Wednesday, September 1, 2021

Welcome September 2021

yeay Welcome Septemberrrr, my favourite month among all!hehehehe...Allahu rasanya baru je lagi sakan sambut birthday yang ke 37 tahun lepas, ni dah nak masuk 38 tahun dahhh...hahahahaa tapi nya September ni dah tak sama macam September dulu-duluuu....dulu aku tak sabar tunggu datangnya bulan September, pastu sakan susun jadual tiap weekend or weekdays nak sambut birthday dengan trip segala bagai...tahun ni aku takde plan beriya dah nak celebrate birthday sebab pandemik kan...sobs...kalo dulu, dari Ogos dah penuh date aku hahaha...aku rasa tahun ni maunya buat pertama kali lepas 10 tahun, aku akan bekerja masa birthday aku...hahahaha 
dan yang paling pasti, September kali ni buat aku nervousss sebab soon aku bakal tinggalkan dunia bekerja selepas lebih 14 tahun dan akan bergelar seorang pelajar...huwaaa nervous gila!serious tak dapat bayang macam mana nak jadi pelajar balik...korang semua doakan aku tau...moga mudah urusan aku nak sambung belajar ni dan diberikan kesabaran, kebijaksanaan, ilham dan manfaat dalam sambung belajar nanti dan semoga aku dapat graduate on time. InsyaAllah...

8 comments: