yezza sebagai permulaan update content #daridapurdj ni, aku mulakan dengan salah satu resepi yang aku cuba masa PKP hari tu, dan seterusnya menjadi kegemaran keluarga, serta rakan rakan pejabat lepas aku bagi mereka rasa...hahaha Alhamdulillah antara menu yang sedap la untuk kudapan ni pada aku iaitu Tauhu Bergedil Viral...aku tak ingat dah aku usha resepi ni kat mana, tapi yang aku ingat, masa tu tetiba ada extra tauhu kering dalam peti ais, baki mak aku masak mi kari, so aku duk Google apa menu leh buat guna tauhu kering tu, dan keluar laaa resepi tauhu bergedil ni...hahaha...so kalo korang berminat nak cuba jom aku share menu!
Bahan bahan
1 bungkus besar tauhu kering
3 biji kentang (rebus dan lenyek)
1 cawan daging / ayam (kisar dan masak)
10 ekor udang (kisar dan masak)
1 tin cendawan (aku guna fresh mushroom - cincang)
1 biji cili merah (cincang)
Daun bawang (cincang)
Lada sulah
Lada hitam
Garam
Cara cara
1. Gaulkan semua bahan bahan (kecuali tauhu kering) dan perasakan ikut suka hati tekak kita. Step ni macam ala ala nak buat begedil juga laaa...
1. Gaulkan semua bahan bahan (kecuali tauhu kering) dan perasakan ikut suka hati tekak kita. Step ni macam ala ala nak buat begedil juga laaa...
2. Then ambil tauhu kering, gunting di atasnya jangan putus, then keluarkan sikit isinya tu dan masukkan inti ala begedil tadi dalam tauhu kering tu...kepal kepal kan inti tu bagi cantik molek dia dalam tauhu tu...haa dah buat sendiri kan, gemok gemok kan laa inti tu...oh ya isi tauhu tadi jangan buang, leh je gaul dalam inti tu...
3. Dah siap masukkan begedil dalam tauhu tu, sampai la masa kita nak goreng. Celup dalam telur, dan goreng dengan api kecil. Tak payah lama, cukup coklat keperangan dan angkat. Siap lah tauhu bergedil ni....enak dimakan begitu saja, atau dengan cili kicap atauuuu jauhh lebih enak kalau makan tu ajak saya...eh!hahahaha!
haaa amacam korang?senang ya amat kann nak membuatnya, plus jimat gilaaa duit!sebabnya aku pernah beli kat orang tauhu bergedil ni, intinya memang kentang je, tak rasa langsung daging ke apa, dah RM6 untuk 5 biji je weh...buat sendiri jauhhh lagi berbaloi...dah la nanti kalo buat banyak banyak leh frozen je, pastu goreng bila bila rasa nak makan...hehehe...inti tu kalo nak ayam pun boleh, seafood je pun boleh, ikut suka tekak korang la...aku ni sebab resepi yang aku guna masa ni guna daging dan udang, so sebab tu aku guna dua tu je...masa ni plak daging aku memang daging batang pinang, ya rabbi memang sedap gila la...aku masak kali pertama ni, sekelip mata abes!hahaha lepas tu memang ada beberapa kali gak aku buat lagi tauhu bergedil ni, siap konpiden kau bawak ke potluck raya CPRC dan potluck Yaasin pejabat aku...hahaha!so guyss, selamat mencobaaaaa....muahciked!
sedapnya ramuan inti nya..daging/udang/cendawan..
ReplyDeleteHahaa kannn sedap ya amat!
DeleteFuhh sedapnya! Dah lama teringin nak buat š¤©
ReplyDeletehaa dah ada resepi ni leh laaa buat...senang jeee
Deletekalau buat lagi lepas ni bagitau eh..
ReplyDeletenak buat muka x malu p mintak ahahah..
hahahahaha alamakkk!
DeleteMy favorite
ReplyDeletesila buat haha
Delete