Wednesday, September 19, 2018

iLapar Xchange, Publika, Kuala Lumpur

tak habis lagi cerita bulan puasa hari tuuu...hehehe aku berkesempatan berbuka puasa di iLapar Xchange yang terletak di Publika, Kuala Lumpur...sebabnyak aku join kolej anim punya program la ni...dah nama bulan ramadhan haruslah menu pun menu buffet kan...cumanya kali ni menunya customised ikut request kolej anim laaa...ikut bajet program mereka...kalo tak harga buffet ramadhan mereka baru ni adalah RM55++...
sebabkan program ni raikan kanak-kanak Pernim, iLapar Xchange ambil inisiatif menghiasi kedai mereka dengan belon berwarna-warni...anim cakap diorang tak bayar pun untuk dekorasi tu, memang kedai ni sendiri sediakan dan tak caj pun...so sangat kagum mereka tak berkira pun...dekorasi kedai sendiri memang dah simple dan cool...
untuk program anim ni, mereka sediakan pelbagai jenis lauk pauk...yang paling utama adalah daging salai masak lomak!sedappp!untuk level bandar, pada aku sedap lah ni...jangan compare la ngan orang kampung masakkan...hehehe selain tu ada ayam masak merah, ikan bakar, nasi, mihun goreng dan pelbagai jenis kuih muih...masa kami sampai ni, budak-budak Pernim tak sampai lagi...then owner kedai tu cakap nak belikan coklat untuk budak-budak tu sebab rasa macam kosong je tempat makan tu...dan seriously terkejut mereka balik dengan pelbagai jenis coklat, dannn bukan jenis murah tau...cikai-cikai pun Kinder Bueno dan Nutella...semoga Allah memurahkan rezeki mereka ni...pemurah sungguh!
overall semua makanan adalah sedappp!mereka siap bagi duit raya kat kanak-kanak Pernim dann siap ada cabutan bertuah dapat mainan tau!seronok sangat bebudak tu...anim dan organsier pun tercengang sebab pemurah gila owner kedai ni...lepas event tu anim banyak kali pi sana, siap laaa dia masuk contest apatah dan menang...so dapat makan percuma sebulan kat kedai tu...hahaahah anim duk cakap laaaa seda-sedap makanan dia...Aglio Olio Beef dah jadi favourite dia kat kedai ni...Aglio Olio Chicken pun sedap, pasta masak lomak dia anim cakap pedas gilaaaa...sape suka pedas boleh la cubaaa...selain tu anim cuba juga nasi goreng kambing, selambak nasinya pastu kambing bertingkek-tingkek...dah la sedap dan pedas...terbaiklah katanyaaa...kat bawah ni aku share menu yang sempat aku snap masa ke sana...
dan selepas hampir 3 bulan, aku ke ILapar Xchange ni lagi dengan mak dan anak buah aku...masa ni kitorang baru balik dari Hospital Selayang...sampai je, usha menu dan sempat snap promo untuk lunch dan tea time kat sini...tapi sebab dah lepas waktu lunch, tak dapek la merasa kan...hehehe...
so mak aku layan Curry Mee (RM12.90) dia, sedap gak!dah la portion besar gilaaa...nyumsss...aku plak ambil Nasi Goreng Kambing ILapar (RM18.90) yang banyak gilaaaaa nasi diaa!mengah nak abeskan....sedap dan pedas nasi goreng diaaa...kambing dan sos pun sedapppp...aku suka kambing dia...kalo letak lebihhh lagi kambing lagi best!naik harga sikit lagi pun ok...hahaha...dan untuk Qaiser kami ambil Cucur Bawang ILapar (RM6.90) dapat teh o / kopi o percuma...sedap cucu bawang dia, kopi pun sedapppp!
then kami siap tapau Nasi Goreng Kambing ILapar (RM18.90) lagi dan juga Chicken Chop (RM16.90)...chicken chop dan sos dia sedappppp...aku abeskan bila sampai rumah...hahaha mak aku bayar makan kali ni, dia siap terkejut sebab dekat Publika, makan banyak siap tapau tapi tak sampai RM100 pun harga semua...haaaa berbaloi-baloi kan...so korang apa lagi, pergi terjah please!masak lomak dia pun sodap!

2 comments: