Tuesday, May 28, 2019

Projek Ramadhan 2019 di Banda Aceh #misiNGOdayahjamal

Alhamdulillah saya dan Sulaihah telah selamat pergi ke Banda Aceh, Indonesia bagi melaksanakan projek yang dah lama saya nak buat ini...kali pertama sebenarnya buat proram macam ni dalam bulan Ramadhan...dari bulan April dah mula war-warkan mengenai program ini...tapi masa tu sambutan tak hangat, masuk bulan Ramadhan, kami giatkan lagi memaklumkan kepada lebih ramai orang melalui media sosial...dan Alhamdulillah, kami berjaya mengumpulkan sebanyak RM 9,700 (Rp 33,350,000)! Alhamdulillahhh...happy dengan amount yang besar sebab dapat bayang banyakkk yang boleh dibuat untuk membantu orang yang memerlukan...
banyak perbincangan dibuat dengan teman rapat mengenai agihan kewangan ini nanti...dan selepas berbincang, kami decided untuk buat majlis berbuka puasa dan bersahur di Masjid Raya Baiturrahman di Banda Aceh serta memberikan bantuan barang keperluan dan wang tunai serta berbuka puasa di Pesantren Dayah Nurul Huda...aku siap cari caterer yang boleh supply buka puasa di Masjid dan bertemu dengan Ade dari AdibaBiryani yang sangat-sangat membantu!dan aku juga telah siap hubungi Paman, penjaga di pesantren itu...
pada 21 Mei 2019, kami selamat tiba di Banda Aceh pada jam 3.30 petang...sampai saja terus check in hotel dan bergegas ke Masjid Raya Baiturrahman...saya cuba hubungi pihak panitia masjid sebelum datang untuk maklumkan hajat kami, tapi tak berhasil...so sampai ni terus cari pihak panitia masjid, dan kami dibantu oleh pihak remaja masjid yang sangat ramah!di sini kami turut dibantu oleh pihak AdibaBiryani untuk menyerahkan sebanyak 200 packs nasi biryani ayam dengan roti arab berharga Rp 4,000,000 kepada pihak panitia masjdi untuk jemaah masjid berbuka nanti...Alhamdulillah...sedang penyerahan dibuat, hujan turun dengan lebatnya...
bila hujan dah reda sikit, kami pun menjengah sebentar ke kawasan makanan disediakan bagi jemaah berbuka puasa nanti...selain itu sempat juga berbincang mengenai program sahur nanti...malangnya pihak masjid maklumkan buat masa ini, tidak ramai bersahur di masjid, malam ke 21 Ramadhan baru mula qiamullail...so kami pun berbincang dengan pihak AdibaBiryani bagaimana hendak selesaikan perkara ini, sebab kami dah order 100 packs nasi putih dan rendang daging untuk bersahur...remaja masjid ada usulkan supaya kami datang juga ke masjid jam 3 pagi, dan mereka akan bantu kami edarkan makanan di kaki jalan...
dan akhirnya atas bantuan AdibaBiryani, kami decided untuk hantar makanan untuk sahur iaitu 100 packs nasi putih dengan rendang daging (Rp 2,000,000) ke Pesantren Madrasah Ulumul Quran...awal pagi kami ke Indo Maret dulu untuk borong biskut!kaget staff situ pagi-pagi orang borong berbondong biskut sampai jammed mesin wang mereka...hehehe...kami beli 45 botol/kotak biskut berharga Rp 1,000,000 untuk dibawa sekali ke pesantren nanti...
kami bertemu pihak AdibaBiryani dalam perjalanan ke pesantren dan bersama gerak ke sana...Alhamdulillah bertemu Ustaz Yassir untuk penyerahan makanan tersebut buat bersahur anak-anak di pesantren tersebut dan turut meminta Ustaz Yassir mendoakan buat semua yang menyumbang supaya sentiasa murah rezeki, dan diberkati Ilahi...sempat Pak Bukhary sampuk doakan jodoh untuk yang berdua ini juga ya...hahaha kami berasa sangat bersyukur dipertemukan dengan pihak AdibaBiryani dan keluarganya yang sangat membantu...dan lepas pulang dari sini, baru tahu Pakcik Bukhary, ayah kepada Ade AdibaBiryani tu adalah bekas Bupati Kabupaten Aceh Besar!Wah, bukan sembarangan orang rupanya yang kami jumpa, humble sungguh beliau sanggup turun padang bersama kami menyerahkan sumbangan pada masjid dan juga pesantren ini...Alhamdulillah...
dan keesokkannya, kami telah ke Pesantren Dayah Nurul Huda untuk bertemu Paman...seronok nampak familiar faces kat sini, pernah bertemu 5 tahun yang lalu...pagi ini kami serahkan wang tunai sebanyak Rp 7,000,000 kepada Paman untuk persediaan majlis berbuka puasa buar 230 orang anak-anak di sini...aku dah pesan kat Paman, bagi la makan mewah sikit sebab aku memang berniat untuk meraikan mereka...sebab tu saje bagi lebih...puas hati dengar Paman sebut pada anak nya beli ayam dan cumi...
