Monday, December 4, 2017

Houseboat @ Royal Belum State Park, Perak Day1 - Part 1

bulan April hari tu aku ada trip menaiki houseboat di Royal Belum, Perak!actually ni kira trip tertangguh ni sebab plan asal nak pi hujung tahun 2016, dah booking semua dah tetiba beberapa minggu sebelum pergi, member di Jabatan Kesihatan Negeri Perak cakap ada Malaria outbreak kat Royal Belum...so tak dinasihatkan pergi...if nak pergi pun, pi ambil suntikan anti Malaria bagai...abang aku pun masa tu kerja kat sana, pejabat dia pun dah stop kan aktiviti di kawasan sekitar...haaa kemain la dia pengaruh mak aku, tak bagi aku pergi kan...sebab asalnya aku gigih gak nak pi...tapi lepas bincang semua, company aku ambil pakej ni bagi kami tukar date, dan tak burn duit dengan syarat diorang dapat cari pengganti kami...dan dah rezeki kan, ada gak pengganti walaupun last minute...so tukar la kami ke bulan April 2017...ni pun sebenarnya hampir tak jadi gak aku sebab rupanya date seminggu sebelum kenduri kawin adik aku, pastu ahli jemaah lain macam-macam hal...hahaha tapi last sekali dah memang rezeki kami kan, pergi jugak laaa kami...

untuk 2D1N houseboat trip ke Royal Belum ni aku ambil dengan Caravan Serai Holidays...tak silap aku, untuk trip ni kami bayar RM199 dan tambahan RM70 untuk bas dari BTS...dan untuk trip ini aku pergi dengan member opis aku...so kami siap buat meeting prior to trip tau!hahaha agih tugas sape nak beli makanan, sape nak beli barang untuk anak-anak orang asli...mana nak berkumpul bagai lah...rapi tau persiapan...hehehe dan trip ini disertai oleh Asie, Adik Asie, Zu, Nor, Nani, Farid, Arip dan aku...

