Tuesday, December 9, 2014

VMY2014 ~ Sarawak :: Kuching :: Day 2, Part 2

Sambungan dari: VMY2014 ~ Sarawak :: Kuching :: Day 2, Part 1

misi seterusnya adalah untuk menjejak mural orang utan di bandar Kuching ni..nasib semalam dah lalu kawasan ni dan nampak...ianya berhampiran dengan pintu masuk China Town...jadi terus jer berhenti tepi jalan dan cepat-cepat ambil gambar...panas sungguh masa ni...
dan kemudian kami ingin mengambil gambar di semuaa tugu kucing yang ada di Kuching ni...memula kami ke tugu kucing sekeluarga di hadapan Grand Margherita Hotel ni...masa ni terserempak dengan mamat dari USA yang sudi tolong ambilkan gambar kami berempat...sambil tu layan borak...diorang baru lepas jelejah tanah Jawa...jadi memang sakan la kami berborak pasal trip diorang tuh...bak kata asie, tu dah jumpa orang kampung dia dah tuuu....hahaha well tu la bestnya bila kita travel dan jumpa kaki travel jugaaa kan...walaupun tak kenal, tapi borak macam dah kenal lamaa...hehehe
kemudian kami ke tugu kucing kesunyian pulaa...sebab dia sensorang jer kat sini kann...masa ni juga ada orang Jakarta tolong ambilkan gambar kamii...dapat laa juga bergambar berempat kan...hehehe lepas tu kena la tolong ambilkan gambar diorang plak...
dan kemudian kami ke tugu kucing empat sekawan....hehehe memandai je aku bagi nama tugu kucing ni kan...hehehe tapi sebabkan masa ni takde orang nak tolong ambil gambar kami, asie letak jer kamera atas batu yang adaa...jadiklaaa...janji ada gambar berempat dengan tugu kucing....
dan kemudian asie cakap ada satu lagi tugu kucing couple katanya...penatlaaa duk usha dalam internet lokasi dia...duk berpusing-pusing laa kitorang dalam bandar Kuching semata nak cari satu tugu lagi tuh....dekat lebih setengah jam berpusing, last baru dapat info yang tugu kucing couple tu terletak di luar bandar Kuching!terus decide nak pergi jugak...gigihkan...tapi sebelum tu lalu di kedai Swee Kang Ais Kacang untuk melepaskan dahaga...lagipun aku teringin giler nak minum white lady yang sering disebut-sebut sedap tuh!tapi kecewanyaaa la rasa sebab penuh giler!ye la panas-panas ni kan...semua orang punnn nak minuman sejuk...ingat nak tunggu, tapi tengok yang menunggu pun ramai lagi...pasrah jer laaa....
kemudian kami terus menuju ke arah airport...sebabnya kami nak ke Taman Sahabat yang terletak di Tabuan Heights, Jalan Song...kira-kira 20 minit perjalanan dari bandar Kuching...sampai jer di hadapan Taman Sahabat ni, terus kami ternampak tugu kucing couple kat luarnya...yeay!mission accomplished!hehehe seronok dapat jumpa lepas berpusing-pusing buang masa....
dan dah alang-alang sampai situ kan, kami pun masuk la ke Taman Sahabat ni..nampak dari luar macam menarik...taman ini dibina sempena 30 tahun hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan China...ramai orang beriadah dan jogging kat taman ni petang-petang...memang meriah...paling best ada tugu Laksamana Zheng He yang besar giler dalam tuh!
keadaan masa ni sangat panas...mula la aku nak merengsa jer kan...nak berjalan ke arah bangunan di seberang tasik pun malas!terus ajak semua naik kereta...aku cakap kalo pusing pakai kereta, kat belakang tu ada pintu baru aku nakpi...hahaha dasar pemalas kan...yezzaaa nasib baik ada pintu masuk...siap dengan pintu gerbang ala-ala negara China lagi tau...terusss berangan nakpi China plak lepas ni.eh?
kat taman ni ada macam-macam kemudahan...ada restoran, ada tempat lepak...ada jambatan zig zag yang cantik...memang mendamaikanlah...kalo aku duk sini, leh aku pi jogging petang-petang...hahaha matikla berangan kan...
lepas dah abes jalan di Taman Sahabat, kami berpatah semula ke bandar Kuching...sempat lagi singgah di Swee Kang Ais Kacang, tapi tetap kecewa sebab penuh gila...sobbb....sadis betul aku rasa...kalo tak dapat kali ni, bila tah lagi nak rasa white lady yang orang duk sebut tuh....huhuhu lepas tu kami ke De Tamu Cafe yang pergi semalam sebab nak tapau chicken wing dan pisang cheese dia!hahaha gila kemaruk kann...

then kami bawa chicken wing dan pisang cheese tu ke Teh Tarik Kafeteria yang terletak di Satok juga...konon nak cuba kafe lain la kan...sekali kat sini kami cuma order semangkuk mee kolok dan minuman sebagai syarat...lepas tu kami pun buka bekalan chicken wing dan pisang cheese tuh!hahaha dah ler tak banyak beli, memang berebut la jawapnya!

