang ada kat dinding tu...sebabkan dah makan nasi, so kita nak makan ringan je la kan...
kami layan kopi o dan kopi susu (RM1.80 segelas) seorang...memang masyuk laaa layan kopi masa hujan ni kan...sedappp!pastu kita dengan tamaknya order sorang dua roti bun dengan butter dan kaya (RM1.50 per set)...roti bun ni la menu paling famous kat sini...pastu order gak dua biji telur separuh masak (RM1.00 per biji) dan nasi lemak 90 sen!hehehe kata kenyangkan..kau orderrr, kemain!overall, kopi sedap, roti bun sedap, telur sedap, cuma nasi lemak tu biasa je la pada aku...
lepas makan, kitorang usha-usha sikit Stesyen Keretapi Kluang tu dan acah-acah posing sikit...memang stesyen lama laaa rupa dia ni...tak lepas peluang bergambar di signage Kluang yang legend tu...cuma masa datang ni baru cat kot, tak nampak klasik sangat...hehehe...
selain Kluang Rail Coffee, kami juga sempat terjah ke Restoran Sai Kee Kopi 434 di Muar...satu lagi tempat kopi paling legend di Johor ni...sape tak pernah dengar nama kopi kampung 434 ni, memang bukan orang kampung Malaysia la kan...hahaha..terletak di tengah bandar Muar, senang nak nampak sebab kemain kuning warnanya...
masuk je restoran ni, semerbak bau kopi...tapi yang ini dah moden dah...cantik restoran dia...selain tempat makan, ada kawasan tempat nak beli kopi 434 ni...macam-macam pilihan ada weh...dari yang kosong, 3 in 1, pastu ada gak biskut majerin lama tu...kaya dia pun ada jual...sedia duit je la...hehehe...
banyak juga pilihan menu yang ada kat restoran ni...dari segala macam jenis kopi kampung sampai la ke kopi antarabangsa pun ada ok...hahaha selain kopi 434, kopi gajah pun famous kat sini...katanya lebih power dari 434...selain tu adalaaa roti bakar, nasi lemak dan macam-macam lagi...kat sini pun sampai 11 pagi kita leh order sate famous kat kedai sebelah...masa kami sampai dah kul 12, sate dah abes...rugi betul...
sebabkan masa ni baru je makan nasi, so kami cuma minum kopi ais 434, kopi gajah dan makan roti bakar...kopi ais tu lagi sedappp pada aku...kopi gajah tu macam strong sikit laaa...roti bakar dia sedappp...aku suka kaya dia sedappp...nyum nyum...laju je abes tau roti bakar tu...hehehe...so kalo singgah ke Muar haruslah singgah sini korang...selain tu leh tapau banyak-banyak kopi dia bawa balik...sedappp kopi kampung ni weh...

3 comments:

  1. Masa cuti raya haji haritu pergi, panjang betul org beratur. Bawak parents dgn anak-anak saudara, mmg tak sanggup la nak beratur. anak sedara pulak Tanya "Ciklong ada nasi ke sini?" hahahaaha... terus pergi makan kat gerai tepi stesen ketapi tu...

    teringin jgk nak amik gmbo kat stesen ketapi ni, tapi sbb ada larangan mengambil gambar, terus keinginan padam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kami pi jumaat pun ramai gila org...byg masa cuti pjg kan...mesti lagi sesak...eh ada ckp xleh amik gambar ke...ktor redahh je...hahaha

      Delete