Wednesday, December 16, 2020

The Sticks, KKB Day 1.1


dari Batang Kali, kami terus menuju ke Kuala Kubu Bharu, sempat singgah 7E di pekan KKB untuk membeli kudap kudapan dan air minuman...risau tak cukup makan dalam hutan nanti kannn...hahahaha then sempat singgah di tepi Empangan KKB untuk mengambil gambar...penuh empangan kali ni kami datang, ada sebelum ni aku datang, kering kontang empangan ni...dan seterusnya jom la kita teruskan perjalanan menuju ke nature staycation kami kali ini iaitu The Sticks!haaa The Sticks laa nature staycation kami pada kali ini...masa ni aku tengah gila masuk hutan, hiking bagai sebab tu nak sambut besday pun dalam hutan...hahaha...
selepas melalui empangan dan juga parking orang nak ke Sungai Chiling, nanti kita akan nampak parking belah kiri jalan untuk ke The Sticks!kena parking kat luar ni, tapi jangan risau ada orang jaga jer...then angkut la segala beg yang ada dan jalan kaki melalui jalan kecil dalam hutan ni...banyak juga anak tangga yang perlu dituruni sebelum sampai ke tepi sungai!best gilaaa bunyi sungai masa ni, tak sabar nak terjun!
untuk ke The Sticks ni, kita perlu melintasi sebuah jambatan gantung, merentasi sungai yang deras ni...bestnya masa ni, jambatan pun cantik dan terjagaaa...aku sukaa dah masa ni tau...excited...dan paling best jambatan ni adalah private tu, maksudnya memang untuk pelanggan The Sticks je...so memang sangat sangat privacy lah pada aku stay kat sini...kiranya sungai tu anaaa yang punya...hahahaha...best!tak sabar nak mandi...
lepas dari jambatan tu, kena mendaki sikit jeee...masa ni baru lepas hujan so licin sikit...dan akhirnya kami sampai kat Dewan Area...haa kat sini la tempat nak check in, briefing, pelbagai indoor games dan juga tempat makan kalau kita ambil meals sekali dalam pakej kita tu...masa kami sampai ni ramai juga family tengah makan...
ok meh nak cerita pasal reservation yang aku buat...so kat The Sticks ni actually dia ada banyakkk pilihan bilik, rumah dan tendok iaitu tent+pondok...haaaa menarik kancumanya yang leceh sikit, sini dia ada minimum stay iaitu 2 malam!aku malas nak ambil cuti, tapi aku usha website dia ada bilik yang masih kosong, so bila tanya, diorang cakap akan release bilik tu 3 hari sebelum date check in untuk penginapan 1 malam...haa paham tak?kiranya memang last minute booking la aku ni, rezeki birthday girl agaknyaa, memang ada 1 je bilik takde orang booking sampai ke 3 hari sebelum date kami nakpi...hehehe korang leh usha details bilik kat The Sticks ni kat website dia eh...ok dah sampai dewan tu, duk bagi nama then kena isi masa makan yang kami nak...sebab dia akan serve masa kita pilih tuuu...dan untuk bilik kami dah termasuk dinner dan breakfast, then aku jadikan full board meals masuk lunch sebelum balik dan minum petang hari sampai...sebabnya aku baca review semua cakap food kat sini sedap plus jauh weh nak keluar cari makan...dan lepas tu ada sesi briefing sikit dan jommm masuk bilik!hujan rintik rintik balik dah ni....huhuhu...
bilik kami nama The Ara...macam aku cakap tadi memang ada banyak pilihan rumah tapi semua full house tauu...hahaha dan The Ara ni dia ke belakang dewan tu dan kena naik tangga...masa ni realise takde lampu okey, patut laaa antara benda diorang suh bawak adalah torchlight...ye la nakpi makan malam nanti kan, mau tergolek kau kalo takde lampu...hehehe masa ni ada la lalu beberapa buah rumah, cantik cantik nampaknyaa....best!
dan taraaaa inilah rumah kami iaitu The Ara...rumah ni untuk 4 orang, tapi kami duk bertiga...so untuk bilik ni kami bayar harga RM927 untuk satu malam termasuk dinner dan breakfast...dan untuk jadikan full board meals, aku tambah bayar RM37.50 seorang...dan selain tu aku tambah juga WIFI sebab takde line dalam ni weh dengan harga RM20...share je laaa...hehehe haa mahal kan?aku pun rasa mahal gak sebenarnya tapi sebab review dia baikkkk punya, dan aku memang nak staycation dalam hutan, so kami pasrah!hahaha....so tunggu sampai ke akhirnya yaaa samada berbaloi ke idokkk harga ini...gitu...hehehe ok jom masuk tengok rumah kami yang cantik ni...ada 1 katil queen, 2 katil single...besar rumah ni, toilet dia pun besar dan lawa....bersih dan well maintained la pada aku tempat ni...walaupun kayu, tak nampak usang dan berhabuk pun...dan air mandi dia best gilaaaa...sejukkk dan derassss...walaupun ada air panas yang oldschool keluar api tu, aku pilih mandi air kolah dia...syiok!
excited memasing sebab rumah ni cantik dan bersih!terbaik...toilet pun bersih weh...dan petang tu makin lebat hujannyaaa...huhuhu hapoo bercuti hujan kan...hahaha pasrah je laaa...nasib bilik cantik kan, so happy je laa duk dalam bilik pun...kipas pun kuat, sejukkk...tak dapat bayang malam nanti camne...oh ya kat tingkap semua ada jaring tu so nyamuk takde insyaAllah...cuma seram sikit kat bumbung atas tu ada ruang takde dinding, ada jaring...so seriau gak kalo terjaga malam tengok atas tuuu...hahahaha imaginasi liarkan!
dan sebab kan takde nak buat apa kan, aku ajak la diorang setting nak ambil gambar birthdayyy...yeayyy bab gini memang suka la kan...celebrate diri sendiri...hahaha gigih aku beli barang kat DIY tau...ada bangku kecil kat rumah tu, kita gunakanlah apa ada je sebagai prop nak bergambar birthday bersama kek yang di beli di Batang Kali tadi...hehehe dalam apa ada je tu, lawa jugak laaa prop nak bergambar kami...yeayyy sukaaa...gambar turnout jadi cantik cantik semuanyaaa degan view menghijau belakang tuuu...aku suka dan lagi suka bila kek tu sedap gilaaaa...hehehehe yeay happy birthday to usss!
sebulan setengah sebelum birthday ni, aku diet sakan...exercise pun sakan...sebabnya nak pakai baju putih ni laaa, terbeli saiz macam kecik sikit...dah tu jadinya masa ni je sempat pakai, lepas tu tak muat dahhh...skang lagi laaa bagai dipampam badan aku....hahaha adoi takde semangat nak jaga makan dan exercise dah wehhhh!hahaha...takpela, janji kita happy...eh happy keee...sakit jiwa gak la tengok berat badan makin naik, baju makin ketat kat sesetengah tempat...hahahaha denggg...yeay happy birthday to me, semoga yang baik baik je lah untuk aku lepas ni...doakan aku tau...muahciked!ok sambung next entry la apa kami buat di The Sticks petang ni, sebelum tu kita tidooo dulu...hehehe...hujan ni, asyikkkk...