Monday, December 8, 2014

VMY2014 ~ Sarawak :: Kuching :: Day 2, Part 1

Sambungan dari: VMY2014 ~ Sarawak :: Kuching :: Day 1, Part 3

hari kedua kami di Kuching...lepas solat subuh, aku ngan sue pun tido balik...sekali bangun dah jam 9 pagi!haiyak!sedangkan janji dengan asie dan irma untuk jumpa kat lobi jam 9 pagi...apa lagi, melompat laaa aku dari katil kan...cepat-cepat siap dan turun bawah...hehehe selesai urusan check out, kami pun bergerak menuju ke Satok dengan 1 harapan iaitu nak makan mee kolok di Sepinang Sari Cafe!atau dikenali juga sebagai Mee Kolok Haji Salleh....sekali kecewa daaa sebab penuh!dolu datang pun penuh juga...teringin kot nak makan sini sebab semuaaa cakap sedap...
nak taknak, terpaksa la kami masuk ke kedai sebelahnya iaitu Satok Flyover Cafe...dolu makan kat sini gak...memang sedap...tapi dah semua recommend Haji Salleh kan, tu teringin nak try tu...oh ye di sini kami janji untuk berjumpa dengan Huda...member sama jabatan ngan aku gak ni tapi di tempatkan di Sarawak...dapat tempat jer, terus order teh C dan mee kolok sapi...nyummehhh...memang sedap mee kolok kat sini....terbaik!tapi kenapa aku rasa dolu lagiiii sedap eh?
oh ye, masa masuk di Satok Flyover Cafe ni tadi, aku sempat pi tapau mee kolok dari kedai Haji Salleh tu...lama giler tunggu baru dapat tau...siap dah abe mee kolok aku makan kat cafe ni, baru dapat mee kolok kedai sebelah tuu...gigih kan nak rasa punya pasal...sekali bila makan, biasa je laaa pada aku...aku rasa sedap lagiii Satok Flyover Cafe ni punya mee kolok!hahaha masing-masing punya tekak la kan.... =D
wah sangat happy sebab dapat mee kolok yang sedap!bila perut dah kenyang, kami pun bye-bye laa dengan huda...takleh nak lepak lama-lama bersembang laa kan...sebabnya kami cuma ada hari ini sahaja untuk explore Kuching...memang panjang list tempat kami nak terjah hari ni...hehehe
daripada kedai mee kolok tadi, kami terus menuju ke Medan Niaga Satok...rupanya weekend begini meriah giler tempat ni..sampai jammed giler...bak kata asie, semua pun tertumpu kat sini nak meniaga barangan diorang....kat sini bukan macam kat Semenanjung tiap hari ada pasar malam...hehehe jom layan tengok apa yang ada di sini....macam-macam ada...dari barangan dapur, rumah sampai la ke cenderamata...semuaaa ada!
sampai di belakang Medan Niaga Satok ni, kami ke pasar basah...nak beli ikan terubuk masin...benda wajib beli tuh kalo dah datang ke Kuching nih...masa sampai sini, aku ternampak sesorang yang sangat dikenali!terus aku menjerit!jumpa juga adik aku si anim kat sini!hehehe dia pun memang datang Kuching masa ni...kebetulan masa sama kan...dia duk jalan ngan ex-student dia la orang Sarawak...memang aku kenal la budak-budak tu...terus budak tu bawak kitorang pergi kedai ikan terubuk masin yang dikenalinya...
kat kedai ni abang tu bagi kami 13 ekor ikan terubuk dengan harga RM100 sahaja!haaa murah giler kannn...dia bagi yang size sederhana tuu...yang harga asal RM18 seekor...haa cuba kira, murah giler kan kitorang dapat...jatuh sampai RM7++ jer seekor tau...hehehe thanks Shana!abes la kami memborong kat situ kan....tapi takleh banyak sangat...almaklum kami tak ambil luggage...hehehe dan sebelum balik sibuk abang tu nak ambil gambar dengan kami...nak masuk FB katanya...yolahh...layan jer la...
dari Medan Niaga Satok, kami menuju pula ke Kg Boyan untuk ke Mira Cake House...kedai ni sebenarnya kalo dari Waterfront tu, leh naik bot penambang saja...lagi dekat...kalo naik kereta jauh laaa berpusing kan...tapi sebab kami memang dah berada di area sana, terus jer la pergi kan...kat sini dulu kami suka kek lapis cadbury....tapi now malas dah nak makan walaupun depa duk canang dah halal...sekali hati weols terluka, tak kan terubat selamanya...gituuu kan....hehehe kat sini pun aku beli 2,3 biji je laaa kek alpis...takut kang terlebih muatan beg plak...harga pun murah-murah saja....bila total up kami berempat lebih 10 biji, siap dapat 2 biji free lagi...rezeki....
dah penat berjalan dan bershopping...kami ke Lorong Rubber 14 yang berhampiran dengan Satok jugaaa....kami nak ke Rumah Hijau Cafe untuk makan tengahari...kafe ni agak selesa dan cosy laaa berbanding kedai makan lain yang kami dah terjah di Kuching ni...kat sini kami order nasi ayam penyet tapi tak nampak penyet pun...hehehe pastu order juga pisang cheese dan tak lupa teh C!pisang cheese tu biasa je laaa...sedap lagi yang kat De Tamu semalam!hehehe overall makanan dia OK laaa...
dah kenyang, sebelum meneruskan aktiviti lain...kami singgah di Masjid Negeri Sarawak...masjid ni merupakan masjid pertama yang dibina di bandar Kuching ni pada tahun 1847...lama giler kan...sebab tu laaa kubur kat luar masjid ni nampak scary sikit...batu nisan semua dah senget benget...tapi dalam masjid dia cantik jer...
selesai solat semua, tetiba ada plak yang sakit perut...apa lagi, dapat laaa peluang aku nak berbaring kejap...melepaskan penat memandu...budak-budak ni kalo dah ada aku memang takkan diorang nak drive punya la kan...ok kita sambung nanti pengembaraan kami di Kuching...wah takleh blah pengembaraan...dah macam cerita doraemon plak...hehehe