Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semuaaa pembaca Wanderlust DJ!

yeayyy akhirnya aku cuti juga hari ni...gigih berkorban bagi orang lain cuti dulu supaya aku leh cuti panjanggg lepas raya...hehehe!3 hari kat opis minggu ni memang sengsara je rasa jiwa...beratttt je hati nak fokus kerja...huhuhu geng-geng yang jaga opis minggu ni pun semuaaa fefeeling yang sama...hehehe!ok la korang, mood raya dah mari ni...hari ni nak kena 'berperang' kat dapur la nak memasak!buat semua yang mengenali aku di alam maya atau tak berapa maya dah tu, aku susun 10 jari minta ampun dan maaf kalo sepanjang menulis di sini ada yang kecik hati, terluka hati, terguris hati dengan tulisan dan kata-kata aku...semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan beraya bersama keluarga terchentaaa...buat yang tak dapat poskad raya aku hari tu, nahhhh aku tayang kat sini...inilah ghopernya poskad raya aku tuh...hehehe!Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua!

Hati-hati di jalanraya
Selamat bergembira bersama keluarga
Makan lemang dan rendang berpada-pada (Makan Secara Sihat di Hari Raya)
Duit gaji tak dapat lama jangan duk buat lupa

Sekian, Wassalam!

p/s - sape nak buat open house tu jangan lupa ajak aku yer!hehehe!

ALKISAH POSKAD RAYA

aku nak ambil kesempatan share sikit alkisah terjadinya poskad raya ini ni...hehehe beberapa hari sebelum puasa hari tu aku ternampak dini post promosi e-card raya ni kat FB dia...terus aku ngada-ngada nak buat juga!lepas dia hantar 1st draft ke aku, aku memandai komen suh jadikan background e-card peta klasik gituuu...dan tak lama lepas tu, dini pun hantar e-card raya aku...bila tengok jer, wow aku excited sendiri sebab perasan cun giler e-card dini buat tuh...hehehe!terus aku terpikir instead of aku nak share je di blog ini, apa kata aku transform sikit e-card raya jadi poskad raya dan pos kepada kawan-kawan alam maya yang aku ada address diorang...tak ramai mana pun yang aku hantar, kira yang dapat tu memang insan terpilih...hehehe!
dan rentetan daripada poskad raya yang aku pos tu, aku dapat banyak feed back positif!sampaikan ada yang suggest apa kata tahun depan kita suka-suka buat pertandingan personalised e-card raya yang paling kreatif!dan untuk pemenangnya diorang suggest suh aku belanja megi ketam!hahahaha!hamboihhh permintaan, taknak kalah...hehehe ok takpe, aku rekod dulu kat sini...kot-kot ramadhan tahun depan aku ada lagi, tergerak hati nak buat pertandingan ni...mana tau kan?kan?hehehehe!

22 comments:

  1. selamat hari raya DJ. semoga bergembira di hari raya

    ReplyDelete
  2. Yess!! Aku antara insan terpilih dapat kad raya ko. Next year nak jugak la buat kat dini. #taknakkalahdenganDJ

    Selamat Hari Raya kakak DJ. Maaf kalau ada salah silap. Jemput datang rumah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hoih tahun dpn kena buat sendiri...bar kreativiti tercabar gituu...hehehe

      Delete
  3. Selamat Hari raya Aidifitri! Maaf Zahir Batin. Semga bergembira di Hari raya bersama keluarga tercinta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks farikica. Sama la semoga berbahagia bersama keluarga yer!

      Delete
  4. Selamat hari raya... maaf zahir dan batin!

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya beb. Jumpa kita minggu hadapan. Btw, poskad raya poyo ko aku dah dapat 2 hari sebelum raya. Ternyata posmen still ada rasa kasih sayang kat aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya beb. InsyaAllah jumpa next week...hahaha nasib sampai b4 raya..kuikuikui

      Delete
  6. Selamat Hari Raya, DJ...maaf zahir batin..tak sangka pula aku antara insan2 yang terpilih itewww :D

    ReplyDelete
  7. tq DJ akak pun termasuk insan terpilih itu juga....menarik kad raya tu

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya ....

    Kemaafan adalah dendam terindah ...
    Semaikan kasih sayang sesama insan ...

    Semua Allah menerima ibadah dan amalan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin enghaz!

      Delete
  9. Selamat Hari Raya DJ..mohon ampun dan maaf kalau aku ada salah dan silap bergurau lebih kurang tersentap kat mana-mana hehe #kosongkosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita mrs...kosongkosong yer!

      Delete
  10. haah kan?...design semua boleh buat sendiri..print pastu pos je la...thanx sbb bagi idea..tahun depan kita buat ramai-ramai sama-sama ye..just to bring back memories masa zaman kecik-kecik dulu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup jimat kos gk smbil imarahkn smbutan raya kita mcm dolu2...hehe

      Delete