Sunday, February 9, 2014

Pembaharuan Passport di Presint 14, Putrajaya.

selepas hampir 5 tahun, akhirnya tibalah masa untuk aku memperbaharui passport aku...kali pertama ni nak renew passport!orang lain berkali-kali dah...almaklum, orang dah tua baru nak belajar pi oversea, gini lah jadinya...hahaha so sehari sebelum nak buat passport, aku dah cakap ngan bos yang aku nak amek time off pagi esok...pastu aku pi ambil gambar di Alamanda...8 keping adalah RM15..untuk passport tu dia nak 1 keping je...makanya lagi 7 keping tu buat masuk laci je la...huhuhu OK untuk yang tak tahu, sekarang gambar passport dah background putih ye...bukan warna biru lagi macam dolu kala...untuk tahu details leh ke sini...

so pada hari yang indah permai itu, aku bangun awal dari biasa...bersiap-siap la nakpi ke Pejabat Passport di Presint 14, Putrajaya...gigih tau sebab nak kejar beratur sebelum pejabat dibuka pada 7.30 pagi...sampai je kat lobi bangunan, aku rileks-rileks sebab ingat takde orang lagi...almaklum baru kul 7.15 pagi...sekali berjalan je masuk dalam, haaaa kau....dah panjang beratur!cepat-cepat aku beratur gak!ceyy....kul bape diorang ni datang?dari semalam ke?ceh aku punya la bajet aku orang paling awal...huhuhu beratur la aku selama 15 minit sementara menunggu pejabat dibuka...
tepat jam 7.30 pagi, pejabat pun dibuka...masa nak mula bergerak ke depan, aku sempat toleh belakang...tu dia!panjang giler dah barisan!baru kul7.30 woi!huhuhu kalo aku datang kul 8 la tadi, tak tau la nombor berapa aku dapat...so hasil datang kul 7.15 pagi, dapat la aku no 25!nombor giliran perlu diambil di Kaunter No 5 ye....dah tu, sila la duduk menunggu sehingga nombor dipanggil...sebabkan awal lagi, kaunter permohonan dibuka 1 sahaja..dah dekat pukul 8 baru la 3 kaunter dibuka...laju la sikit kan...so untuk permohonan pembaharuan passport, sila bawa passport lama, kad pengenalan dan sekeping gambar background putih...itu sahaja...dalam sejam menanti, sambil tersengguk-sengguk, baru la sampai turn aku no 25....terus ke kaunter, serahkan semua yang aku nyatakan tadi...pastu dia tanya nak buat untuk 5 tahun atau 2 tahun...dan kemudian disebabkan passport aku tu dibuat pada tahun 2009, so diorang tanya la alamat, no telefon, email serta marital status yang terkini...then setel satu stage....
kemudian sila tunggu lagi sehingga nombor kita dipanggil untuk ke Kaunter 6 iaitu Kaunter Pembayaran...masa aku ni, kena tunggu hampir 15 minit juga baru la dipanggil ke Kaunter 6 ini...so sediakan duit tunai secukupnya...RM300 untuk 5 tahun dan RM100 untuk 2 tahun...dah bayar harga passport tu, kita akan diberikan resit berwarna hijau ini...sila SIMPAN!lepas tu boleh la pergi makan dulu ke, pi jalan-jalan dulu ke dan datang kembali selepas 1 jam untuk mengambil passport anda!
oh ye, masa aku tunggu turn nak buat pembayaran, tiba-tiba dapat email dari myIDENTITY..memaklumkan tentang transaksi aku yang telah berlaku di Jabatan Imigresen Malaysia...laman web myIDENTITY adalah salah satu inisaitif kerajaan bagi memudahkan urusan kita dengan kerajaan..khas untuk warganegara Malaysia dan pemastautin tetap..so tak perlu lagi memberikan maklumat peribadi berulang kali bila berurusan dengan pihak kerajaan...sebab tu sekarang nak buat passport tak payah isi borang dah...hehehe

OK sambung balik cerita passport tadi...selepas sejam, boleh datang semula ke pejabat tu untuk ambil passport..tapi kalo tengok nombor kita dah terlepas untuk ke Kaunter 7 dan 8 tu, boleh je pergi terus ke kaunter tu...tapi tengok masa takde orang la kan...tunjukkan resit kita...dan kemudian kita diminta sign dokumen penerimaan...dan kemudian...taadaaaa dapat dah passport baru!yeay!sengih-sengih seorang diri...hahaha dapat dah passport yang berbiometrik oii!dah boleh pi jepun tanpa visa dah ni!hahaha i loike!passport lama diorang bagi semula juga buat kenangan...tapi dah dipotong sedikit tepi dia tu...dan dicop DIBATALKAN...makanya selesailah urusan pembaharuan passport di Putrajaya.....
oh ye memula aku ingat kalo renew passport ni, dia akan kira 5 tahun dari tarikh mati passport kita...tapi TIDAK ye...dia akan kira semula 5 tahun 6 bulan dari tarikh kita renew tu...so macam aku, tarikh mati passport pada September 2014, sepatutnya aku renew Mac 2014 la kan..tapi sebab takut tak sempat, aku renew pada Februari 2014...awal sebulan..makanya, tarikh mati passport aku nanti adalah pada Ogos 2019...bukan September 2019...haaa paham tak?kiranya dia bukan macam kita renew insuran kereta la..walaupun awal, tarikh tetap sama je kan...hohoho so pandai-pandaila merancang ye!

