Tuesday, June 2, 2015

Spring in South Korea ::Day1.2:: N Seoul Tower & Namsan Guesthouse 4, Seoul


daripada Chungmu Kimbap, kami bergerak menuju ke Myeongdong Station semula...masuk ikut Exit 6, dan kemudian keluar mengikut Exit 3...terus berjalan menuju ke Namsan Guesthouse 4!yezzaaa kali ketiga aku stay di Namsan Gusethouse ni tapi ini merupakan kali kedua aku ke Namsan Guesthouse 4!first time duk sini, duk yang nombor 1, ya ampunnnn tinggi mendaki bukit...last time duk yang nombor 4 ni, terus jatuh chentaaa...dan kali ni ingat nak cuba duk nombor 3, tapi sue ajak duk nombor 4 gak...rindu dengan bau wangi Namsan Guesthouse 4 ni katanyaaa...yeay aku pun suka jer...hehehe sampai jer, tengah ramai orang kat bawah guesthouse tu siap kemas beg nak check out...kami tak dibenarkan lagi untuk check in...so sempat borak dengan staff yang sangat comel yang duk puji aku punya tudung cantik....i loike pink katanyaeee....yolahhh dongsaeng!hehehe sempat juga tumpang toilet semua, tumpang wifi dan tinggalkan beg kat situ....

kemudian kami bergerak keluar dari guesthouse untuk menaiki cable car ke N Seoul Tower!haaa kalo sebelum ni kami jalan kaki jer ke cable car station tu...tapi kali ni kami berhajat nak naik Namsan Oreumi, iaitu sebuah lif yang akan membawa kita terus ke cable car station tu...aku follow sebijik direction yang diberikan oleh Saidatul Nazla dalam blog nya....jadinya kami berpatah balik ke Myeongdong Station dan menuju ke arah Exit 4...dari situ jalan terussss jer sampai simpang 4 yang besar!seriously besar!ada beberapa simpang kecil sebelum tu, tak payah gatal jadi macam kitorang nak masuk...hasilnya terpongkeh turun naik bukit...hehehe bila sampai kat simpang besar tu, terusss ke kiri!kat situ dari jauh dah nampak dahhhh lif tuh!tapi alahai, kena mendaki sikit...nasib baru hari pertama kan...gigih lagi...kalo korang tak konpiden lagi berada di tempat yang betul ke tak, masa belok kiri tu korang dah leh nampak gak terowong kereta yang membelah bukit Namsan tu...so insyaAllah takkan sesat jalan laaa....
lif ni beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam...tapi hari isnin dari 9 pagi hingga 1 petang dia tutup jap untuk servis lif ni...haaa pandai-pandai la plan masa yer kalo berhajat nak naik lif ni...tak lama mana pun naik lif ni...dalam 5 minit kot dah sampai di cable car station...
terus tanpa buang masa kami pi beli tiket...2 kali sebelum ni mesti beli return ticket untuk cable car...tapi kali ni kami beli 1-way jer...sebab berhajat nak balik nanti naik bas...saja mencoba benda baru kann...harga tiket untuk 1-way adalah KRW6,000...
dah dapat tiket terus daki tangga menuju ke tingkat 3...dan tunggu kejap je dah boleh masuk cable car...melihat kepada ketidakramaian masa ni, memang bajet tak ramai orang ler kat atas sinun...lagipun hari ni kan jumaat...hohoho masa naik cable car ni dah nampak dah sikit-sikit cherry blossom di keliling bukit Namsan ni...alahai tak berapa nak rimbun...pasrah jer laaa mana yang ada kan...
sampai di cable car station yang di atas, terus keluar dan kami disambut dengan rantingan kayu tidak berdaun...sisa-sisa winter gituuu....sobbsss....ingat cherry blossom yang menyambut kami tadi...huhuhu pasrah jer laaa...tapi cantik juga laaa kan....dengan berlatarbelakangkan N Seoul Tower tu...dan masa ni dah perasan, ehhh ramainya orang!
kemudian kami ke arah kekunci chenta atau padlock...ada kawasan baru yang dibuka untuk letak padlock ni...agaknya yang kat atas tu dah penuh dah kan....tu buka tempat baru tu...memang padlock yang kat sini nampak baru lagi laaa...tapi ini pun dah penuhhh...gila padlock sunggah la diorang ni kan...hahaha jom laaa kita layan bergambar kejap....
kemudian kami teruskan lagi panjat tangga menuju ke arah N Seoul Tower yang terletak di puncak bukit Namsan nih...dah sampai atas tu, sekali paling ke kiri, wahhhh ternampak rimbunan cherry blossom!apa lagi terus la excited uolss!walaupun tak banyak dan cuma ada kat kawasan tu jer...jadik laaaa kasik cukup syarat ke negara Korea during spring ye tak...hahahaha!
lepas dah bergambar sakan dengan cherry blossom, kami terus menuju ke arah kaki N Seoul Tower...takde buat apa pun, masuk ke tower pun tak...just lepak, pusing-pusing sambil ambil gambar...cari kerusi bengkok bajet romantis...hehehe...kami takde la spend masa lama sangat kat atas tuh...
kemudian kami decided untuk mula turun...cari tempat nak naik bas...masa ni laaa nampak ramai giler orang lepak kat kawasan sekitar ni...siap laaa ada yang melukis, makan-makan, sembang-sembang, study...agaknya dah lepas winter kan, tu orang sibuk duk piknik tuh....bunga-bungaan yang ditanam di sekitar kaki N Seoul Tower ni pun meriah berwarna-warni...cantik!
lepas tu kami pun bergerak turun...wahhh rupanya tinggi juga jalan menurun ni!nasib baik laaa buat keputusan bijak pergi naik cable car dan balik baru naik bas...kalo datang tadi naik bas, memang mintak nyawa laaa nak daki bukit nih!huhuhu tapi sepanjang perjalanan menurun ni cherry blossom ada laaa sedikit banyak walaupun takde la rimbun giler...hehehe suka!masa kami turun ni, ramai giler orang baru sampai...agaknya sebab dah petang sikit...orang dah abes kerja dan sekolah kot kan....meriah sungguh!
sampai kat bawah tu dah nampak bas banyak-banyak...ada bus stop juga kat situ...terus cari bus nombor 05...sebabnya bas tu akan melalui Myeongdong nanti...kalo dari Myeongdong nak naik ke bukit Namsan ni pun boleh naik bus nombor 05 ni...naik bas ni jangan lupa touch T-money okey...caj yang dikenakan adalah sebanyak KRW850 saja...memang jauh lebih murah berbanding naik cable car...bus ni ada banyak juga perhentian dia, korang boleh usha kat gambar di bawah okey....
dari dalam bas ni memang boleh nampak laaaa cherry blossom yang agak meriah sepanjang perjalanan turun tu...rupanya di belah belakang bukit Namsan ni sangat meriah dengan cherry blossom berbanding belah depan diaaa yang ngadap Myeongdong tu...rugi laaa tak jalan kaki...kalo tak mesti lagi best kannn...tapi kitorang tak gigih sangat laaa nak jalan kaki tuh...hehehe
dan dalam 20 minit dalam bas, kami pun sampai di Myeongdong...turun dan terus berjalan menuju ke Namsan Guesthouse 4 semulaaa....sampai jer dah jam 3.30 petang, so dah boleh check in...pantas buat bayaran sebanyak KRW70,000 per night untuk 4 malam, kemudian terus kami menuju ke bilik...nasib baik diberikan bilik aras 1...takde la tinggi nak naik tangga...sampai bilik terus landinggg!aduhaiii sakit pinggang dan kaki...dah tuo!hahaha ok kita rehat dulu...nanti kita sambung lagi ke destinasi yang seterusnya!

