Thursday, February 6, 2014

Menjejak Kesan Tsunami di Banda Aceh, Indonesia #Day1 #Part1

Pada awal pagi 31 Januari 2014, tatkala semua orang sedang bergumbira berguling di atas katil tika cuti raya cina, aku dah kena bangun seawal 5.30 pagi untuk bersiap-siap...dan memulakan perjalanan dari rumah ke putrajaya...trip kali ini disertai oleh aku, asie, cikwan dan cikwi...geng satu pejabat aku....kami semua berkumpul di rumah cikwi dan kemudian pada jam 7.15 pagi, adik cikwi pun menghantar kami ke LCCT...tiba di LCCT pada jam 7.45 pagi, terus buat document checking...nasib baik orang tak ramai...tapi kami tetap datang awal as reminded by AA, takut sesak di musim perayaan ni...
setel dokumen semua, kami pun terus menuju ke Old Town White Coffee untuk sarapan pagi...layan nasi lemak dan kopi ais memang syiok...sambil berbincang perjalanan yang akan dilalui hari ini....tentang amanat yang dibawa dan strategi melancarkan perjalanan..hehehe....lepas tu tak lupa juga sesi menghapdet FB demi memberitahu orang kampung akan sepeninggalan aku nanti...ecewah!
tepat pada jam 8.45 pagi, kami mula bergerak menuju ke boarding hall...masa tengah nak scan bag, aku terjumpa passport orang terjatuh bawah conveyor...terus bagi pada petugas di situ...nasib baik tak lama tu ada orang berlari-lari ambil passport tu...risau gak aku, buatnya dia dah naik flight ke, tak ke pasal takleh masuk negara orang nanti...hohoho pastu kami pun melepak menunggu masa naik flight....dan jam 10 pagi, kami pun bergerak menuju ke flight...
masa take off sepatutnya pada jam 10.25 pagi...tapi sebabkan ada banyak flight nak berlepas, kami telah delay hampir 30 minit dalam flight...memang melanguk je la kan...jam 10.50 pagi baru la take off...dalam flight tak order makan pun...tapi sebab lama dah duk dalam tu, aku beli air...layan sambil borak sakan dengan cikwi...masa dalam flight ni, aku perasan ramai orang chinese dan mat salleh...rupanya mereka ke Banda Aceh untuk snorkelling dan diving di Pulau Sabang!even chinese yang duduk sebelah cikwi pun cerita dah a few time dia ke Pulau Sabang...wah sakan betul pergi beberapa kali....best sangat ke...selama ini aku ingat orang Islam je yang akan ke Banda Aceh...almaklum, ianya terkenal sebagai Tanah Serambi Mekah kan....haish cetek sungguh ilmu aku ni...tapi, walau best macam mana pun, untuk trip kali ini, aku tak dapat masuk kan pun Pulau Sabang dalam itinerary...sebab singkat sangat masa kami di sini..cuma 3 hari 2 malam...next time mungkin...insyaAllah....
perjalanan ke Banda Aceh mengambil masa 1 jam 30 minit...kami tiba di Bandara Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh pada jam 11.20 pagi waktu Indonesia...terus bergegas menuju keluar perut kapal terbang...sempat juga berposing berlatarbelakangkan nama Bandara a.k.a airport sebelum ke imigresen...kecil je airport ni, so kaunter pun ada 2 sahaja...kena la beratur sekejap...masa dah nak sampai turn kami, aku dengar orang depan kalut sebab pihak imigresen minta tiket pulang...pheww nasib aku dah print siap-siap semua tiket dan boarding pass...mudah urusan kami dan terus keluar mencari Pak Edwar, supir yang kami upah sepanjang kami berada di Banda Aceh ini...bila tak nampak nama aku ditayangkan, terus aku message dia beritahu dah sampai dan tunggu di hadapan kaunter taxi...tak lama tu, Pak Edwar datang dan perkenalkan diri...dan kami pun terus menaiki kenderaan kami....
destinasi pertama kami adalah ke Dayah Nurul Huda...di Aceh Besar...yang terletak berhampiran dengan airport....Dayah bermaksud Pesantren dalam bahasa Aceh...ia merupakan sebuah rumah yang menempatkan 217 orang anak yatim yang kebanyakannya kehilangan orang tua semasa bencana tsunami pada tahun 2004...selain itu ada juga la anak-anak dari keluarga susah....tibanya kami di situ, kami mencari Paman...penyelia rumah yang telah aku hubungi sebelum ini...isterinya yang datang menjemput aku dan rakan-rakan masuk...rupanya Paman ke airport nak jemput kami!masyaAllah!aku takde janji pun dengan dia...tapi agaknya dia seronok dan appreciate ada orang nak datang menghulur bantuan, tu sampai nak berjemput tu..huhuhu...jadi sementara menunggu Paman balik ke rumah semula, kami berbual dengan isterinya mengenai Dayah Nurul Huda...sambil melihat keadaan sekeliling yang aku kira agak uzur juga...masa ini juga kami berkenalan dengan kakak dan ibu Paman yang turut sama membantu di Dayah ini...anak-anak juga ada hari ni walaupun Jumaat...sebabnya mereka juga liburan hari raya cina...tapi di sana ia dipanggil Tahun baru Imlek... =D
tak lama lepas tu, Paman pun sampai...terkejut aku tengok Paman, aku ingatkan orang tua dah...muda lagi rupanya Paman ni...then terus kami berbual pelbagai cerita mengenai trip kami ini...bagaimana kami boleh terdetik hati hendak mencari rumah anak yatim, dibantu oleh rakan-rakan yang menderma sehinggalah ketemunya aku dengan Dayah Nurul Huda ini di blog...lepas dah berborak sekejap, cikwi mewakili kami semua serta sahabat-sahabat di Malaysia yang sama-sama menderma telah menyerahkan Rp 4 juta kepada Paman sebagai persediaan untuk kenduri buat anak-anak malam nanti...dan seterusnya kami berbincang juga barangan keperluan yang dikehendaki oleh mereka...Paman segan-segan nak sebut...katanya tidak mahu meminta...ikut ikhlas kami...huhuhu selepas tu kami berjanji untuk bertemu semula dengan Paman pada jam 3 petang di kedai runcit berhampiran Dayah untuk shopping barang keperluan...kemudian Paman pergi solat jumaat dan kami terus menuju ke Banda Aceh untuk check in hotel dan berehat sekejap...
niat hati nak lunch dulu, tapi di Banda Aceh ini masa waktu solat, kedai makan dan lain-lain kedai juga ditutup...haa baguskan...dah macam di Mekah!patutlah di panggil Tanah Serambi Mekah...maka terpaksala kami berlaparan sekejap dan menuju ke hotel kita yuk!hehehe untuk penginapan kali ini, aku telah booking Hotel Sulthan International melalui Agoda untuk 2 malam...harga untuk bilik kami adalah RM145.88 per malam...bilik dikongsi 2 orang...lokasi hotel amatlah strategik..terletak berhampiran kedai-kedai...di kawasan Peunayong...urusan check in amat mudah, ada wifi, staff juga sangat mesra dan membantu...cuma keadaan hotelnya agak lama sedikit...tapi pada aku, ok dah tu...lumayan sudah...hehe selesai urusan check in, terus melepak di bilik...ngantok...ayuh!take a nap sebentar.... =D

16 comments:

  1. Betapa murni niat Paman & isteri dia menolong anak2 yatim tu. And kudos kat korang gak, serah amanah dengan jayanya. Mesti sebak kan tengok muka budak2 tu seketul2. Nak lagi kalau yang baru nak kenal dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...memang kagum la dgn dia sanggup jaga anak yatim tu...bukan sikit tuh...huhuhu aku tak sempat sebak masa ni sebab kepala duk pikir macam2!hahaha tunggu malam nanti...hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Nnti sy ltk contact paman di next entrt..boleh la ramai2 mbntu yg memerlukan... =D

      Delete
  3. No wonder lah di gelar serambi kaabah..tgk airport nyer pun dah tahu..lain dari airport2 lain..event msia pun tak desing mcm tu

    Alaaaa...terharunya bila lihat keadaan rumah anak yatim tu...mmg mereka akan berbesar hati jika ada org bagi sumbangan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye JM sbb tu digelar serambi mekah..kagum btol...agak uzur kwsn umah tu JM...sedih tgk.huhu

      Delete
  4. Murni sungguh trip kak DJ kali ni. Semoga dibalas dengan kebaikan juga hendaknye. Memang dekat sana diorg amat menghormati hari jumaat. kalau kat pulau sabang pun, kene pakai pakaian yang sopan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la farel , syukur ada kwn yg baik yg bg idea tu...rezeki anak2 tu....kt sana mmg jarang jumpa perempuan pakai seluar..kecuali tourist la...kagum betul...

      Delete
  5. Tahniah. Usaha murni tu. Membantu org yg memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...moga lebih ramai dpt mbantu mereka...insyaAllah.... =D

      Delete
  6. Ini la namanya berkelana sambil beramal. Alhamdulillah. Moga usaha murni ini diberkati. InsyaAllah. Saya ada plan untuk ke Acheh jugak, tapi tue lar, plan igt nak pergi 3D2N je mcm DJ buat. Tunggu entry DJ abis nie. Nak refer sebijik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....ada peluang, kita curi2 peluang la...hehehe kalo minat ke pulau, leh pi lama sikit...dengarnya Pulau Sabang tu cantik...tapi saya pun tak pernah pergi lagi...hehehe ok saya cuba abeskan segera cerita aceh ni...insyaAllah... =D

      Delete
  7. nak g aceh la mcm ni.. kawan2 blogger sume patut p skali kita kumpul2 duit buat sumbangan n masing2 boleh blog.. aww... mmg mcm tu baru kita komuniti blogger lagi kuat peranan dalam masyarakat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...moga lagi ramai orang semangat macam awak ni, makin murah rezeki budak-budak tu..insyaAllah... =D

      Delete
  8. Wah, akhirnya DJ sampai juga ke Dayah Nurul Huda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak...terima kasih atas maklumat dan bantuan yang diberikan.... =D

      Delete