Monday, February 10, 2014

Menjejak Kesan Tsunami di Banda Aceh, Indonesia #Day1 #Part2


dah melepaskan lelah dalam sejam, tepat pada jam 2 petang, kami bersiap-siap dan keluar semula...bersama Pak Edwar menuju ke Rumah Makan Khas Aceh Rayeuk...katanya ayam tangkap di sini enak...ayam tangkap merupakan salah satu specialities di Banda Aceh...harus cuba kalo ke sini!jadi kami nak cuba la kan...masuk je, terus menuju ke ruangan VVIP...ada aircond...hehehe terus kami order ayam tangkap, dengdeng Aceh, ikan gurame bakar dan sayur kangkung...di sini diberikan juga tambahan lauk macam nasi padang tapi kami tak nak la..dan seharusnya makan apa pun di Indonesia ini, minumnya haruslah teh botol...wah enak sungguh dapat minum teh botol yang dingin...asie pula menggila dengan jus sirsak a.k.a soursop!siap tapau lagi lepas tu...makanan di sini sedap-sedap belaka...cuma untuk dendeng Aceh tu aku tak berapa masuk sangat sebab manis dan berherba...yang lain, sodap!total makan kami di sini adalah Rp275,000...
dah kenyang perut, kami pun menuju ke kedai-kedai runcit berhampiran Dayah...lepas usha sederet kedai kat situ, kami macam tak berapa puas hati...sebabnya takde barang yang dijual dalam kuantiti yang banyak..siap ada peniaga tu cakap nak bagi delivery order (DO) je, nanti esok baru hantar barang...lagi la kami tak happy kan..terus minta Pak Edwar call Paman segera...sampai je Paman, terus kami bincang...rupanya Paman tak pernah beli barang sekaligus banyak...tu dia suggest beli di kedai runcit berdekatan sahaja...bincang punya bincang, Pak Edwar cadangkan kami ke Banda Aceh untuk beli barang...di sana ada kawasan kedai borong...nasib baik Pak Edwar tahu di mana tempat nak beli..jadi kami terus ajak Paman ikut kami...Paman naik lori kecil, follow kami ke Banda Aceh...
sampai je di Pasar Aceh Grosir, yang terletak di belakang Masjid Raya Baiturrahman...haaa kami terus excited!bila tengok setiap kedai di sepanjang jalan tu ada jual barang-barang khas dalam kuantiti yang banyak...ada kedai jual beras, minyak dan macam-macam lagi...haaa apa lagi, bermula la sesi membeli barang dari kedai ke kedai!dah macam orang kaya kami di situ..setiap kedai masuk, keluar mesti berkotak-kotak!bayang la kami mempunyai Rp11.5 juta di tangan yang harus dihabeskan!memang lagak orang kaya betul kami berbelanja...orang plak asyik datang tengok kitorang...mana kami pergi mesti ada orang join borak tanya macam-macam...layan je la...hahaha pastu masa ni Paman sampai naik segan dah bila kami asyik tanya apa lagi nak beli Paman...sebab aku makin pening tengok duit tak surut-surut walaupun lori dah hampir penuh!hahaha macam-macam kami beli...beras, minyak, gula, garam, sos, kicap, biskut, sabun, mandian, ubat gigi, syampu dan macam-macam lagi...kesian Paman, dia siap cakap tak pernah membeli sebanyak ini...memang rezeki betul lah...banyak sungguh derma yang diterima...sangat-sangat membantu meringankan beban mereka...moga Allah limpah ruahkan rezeki semua yang menderma...Amin....
dan akhirnya bila semua barang dah dibeli, tapi wang masih ada banyak lagi...kami berbincang dengan Paman...bagitau dia betul-betul berapa baki yang ada dan minta dia decide apa lagi yang penting untuk dibeli dan ditambah kepada barang yang telah dibeli...sebab kami dah buntu nak beli apa...dan akhirnya dalam keadaan segan-segan, barulah Paman meminta supaya ditambah beli minyak dan beras!haaa kan senang kerja aku..terus kami pi kedai minyak untuk tambah lagi 36 kg!dan kemudian ke kedai beras untuk tambah 15 guni beras lagi menjadikannya total 50 guni beras!nampak banyak kan?750kg beras tu..tapi itu hanya bertahan untuk 10 hari sahaja...sehari mereka memerlukan hampir 75 kg beras untuk 3 kali makan untuk 200 lebih anak-anak...khabarnya pada Disember lepas, harga barang keperluan seperti beras, minyak, gula dan telur di Aceh telah dinaikkan..kesian kan....huhuhu dan akhirnya bila Rupiah terakhir beralih ke tangan tauke kedai, barulah aku terasa ringan, hilang segala beban!selesai melaksanakan amanat orang yang dibawa dari Malaysia...Alhamdulillah...seronok betul kami semua tengok hasil belian kami...syukur sangat-sangat....tak sangka dah 2 jam kami bershopping tu!hehehe terus rasa penat dan dahaga!lepas tu Paman pun pulang membawa barang-barang tersebut...
kami pula terus ajak Pak Edwar cari kopi Aceh!di sini famous dengan kopi...so Pak Edwar bawa kami pergi warkop...haaa warkop adalah singkatan bagi Warung Kopi tau!hahaha orang di sini memang suka minum kopi...jadi boleh lihat mana-mana Warkop mesti penuh...Pak Edwar telah bawa kami ke Warkop Solong...yang menyediakan kopi Aceh Ulee Kareng...famous brand ni kalo di Banda Aceh...boleh dibeli untuk bawa pulang juga...sampai je di warkop terus masing-masing order minuman..dahaga sangat!sedapnya kopi ais dia...sambil tu kami berbincang dengan Pak Edwar untuk penjelajahan bumi Aceh dan tsunami tour kami esok...kemudian Pak Edwar hantar kami pulang ke hotel...masa ni dah penat dan ngantok sangat dah...tapi harus bersiap untuk ke kenduri di Dayah Nurul Huda...
jam 7.30 malam kami bergerak dari hotel dan tiba tepat jam 8 malam di Dayah Nurul Huda...turun je kereta Paman sambut, kemain dia puji kami dah cantik dah tukar baju masing-masing...nasib baik dia puji...almaklum dah siap tema dari Malaysia tau...hahaha jubah hitam!masa kami sampai ni, lalu asrama anak lelaki, mereka sedang duduk ramai-ramai mendengar tazkirah dari yang senior..kami terus menuju ke tempat solat wanita yang juga dijadikan tempat makan pada malam itu....tengok ada sekumpulan anak-anak perempuan yang sedang membantu menyediakan makanan...tak lama kemudian, beramai-ramai anak di situ beratur untuk bersalam dengan kami..masyaAllah bayangkan hampir 100 orang kot...comel je...terlupa nak pegang kepala mereka....duk leka bersalaman...ada orang pesan, pegang dan usap kepala anak yatim dan berdoa...insyaAllah ada kelebihannya.... =D
lepas tu kami terus berbincang dengan Paman untuk adakan sedikit ucapan dengan anak-anak...jadi Paman panggil sebahagian dari yang ada...yang lelaki dipanggil yang kecil-kecil aja...sebab tu kawasan perempuan kan....kemudian Paman minta seorang anak lelaki di situ, dikira penghulu anak-anak di situ untuk memberikan ucapan aluan buat kami dan menceritakan serba sedikit berkaitan Dayah Nurul Huda, berkaitan aktiviti anak-anak di sini...kemudian cikwi dijemput untuk memberikan ucapan...kelakar masa ni bila cikwi bahasakan diri dia ibu kepada anak-anak ni...tapi kadang mereka tak faham apa yang cikwi katakan...kira ada language barrier gak la...sebab mereka lebih banyak bercakap dalam bahasa Aceh...tapi ok je...kelakar!Paman pun tolong translate pada mereka sikit-sikit...pastu cikwi turut menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan juga barangan yang telah dibeli petang tadi..Alhamdulillah....kemudian Paman bercakap dengan anak-anak dalam bahasa Aceh, yang kami pun tak faham...then penghulu tadi pun membacakan doa...ya Allah sangat mendalam nada dia..sangat menyentuh hati!huhuhu semoga menjadi hamba Allah yang hebat adik!
selesai sesi tersebut, anak-anak pun dijemput makan...mula-mula anak-anak perempuan mengagihkan makanan kepada anak-anak lelaki...kami turut membantu mengedarkan makanan kepada mereka...masa ni, aku tengok lauk yang dikatakan mewah oleh Paman adalah nasi, mihun goreng, sedikit gulai nangka, sedikit terung kecil, telur, ayam goreng sebesar 1 ruas jari, keropok dan buah tembikai....dah kira mewah dah pada mereka ini...aduhai tersentuh betul aku bila lagi tengok saiz ayam tu....aku ni penggemar tegar ayam...kalo makan ayam, nak saiz besar je...huhuhu sedih plak masa ni...pastu teringat cerita isteri Paman petang tadi yang menyatakan adakalanya ketika tiada lauk, anak-anak cuma makan nasi bersama kicap sahaja....huhuhu sedihnyaaa...semoga Allah murahkan rezeki anak-anak ini...Amin...
semasa anak-anak sedang makan, aku cuba juga berbual dengan mereka...tapi diorang malu-malu pula..mungkin ada yang tidak faham dengan bahasa aku kot...tapi ada je yang menjawab....tanya sedap ke makanan...diorang cakap enak...seronok tengok diorang makan...walaupun tak banyak mana yang kami berikan, tapi semoga dapat menggembirakan mereka...
kemudian bila semua dah makan, kami pun dijemput makan sekali...takde la beriya nak makan pun...just sekadar menjamah sebab orang dah jemput kan....terharu tengok anak-anak beriya menyiapkan meja untuk kami...siap dekorasi lagi tau...sangat terharu dan berbesar hati dengan effort diorang ni...comel je air mineral tu susun dalam bentuk bunga, siap ada tisu lipat-lipat, potong buah tembikai berseni...comel!kami pun ambil makanan, dan duduk bersama anak-anak di situ...tiap kali aku tanya, malu-malu je mereka menjawab...hehehe layan je la kan..
lepas dah makan, kami berlegar-legar sebentar...berjumpa anak-anak...berbual, bergambar di sekitar Dayah tersebut...semoga Allah permudahkan urusan anak-anak ini untuk menjadi hamba Allah yang hebat!kemudian anak-anak pun mulai naik ke atas...ada surau perempuan juga di bahagian atas dan menunaikan solat isyak berjemaah...kemudian mendengar mereka berzikir dan membaca Al-Quran...sejuk sangat hati rasanya....
tak lama lepas tu, isteri Paman duduk berbual dengan kami...adik Paman juga...mereka menceritakan yang Dayah Nurul Huda ni sebenarnya ditubuhkan oleh Arwah Kakak Paman...siap cakap, kuburannya ada di tepi tu...sambil tunjuk kawasan gelap sebelah tempat solat tu..berderau gak aku masa ni!huhuhu selepas dia meninggal, Paman la mengambil alih mentadbir rumah ini...dibantu oleh isteri, kakak, ibu, adik Paman...sebab kalo nak upah orang, kena bayar Rp 2 juta sebulan..mereka tak mampu...sedihnya..moga Allah limpahkan rezeki dan keberkatan buat mereka sekeluarga atas segala usaha mulia mereka ini...kami juga beritahu asrama lelaki tu dibina oleh bantuan dari orang Jepun...asrama tu ada 2 bilik je, setiap bilik menempatkan hampir 50 orang!boleh bayangkan betapa sesaknya bilik tu dengan katil double decker?sebab tu anak-anak lelaki lebih suka tido di kawasan terbuka di surau kata isteri Paman...bangunan tempat solat wanita tempat kami makan tu pula diderma oleh orang Singapore...dan ada satu lagi bangunan diderma oleh Yapeim kalo tak silap aku...tapi bangunan pun kebanyakannya dah kelihatan uzur...sedih...huhuhu