14 comments:

  1. Dulu saya naik ke kawasan cable car naik shuttle bus... free. Turun barulah ikut lift tu...Takde aksi menonggek panjat bukit di situ... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ada shuttle bus free ke...kna try la next timeer...hehehe tp klo pi seoul nimmg xsah klo xde acara menonggek kannn...hehehe

      Delete
  2. jalan turun bukit nak gi tempat tunggu bas tu mmg agak curam and menduga kaki
    tapi view lawa wehh kat sini... dulu time autumn semua kuning merah oren ... time ko pegi ni semua keluar bunga2 cherry blossom jer ... cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah mmg cntik kan situuu...aku teringin nkpi masa autumn..time aku pi nk byk dh gugur...rasanya klo btol peak blossom tu lg marvelessss...hehehe

      Delete
  3. aku pun plan untuk next trip untuk turun naik bas. oleh kerana ko survived, aku akan tiru plan ko jugak hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bolehhh...takat pongkeh sikit jer...xde hallahhh...hahaha!

      Delete
    2. aku pun dah nampak penjimatan melampau kalo naik bas pi namsan tower ... terpongeh sket takpe.. janji aku ade duit lebey utk mengopi kat coffee house

      Delete
    3. Btol byk jimat...naik bas return br 1700won...if cable car return 8500won...mmg boleh ngopi seround 2 tuh..hehehe naik cable car pun pongeh gk dr myeogdong tuh!hahaha

      Delete
  4. Dah tua ker??? Nampak ala ala macam anak anak kecik setahun jagung gitu hehehehehheeee (Or awet muda?)

    Hahahahhaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha remaja purba dah ni enghaz...kuikuikui....

      Delete
  5. Aku ler tu yang gigih menapak naik dari bus station. Pastu gigih gak turun bukit yang sama. Bajet punya pasal. Lepas ni nak try walkertapaki dari bawah sekali. Xpun panjat tangga. Btw, besar gak bilik double kat NG4 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Giler lah klo nk mdaki dr bawah.mau lentik punggung pastu...kahkahkah...aku mmg request bilik besar tp nasib harga sama.sbb asal ingt nk tmbh extra bed sbb ptut ada dini kan...

      Delete
  6. salam. hi akak. sy suka sangt baca entry akk lagi2x pasal korea. Wahh akk dah cukup 4 musim. #tepuktangan. Akk sy ada soalan. Masa akak pergi masa spring, dekat seoul hari dah gelap dalam pukul berapa?.. sbb sy akan ke korea april ni. so nak adjust iti. harap akk dp jawab soalan sy..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm xingt sgt exactly gelap kul bpe..myb around 5 ke 6 kot. If awak nk tay exact time, leh cari info prayer time kat sana. Tgk mghrib msuk kul bape. Haa masa tu la waktu nk gelappp...

      Delete