ada sekali tu nampak member makan kat sini...dia cakap sedap gila, sebijik macam kat China dulu...haa aku mana leh dengar benda-benda gini kan...kebetulan ada urusan di Cyberjaya satu hari tu, so lepas selesai urusan aku singgah Restoran Flavour of China Muslim ni untuk menapau...masa masuk tu tengok takleh dine in pun...kedai pun sunyi je dan malappp...staff sini memang orang dari Tanah Besar Cina sana...memang excited la aku kan...
kat depan pintu tu ada satu meja diorang letak menu dengan kertas dan pensel...so duduk la sorang sorang situ takde sape layan ko sambil belek menu dan tulis nak apa...nak tanya apa menu recommended pun payah hahahah ada la 2,3 orang tengah sibuk buat pau kat belakang tu yang mana aku rasa diorang tak reti pun cakap English...so aku belek ke depan ke belakang usha menu...menarik....ala-ala Hot Meal Bah gak laaa...lepas dah tulis dan pilih menu, aku ke kaunter dan buat pembayaran...then aku cakap aku nak tunggu dalam kereta je, nanti hantar ke kereta aku...dia okay...
tak lama sangat laa aku menanti dalam kereta, makanan pun sampai...haa terus laa aku gerak balik ke pejabat tak sabar nak makan...haa tengok laaa aku tamak!hahaha semua nak cuba kan...hahaha aku order Yangzhou Fried Rice (RM9), Fried Lamb with Cumin (RM35), Beef Dumpling (RM15) dan Chinese Beef Sandwich (RM10)...hahaha tamakkan?hahaha nasi goreng dan lamb tu biasa dah aku order kalo di Hot Meal Bah tapi yang dumpling tu sebab member aku cakap sedap sangat, tak sampai hati tak order...hahaha dan untuk sandwich tu plak, tak pernah jumpa kat Malaysia weh, kalo kat Xian dulu beratur nak beli sandwich ni...hahaha so tak dapat kawan diri dari membelinya...hahaha...
untuk nasi goreng dia aku rasa sedap laaa...penuh dengan sosej dan telur...cuma aku rasa di Hot Meal Bah lagi sedap sebab light je dengan telur je...sebab nasi goreng ni aku nak makan dengan lamb kan, so takde sosej pun ok sedap daaa...hehehe lamb dia plak tak berapa la pada aku...jauhhh lagi sedap lamb kat Hot Meal Bah weh...memang sebijik rasa rempah kat China...tapi untuk dumpling dia, macam kata kawan aku sedap!sedap gila kat tekak aku...lagi dengan chilli oil dia yang sedap gak, Allahu aku leh habis weh makan sorang dumpling tu...hahaha nasi dan kambing tak habis pun...huhuhu dan untuk sandwich dia plak jauhhhh dari rasa sedap di Xian tu...yang ni roti dia style keras sikit...daging pun tebal...yang di Xian tu lembut je roti dia dan daging dia macam pulled lamb gitu so lembut dan sedap...hehehe so overall aku rasa aku suka Hot Meal Bah lagi...hahahaha sorry Flavour of China Muslim!hahahaha...
sedapnya...teringat roti daging Xian..
ReplyDeleteKannnn...makan plak panas3 masa musim sejuk...Allahuuu
Deleteammi perasan harga restoran Chinese Muslim ni aje gila mahal2.. nampak sedap, tempting tp tengok harga ngeri pulak nak order
ReplyDeleteTp biasanya portion diorg besar. Bukan utk sorang makan.
Delete