dan kemudian Paman bersama ustaz juga datang join dengan kami berbual-bual...terkesan di hati apabila Paman menyatakan tiada siapa menyangka satu hari kita akan berjumpa...dari tak kenal, tiba-tiba kami dah hadir ke Dayah Nurul Huda, membawa pelbagai bantuan...semuanya atas urusan dan kuasa Allah!Allahuakbar...tersayu rasa hati masa ini...dari berbual perkara-perkara serius, masuk pula cerita kelakar!rupanya mereka ingat nama aku adalah lelaki!hahaha Paman cakap, masa di telefon, dengarnya macam suara cewek, tapi nama seperti lelaki...jadinya di airport petang tadi, Paman pesan pada adik dia, supaya mencari 4 orang lelaki dari Malaysia!hahaha siapla adik Paman duk melepak tunggu '4 orang lelaki' tu dengan Pak Edwar, supir aku tu ye!hahahaha aduhai kecoh jadinya...tu Paman cakap dia terkejut bila nampak aku petang tadi, tengok perempuan!hahaha aduhai...tapi memang la, masa aku message dengan supir pun, masa bagitau nama, dia pun bahasakan diri aku dengan bapak...hahaha aku rasa dah abes perempuan dah nama aku ni...hehehe mungkin kalo H di belakang tukar ke T, barulah nama lelaki...hehehe memang gelak besar kitorang masa Paman cerita tu...Paman pun bercerita beriya-iya...hahahaha lepas tu kami juga minta maaf kiranya masa bershopping petang tadi, ada buat Paman terasa...almaklum semua ganas-ganas je petang tadi kan..selamba jee bercakap...kot-kot dia terasa hati...
pastu mula buka cerita pasal pengalaman tsunami..yeah part yang aku nantikan...nak dengar sendiri pengalaman orang di sini...Paman cerita masa hari kejadian dia dan isteri memang berada di kawasan pantai tempat tsunami naik tu...nak beli ikan...masa itu berlaku gempa kali pertama...jadi kebiasaan lepas beli ikan dia akan lepak rumah kakak dia di area situ untuk makan-makan dulu...tapi pada hari itu, kakaknya suruh dia balik segera...so dia pun bergerak balik..dalam masa sama, teringat rumah kalo-kalo runtuh akibat gempa...sampai je di Dayah ini, lega sebab rumah tiada apa-apa...tapi tiba-tiba dia dengar orang menjerit-jerit air naik!air naik!rupanya tsunami telah berlaku...air naik sampai ke Banda Aceh!tapi tak sampai ke Dayah ni...Paman cakap belum sampai 'janji' untuk nyawa dia diambil...sebab tu dia masih hidup sampai sekarang...mungkin Allah nak suruh dia jaga anak-anak ini..kalo dia pergi dulu, macam mana nasib anak-anak di sini..huhuhu sedih dengar masa ini...lepas tu mereka menceritakan lagi keadaan semasa itu...seluruh Aceh berbau mayat..busuk sangat sampai kena pakai penutup hidung...ada mayat kanak-kanak tersangkut di pagar-pagar tajam...ramai juga yang meninggal sebab bersesak di bandar nak lari dari air...masing-masing nak selamat diri, yang terjatuh dalam kesesakan tu ada yang terkorban...dalam kereta nak lari, tak sempat, juga di bawa arus deras...Subhanallah...air yang selama ini kita rasa takde apa-apa, mampu membuatkan bencana sebegini hebat dengan kuasa Allah!

nak diceritakan betapa tingginya air tsunami tu, kat Masjid Rahmatullah yang berhampiran pantai tu, dijumpai ikan tersangkut di kubahnya...maknanya memang tinggi la air tu kan, sampai melepasi masjid yang tinggi tu...nanti dalam tour tsunami keesokan hari aku akan ke Masjid ini...then Paman dan ustaz juga cerita arus tsunami adalah sangat kuat apabila melanda bumi Aceh dan kemudian, ianya seolah-olah menyedut segala benda terus masuk ke dalam laut semula...mereka katakan arus yang tarik semula ke laut tu lebih kuat!Subhanallah memang tak terjangkau dek akal la kalo nak membayangkan...mereka yang pernah melihatnya sahaja yang dapat membayangkannya...mereka juga ceritakan kuasa Allah bila ada yang terselamat dengan menaiki kapal, memanjat masjid...ada pula rakan ustaz yang sedang berlari selamatkan diri, tiba-tiba terjatuh ke dalam longkang!dan Alhamdulillah terselamat!katanya arus tu hanya berada dia atas sahaja...tak masuk ke dalam longkang tu...Subhanallah...semuanya kuasa Allah...

kusyuk sungguh kami mendengar kisah-kisah tsunami dari mereka...macam-macam lagi cerita...nak cerita semua kat sini, mau berjela-jela nanti...hahaha lepas tu, dalam jam 10.30 malam kami pun minta diri untuk pulang...dengan perasaan yang sangat gembira dan lega sebab segala yang diamanahkan telah ditunaikan...syukur Alhamdulillah semua urusan kami dipermudahkan walaupun ada sedikit kalut di awal petang tadi..tapi semua tu tak halang kami berikan yang terbaik!partner trip kali ini memang saling melengkapi..ada ketua delegasi yang sentiasa memudahcara, ada camerawoman yang sentiasa menangkap moment penting yang berlaku sepanjang hari, ada secretary yang mencatat maklumat-maklumat penting...memang terbaik!lega...makanya malam tu, masing-masing tidur dengan lenanya.... =D

So, kalo ada rakan-rakan yang ingin membantu dan memberikan sumbangan pada Rumah Anak Yatim di Banda Aceh iaitu Dayah Nurul Huda, boleh hubungi Paman di talian +62 852 7785 9873 atau pergi terus ke Dayah Nurul Huda di Desa Ajee Cut, Kecamatan Ingin Jaya, Kabupaten Aceh Besar...Semoga Allah merahmati usaha kita semua...Amin!

16 comments:

  1. Replies
    1. Ye Alhamdulillah...mekasih kat blog supermeng sbb mencetus idea nak ke aceh...hehehe

      Delete
  2. Alhamdulillah. Memang 'berat' rasa kalau dah pegang amanah orang kan. Selagi xsettle hati xtenang.

    Ha bergaya depan lori mentang2 nama sama kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la selagi tak tertunai, selagi tu tak tenang...huhuhu

      Haha haa la suka aku bila tau nama aku ada maksud dlm bahasa aceh..merata nmpk signage nama sndiri..haha

      Delete
  3. Alhamdulillah .. bagus nyer.. untung Kak DJ berpeluang melihat senyuman anak2 itu :D

    By the way makanan di aceh pun boleh tahan.. kalau nk pi mau turunkan 3kilo dulu hahhaaa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye afif..rezeki...syukur la...haaa mknn di aceh mmg best...tggu next entry ada lg mknn best2...hehe

      Delete
  4. Moga bertambah rezeki kalian kerana membantu orang-orang yang sangat memerlukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.....moga bertambah rezeki dan lebih membantu mereka yg memerlukan..insyaAllah...

      Delete
  5. wah.....moga dimurahkan rezeki...amin...saham akhirat...suka hati saya melihatnya...semuanya lazat belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...mmg sedap mknn sana...kna dgn selera org malaysia...pedas2 pula tu...sedap...hehe

      Delete
  6. berselera betul tgk menu yang disediakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap dam berasa...lg diorg mmg mkn pedas...mmg kena la kan..hehe

      Delete
  7. Tebaikla Dj! Tahniah pd yg terlibat dan yg menyumbang.

    ReplyDelete
  8. ASSALAM,

    Alahmdulullah. Murni sungguh budi Puan dan sahabt.
    saya juga berhajat mahu kerumah anak anak yatim ini. insyaAllah pada January 2015.
    Izinkan saya mengambil beberapa gambar dari blog puan berkenaan gambar rumah anak yatim ini. mahu berkongsi dengan sahabat whatsup mungkin boleh sama sama memberi sumbangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...boleh jer..gunakan utk kbaikan, insyaAllah beri manfaat pd semua...

      Delete