Monday, December 14, 2020

Warung Bonda, Rumah Hutan, Batang Kali

yeah setelah 3 bulan, marilah kita mulakan penceritaan #birthdaytrip aku...syukur laaa sakan aku berjalan masa bulan September lepas, macam tau tau lepas tu nak kena PKPB...huhuhu walaupun cuma dalam negara, tapi consider puas hati gak la merayap tiap minggu sambut besday hahaha...so trip pembukaan untuk #birthdaytrip aku ni bermula awal sejak minggu pertama September lagi...ni sebenarnya last minute plan, tetibaa dapat booking accommodation dalam hutan dan tetiba dapat buat reservation makan di Warung Bonda ni...hahaha rezeki, Allah mudahkan...kebetulan 2 hari sebelum trip, aku usha mana nak lunch before check in, memandangkan nak check in dalam hutan, so nak laa tempat lunch pun ala ala nature kan...sekali Mrs kot cadangan makan kat Warung Bonda...so duk cuba contact nak buat reservation tak dapat, pasrah la kan, tapi sekali ingat adik Irma kerja ngan Bonda, apa lagi terus la message minta tolong...sekali lega adik Irma dapat tolong buat reservation...siap dia pesan, akak sampai sana  nanti jumpa orang ni, sebut nama saya...nanti akak tak payah bayar, sebab nanti dapat harga staff bayar kat dia je nanti...gituu...rezeki lagi!yeay!