kemudian sementara tunggu Paman selesai urusan dengan anaknya, aku ajak Sue pusing kawasan pesantren...dah banyak berubah..dah banyak terima bantuan dari Malaysia juga...ada bangunan yang sedang dibangunkan atas bantuan pelbagai pihak...Alhamdulillah...seronok melihatnya...memang berbeza dari sebelum ini...
dan selepas itu kami bersama Paman telah ke Aceh Gorsir untuk pembelian barang keperluan...kami menetapkan jumlah sebanyak Rp 14,000,000 untuk dibelanjakan bagi barangan keperluan...mudah urusan kami pada kali ini sebab kedai ini boleh supply semua barangan yang dikehendaki, takperlu berpenat lelah ke kedai lain...aku serahkan sepenuhnya pada Paman apa yang dia perlukan...pelbagai barangan keperluan yang dibeli seperti minyak, gula, tepung, susu, telur, kacang, kicap, sardin, sos, kurma, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, tuala wanita dan sebagainya...aku tanya juga Paman taknak beras ke?dulu aku ingat beli sampai 750 kg beras!tapi Paman bagitau, awal puasa ada orang sedekah beras, jadi masih ada 84 kampit...so ok la, Paman lebih mengetahui keperluan mereka...jumlah perbelanjaan di sini adalah sebanyak Rp 13,880,000..Alhamdulillah cepat dan pantas selesai urusan kami...
dan pada sebelah petangnya masa hampir ke waktu berbuka puasa kami telah ke pesantren...Paman telah susun semua barang yang diberli di dalam bilik di sana...Alhamdulillah semua telah diserahkan, dan yag terakhir aku serahkan baki wang sebanyak Rp 5,000,000 beserta baki-baki duit berbelanja di grosir semuanya kepada Paman untuk digunakan kelak...Alhamdulillah...selesai semua amanat yang semua berikan...terus rasa ringan bahu...hehehe...Alhamdulillah...kami turut minta Paman bersama anak-anak mendoakan kesejahteraan semua yang menyumbang di dunia dan akhirat...InsyaAllah...
dan selepas itu kami pun menanti waktu berbuka puasa sambil bersembang dengan adik-adik di situ...kali ni adik-adik lebih ramah berbanding dulu...mungkin dah banyak orang datang berbanding sebelum ini kan...dan lagi mereka dah agak besar sekarang...hehehe sambil tu tengok juga mereka beratur ambil makanan, seronok tengok makanan kali ni banyak, puas hati dengan lauk kari sotong, ayam goreng, nasi, mihun goreng, kuih muih dan air cocktail...hehehe happy semua makanan sedap-sedap nampaknya...Alhamdulillah....
katanya ada ibu Siti yang selalu membantu mereka bagi setiap orang selipar dan cawan!pastu kami terpikir why not, lepas ni kita bagi pinggan pula sorang satu dan jaga sendiri kan...hehehe ermm mungkin boleh dipikirkan dalam next program...hehehe dan masuk waktu berbuka, kami menjamah kuih muih yang disediakan...sedap sangat cucur sayur dia tu, kami cuma menjamah je la...sebabnya kami berniat nak solat di Masjid Raya Baiturrahman malam tu...sebab esok dah nak balik, jadi takdan solat dengan mereka pun...tapi Paman dah cakap, insyaAllah lepas solat terawih dia akan doakan buat kita semua...Alhamdulillah...
maka dengan itu, selesailahhh program kemasyarakatan kami di Banda Aceh pada Ramadhan tahun ini...syukur sangat segala urusan kami di sana amatlah dimudahkan oleh Allah...ditemukan dengan orang yang baik-baik dan semua berjalan lancar!semua nak buat dapat buat, siap dapat extra lagi kan...Alhamdulillah...terima kasih buat semua yang menyumbang...saya share juga di sini nombor telefon semua yang banyak membantu urusan kami di sana...moga kalo ada yang nak ke sana juga, akan dimudahkan urusan...insyaAllah...

Pak Edwar (Supir)
+6281377223300 (boleh Whatsapp)

Paman Pesantren Dayah Nurul Huda
Desa Ajee Cut, Aceh Besar
+6285277859873 (tidak boleh Whatsapp)

Anak Paman
+6285260513595

Ade, AdibaBiryani
+628116812217

Adam, Remaja Masjid Raya Baiturrahman
+6285260065698

6 comments:

  1. Tahniah..seronoknya dpt buat aktiviti macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kak...terbuka mata tengok orang lain susah, kita ni kadang suka je ngomplen xcukup itu xcukup ini huhuhu

      Delete
  2. Tahniah Dj.. Semoga amal kebaikan yang diperbuat dilipatgandakan Allah :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..bagus sekali usahanya..

    ReplyDelete