ok sebagai tambahan, di Presint 14 Putrajaya ni, boleh buat pembaharuan passport menggunakan kiosk...tapi sebab aku datang awal sangat aritu, makanya kiosk tak buka lagi...kiosk ni terletak setempat dengan tempat nak ambil gambar passport...kalo dari lobi utama, akan jumpa bilik kiosk ni dahulu barula pejabat kaunter tu...so kat sini aku nak ajak cikwan yang baru renew passport 2 minggu sebelum aku aritu berkongsi pengalaman pembaharuan passport di kiosk...silakan cikwan.... =D
Kiosk ni terletak sebelah jer dengan tempat ambil gambar passport. Kalo sapa-sapa nak amik gambar kat situ boleh la. RM10 untuk 4 keping gambar. Ada pintu kaca, masuk dan nampak kiosk tu. Ada satu jer mesin kiosk tu.

Boleh la beratur tunggu giliran. Tak perlu amik nombor pun. Walaupun namanya macam beratur tapi disediakan kerusi ditepi-tepi tu. Kiranya beratur sambil duduk la.

Perkara penting yang perlu ada masa nak buat renewal passport di kiosk ni ialah passport yang nak expired tu, ic, duit RM100 (2 tahun) atau RM300 (5 tahun) dan sekeping gambar (background putih yer).

Sampai jer turn di mesin kiosk tu ikut la arahan sampai selesai. Kalo tak pandai, nanti ada anggota yang bertugas tepi tu. Diorang akan bagitau apa perlu buat.

Setelah selesai urusan di kiosk tu, akan keluar resit. Bawa resit tu kepada anggota yang bertugas tepi tu. Sertakan juga duit dan sekeping gambar. Diorang akan bagi no giliran untuk kita collect passport baru kita tu. Tempoh 1 jam diperlukan untuk diorang siapkan passport baru tu. Kaunter untuk collect passport baru tu adalah no. 7 dan 8.

OK terima kasih atas perkongsian ini cikwan...hehehe hamboi pandai juga cikwan ni menuliskan kan...dah boleh buat blog ni cikwan...hehehe tapi cikwan ni lagi terer bab buat memorandum dan nota kabinet...hahaha eh melalut plak...OK diharap info ini dapat membantu sesiapa yang nak perbaharui passport di Putrajaya!selamat travel korang!

INFORMASI TERKINI! 

Lokasi Pejabat Pasport Putrajaya tukar ke Aras 3, Tower A, Bangunan Menara Ikhlas, No.17, Persiaran Perdana, Presint 3 sejak April 2014.

Link - http://www.imi.gov.my/index.php/en/home/2-uncategorised/1001-bb-pembukaan-operasi-pejabat-pasport-di-menara-ikhlas-presint-3-putrajaya

14 comments:

  1. Next time aku kene pi renew kat sini jugak la nampaknye.. idok la lame bebeno waiting timenye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra, dgn syarat ko dpt no awal la...klo dtg pas 7.30, haru gak nak tggu turn...huhu

      Delete
  2. Tapi kalau renew utk dua tahun, tarikh mati akan dikira mulai dari tarikh kita renew... sbb tu cajnya murah sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke en mie...patutla murah..sy ada gak kira klo buat 3x pasport 2thn dpt la 6thn...br rm300..lebih sthm kononnya...haha

      Delete
  3. Bersemangat benar nak pi overseas ye....selamat mengembara..dan terus mengembara..jangan berhenti mengembara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ye la MKL...semangat tengah membara...hehe

      Delete
  4. gambar hitam putih tu nanti bila2 boleh guna kalau nak apply visa. so simpan je, nnt dah takyah amik gamba lagi.
    fresh passport menjerit minta di cop tu. cepat rasmikan ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe haah la dieya lupa plak ada visa req gmbar cmtu kan..hehe tq2!

      Hahaha bkn passport je mjerit, hati tuan punya passport pun dah jerit2 ni!hahaha insyaAllah khamis ni akan dirasmikan...hehe

      Delete
  5. Sibaiklah aku duk KK ha. Datang kul 9 pagi pun, paling busuk kena tunggu 10-15 minit je. Ha, aku mula curious negara mana yang akan 'cemarkan' page 1st passport ko nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tu la, mmber aku ckp dia buat kat muar taklama pun tunggu...hehehe alaaaaa aku kan pi dekat2 je....mana pi jauh pun...negara seberang ajeee....hehehe

      weh bie, aku try nak add ko kat fb, tp tak jupe plak button add friend...hehehe

      Delete
  6. Lokasi Pejabat Pasport Putrajaya tukar ke Aras 3, Tower A, Bangunan Menara Ikhlas, No.17, Persiaran Perdana, Presint 3 sejak April 2014.

    Link - http://www.imi.gov.my/index.php/en/home/2-uncategorised/1001-bb-pembukaan-operasi-pejabat-pasport-di-menara-ikhlas-presint-3-putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you elvin...saya akan update latest info ini...tq

      Delete
  7. Boleh tak nak renew passport sekarang tapi lambat lagi nak expired (October 2015). Selain tu, berapa lama tempoh renew passport kat Putrajaya bagi Sabah & Sarawak. Mohon pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal nak renew passport awal tu boleh tapi tak sure kalo rugi dari segi masa...tempoh renew passport tu saya tak pasti..myb boleh refer ke website imigresen jer terus.

      Delete