Monday, February 4, 2019

Botanica + Co at Alila Bangsar

semasa lepak di ALILA Bangsar, kami sempat makan tengahari di Botanica + Co at Alila Bangsar...terletak di ground floor, same building dengan Alila nih...so senang tak payah nak keluar kereta kan...kelaparan teramat dah masa ni sebab dah lewat petang...so jom usha restoran ni...cantik!

masa sampai ni tak ramai sangat orang, sebab dah lepas waktu lunch kan...so duduk, terus usha menu...ada menu for kids!seronok Zara kan nak makan...hehehe adik aku cakap menu kat sini tak sebanyak main restaurant dia yang terletak di Bangsar sana...tapi boleh la kan...harga dia, ermmm boleh tahan jugak lah kan...
ok jom usha apa kami order...Zara nak Iced Chocolate (RM6), sekali dapat Babycino plak free sebab Zara order Mini halibut Fish and Chips (RM16)...comel je Babycino tu kan, konon macam cappucino laaa...hehehe dan fish and chips dia banyak gila weh walaupun hanya kids menu...haaa mengah makngah dan alam nak tolong habiskan...
untuk adik aku dia ambil Spicy Jumbo Prawn Aglio Olio (RM39) yang sedap!besar gila weh udang dia, patut harga macam tu sekali...hahaha aku plak ambil Crab Mee Mamak (RM36)...sedap jugak dengan tak kedekut crab meat dia tu, udang pun besar wehhh cuma sedikit masin la pada aku....then adik aku tamakkkk order plak The Fisherman Pizza (RM39) yang cheesy gilaaa tapi sangap weh nak habiskan makanan!tamak gila adik aku...huhuhu...
dah abes makan, aku pun minta la bil, terkejut plak nampak bil sampai RM184.45!macam mahal sangat plak rasa kan...so beriya la check bil, sekali nampak ada Chocolate Fudge Cake (RM23), so cakap la takde order ni...pastu staff tu pun pergi check semula...tak lama tu dia datang bawak kek siap nyanyi...ehhh terkejut aku...hahaha rupanya tadi adik aku nak order kek, tapi lepas tu dia cancel tapi orang tu tak cancel kan, dan bawa kek keluar!hahaha choiii kek besday sendiri, kena bayar sendiri kan...main order je adik aku nih...hahahaha...layan je laaa kek yang ke 10 ni haaa...hahahaha...overall aku rasa makanan sini sedap, cuma mahal sikit laaa...sesekali boleh la layan...

No comments:

Post a Comment