makanya pada hari kejadian aku ambil Mrs dan Nily di Putrajaya dan kami terus menuju ke Warung Bonda, Rumah Hutan yang terletak di Batang Kali...katanya Warung Bonda ni ada dua...satu di Rumah Hutan, dan satu lagi di Rumah Sungai...so adik Irma suggest ke Warung Bonda di Rumah Hutan ni...sebab lebih besar katanya...ok jom layannn...kena parking kereta kat bawah ni, ada kawasan parking dan pejabat dan kedai barangan keluaran Bonda...duk kat sini sakan bergambar je la semantara nak tunggu pickup kami naik ke Rumah Hutan...
tak lama menanti tu, sampai laaa pickup kami...kat Rumah Hutan ni kita takleh bawa kereta naik sebab jalan dia kecik dan curam...so memang kena naik kenderaan yang disediakan saja...gayat gak naik ni lagi masa dia mendaki tempat curam...aku dah la hujung sekali, gayat rasa...hahahaha risau gak handphone jatuh sebab sakan berselfie dalam pickup tuuu...hahaha...
sampai di Rumah Hutan, kami memang diturunkan betul betul depan Warung Bonda...masa ni nampak dah banyak rumah cantik cantik, tapi nantilaaa kita pi usha...nakpi makan dulu...excited tau sebab tengok IG Bonda beriya cakap ikan lunak dia sedap, so tulahhh tujuan kami ke sini nak rasa sendiri keenakan ikan lunak yang digembar gemburkan ituuu...
sampai tu tak ramai lagi orang tapi dah mula sampai la juga...so terus ke kaunter, buat order...harga makanan kat sini agak mahal la pada aku, tapi kalo betul sedap dan unik, apa salahnya kan sesekali...so kami pun buat la order untuk bertiga...ikan lunak dan ikan talapia tu wajib laaa nak cuba kan sebab selalu tengok kat IG orang cakap sedap, Bonda lagi tak payah cakap duk mujiii manjang ikan ikan dia tuuu...hahahahaa...dah order moh ler kita duduk...
Warung Bonda ni cantikkk!aku suka...lawa sangat kayu diaaa...memang berjaga laaa...bila kita pi belah belakang nak duduk tu lagi laa cantik sebab mengadap hutan kan...ya Allah nyaman sangat rasa duk situ tau...sambil tu tak sabar tunggu makanan sampai...environment dah best sangat dah ni...hahahaha...perut lapar weh sebab tak makan pagi lagi...
dan tak lama menanti, minuman dan makanan kami pun sampai...aku ambil Set Nilam yang berharga RM40 untuk 2 pax, dapat nasi, kari ayam, kambas/peria goreng, sambal kentang dan air tembikai...then kami tambah ikan lunak (RM38) dan ikan talapia (RM36), ayam goreng (RM5) dan juga kopi...so rasa dia?hahaha aku rasa biasa sangat lah...lauk dalam set dia tu, semua biasa je...takde apa yang special...kari ayam tu, ayam dia hancur, peria pun macam biasa je, kentang la sedap sikit...tapi semua makanan sejuk...untuk ikan tu pula, aku rasa ikan lunak tu sedap la juga...takde tulang cumanya apa yang buat aku turn off adalah ikan tu sejuk!even sebenarnya semua makanan pun sejuk!sedangkan kita ni awal la juga sampai kan...sobbb....ikan talapia tu sedap tak berbau, tapi sama gak, sejuk!dan paling worst bila ayam goreng tepung kau pun sejuk!hapoooo?memang turn off...cuma yang leh nak puji adalah kopi dia dannn air asam cicah ikan bakar dia, memang meletup...so kena laa cicah ikan tu banyak kat kuah, baru laa rasa sedap...hahaha baru la boleh habis semua makanan tuuu...hahaha...
so overall, kami rasa over rated je la tempat ni...hahaha makanan dia biasa je...takde apa yang istimewa sangat...hahahaha tapi kalo ikan tu panas, aku rasa mayb jauh lebih sedapppp...dan kami sambil makan sambil krik krik...tak tau nak cakap apa sebab memasing excited nak datang sini..even masa tengah makan ada geng kakak kakak duk sebelah pun excited nak makan duk tanya, sedap ke?lamaaa aku nak jawap boleh laaa...hahahaha so total kami makan aku rasa dalam RM130 ke RM140 camtu laaa...tapi akhir sekali aku bayar RM80 je kat adik Irma...hehehe rezeki...
dan sebelum balik kami pusing pusing laaa sat sekitar Rumah Hutan tu ambil gambar...banyak gak jenis accommodation kat sini, aku rasa most of them datang tido sini sebab nak berurut...tapi aku rasa kalo tak urut, macam bosa gak duk sini sebab macam takde apa aktiviti sangat, tapi rumah rumah dia lawa laaa...so sakan gak laaa kita bergambar kann...haaa layan je la gambar di sekitar Rumah Hutan ni...heheheeh...
lepas dah bergambar tu, kami pun tunggu la pickup untuk bawa kami turun ke bawah semulaaa...lajuuu masuk kereta sebab panas ya amat masa ni...hahahaha dannn seterusnya kami pi ambil kek dulu di Batang Kali dan seterusnya menuju ke Kuala Kubu Bahru untuk nature staycation kami pada hujung minggu itu...haaa nak tau ke mana kami?tungguuu...seriously one of the best staycation I ever had...gituuuu...tungguuu tau!