malam Jumaat kami semua berkumpul di Stesyen LRT Bandar Tasik Selatan...organiser dah message dah suruh tunggu dekat dengan kedai Burger Ramly tu dalam jam 10 malam...sebab sampai awal, lama gak la menunggu ahli jemaah lain sampai...
sempat laaa kitorang layan Burger Kasih Sayang kat depan tangga kami lepak tu...hehehe sedap la plak sebab dah lamaaaa tak layan burger gerai camni kan...hehehe pastu sempat la memasing beli stok makanan kat mart yang ada kat situ...
dalam 10 lebih tu staff Caravan Serai pun sampai...diorang check nama semua, then suruh kami ke tempat menunggu bas...haaa masa ni baru nampak ramai gak yang akan bersama kami dalam houseboat tu...dalam bas ni je dah lebih half ahli jemaah tau...sampai je bas, semua excited nak ambil gambar bas...
hasilnya, mendapat la kauuu duk belakang sekali sebab seat depan dah penuh!hahaha adoi laaa...sengsara weh duk belakang ni...selain terumbang ambing, panas gak laa bontot duk atas enjin...tapi pasrah je laaa kan...masuk bas, bas jalan je, staff bagi briefing sikit pasal perjalanan kami menuju ke Gerik ini...
sepanjang dalam bas aku takleh tido...nervous pun iya, terumbang ambing pun yaaa...dah la bas buka cerita hantuu...hahaha sambil tu aku melayan internet je la sambil tengok cerita hantu...sampai laaa bas berhenti di R&R Gopeng...turun pi toilet then sempat lagi melayan roti telur goyang...dasar kuat makan kan!
sambung naik bas...kali ni baru aku dapat tido tapi tak nyenyak sangat lagi bila keluar dari highway...memang melompat-lompat aku duk belakang tu...huhuhu dan menghampiri waktu subuh, kami pun sampai di Gerik dan berhenti di masjid...sempat laa solat dan cuci apa yang patut...
then naik bas semula, diorang bawa kami makan di kedai mamak...bayar sendiri tau makan masa ni tak masuk dalam pakej lagi...hehehe layan la minum pagi macam-macam sambil main internet beriya sebab lepas ni takde internet dahhh...hahaha...
dan sambung lagi perjalanan dari Gerik Ke Hentian Royal Belum...jangan tanya la aku berapa jam gerak dari satu tempat ke satu tempat...aku lupa dahhh...tapi jauh-jauh la gak...kat sini bas pun turunkan kami...barulaaa dapat jumpa Zu dan Nor kat sini sebab diorang datang bawa kereta sendiri sebab lepas trip ni diorang nak ke Penang, ada kerja...sebelum naik bot, sempat la posing ramai-ramai dengan banner Caravan Serai Holidays...
dan akhirnya sampai la masa yang dinantikannn...kami pun mulai mangangkat barang masuk ke houseboat kami...masa ni jumpa la semuaaa ahli jemaah houseboat yang naik bas dan pandu kereta sendiri...ramai la dalam 40 orang kot...tak masuk staff dia lagi...then sempat la kita selpie cepat-cepat dan post gambar di media social, nak bagitau orang kampung ni last dapat update ni, lepas ni takde internet dahhh...sobsss...
tak lama lepas setel angkut mengangkut tu, houseboat pun mula bergerak meninggalkan Hentian Royal Belum...dan sesi briefing pun dimulakan...diorang brief la rules kat dalam houseboat ni, apa aktiviti semua laaa...kita dengar je la kan...tapi tak dengar pun takpe, nanti diorang akan announce dari masa ke semasa jugak...hehehe...
dah abes sesi briefing tu, aku ambil masa jap untuk tour dalam 2 tingkat houseboat tu...untuk ambil gambar laaa dan share dengan korang...supaya nanti sok korang ada gambaran cemana rupa houseboat ni, ok ke tak nak pi sanaa...hahaha marilah melawat di tingkat bawah...kat bawah ni memang luas laaa kawasan diaaa...tempat kita nak melepak sepanjang pelayaran menaiki houseboat ni...kat ruang ni la makanan dihidangkan dan untuk kita makanan...ada kerusi keliling kawasan, dan tikar pun ada untuk duduk di bawah...ada ruang untuk karaoke kat sini, pastu ada 2 buah bilik air...satu dengan shower, satu lagi tandas...bersih la pada aku bilik air dia...kat bawah ni ada gak bilik staff dan dapurrr untuk memasak makanan kita sepanjang 2D1N ni...
nak naik kat tingkat atas ni ada 2 tangga...tangga kat belah dalam terus menuju ke arah bilik-bilik...ada 4 bilik kat atas tu...so share la ye...3 bilik orang perempuan duduk, 1 bilik orang lelaki ambil...keadaan tilam dan bantal dia tu, redho je la ye...hahaha...kat atas ni gak ada satu ruang luas...belah belakang houseboat...kat sini pun leh tido la nanti...
belah depan plak ada tempat lepak...kat sini ada sebijik lagi tangga untuk turun ke bawah...nanti kat bawah-bawah nanti ada rasanya gambar tangga tu...masa ni lupa nak ambil gambar...kat ruang atas ni ada banyak kerusi, so memang syiok lepak...berangin...
lepas dah tour houseboat tu, turun bawah tengok minum pagi dah disediakan...apa lagi ayuh la kita makannn...ada kuih karipap dan cekodok pisang yang sedapppp...kopi dia kopi orang kampung weh pun sedappp...memang sedap-sedap laaa makanan yang dihidangkan atas houseboat ni...banyak pula tu, puas hati makan bertambah...
dan lepas tu aktiviti memang santaiii dan bebas...ada yang dah naik ke atas masuk bilik berehat...ada yang dah mula cari mic nak karok...ada yang lepak bersembang kat bawah tu...kitorang pun apa lagi, mula laaa berposing...kami la paling kecoh masa ni sebab geng kita paling ramai kannn...haa malas nak cerita, meh tengok je la kami berposing sakannn...
dah penat posing kami duk berehat, tetiba Baby, sorang staff tu datang bagi congkak suh kami main...haaa apa lagi tergelak mengekek la memasing main benda ni...hahaha lama gila weh tak main congkak...memang best la sesekali layan...main plak dengan Baby yang kecoh gila ni, makin havoc laaa...
lepas main congkak, kami sambung bersantai...tengok pemandangan hijau di sekeliling...pastu duk kat bawah tu sambil melelapkan mata...bukan leh tido pun...tapi saje melayan perasaan..gitu...masa ni jiwa lara ada saki baki lagi tau...lebihan dari trip thailand tu...hahaha so layan la sambil selang seli bersembang...dalam hati terpikir gak, mampu ke bertahan sampai esok takde internet ni...hahahaha...
lepas tu tengok kawasan karok dah kosong, terusss kami serbu!hahaha sakan la memasing berkarok masa ni sebab dah tak ramai kat bawah tu...ramai dah naik ke atas...aku layan kejap je karok ni sebab aku tengok pilihan lagu tak kena jiwa, so aku bagi budak-budak ni je melayan...
seketika lepak dengan diorang karok, lepas tu aku bawa diri ke port aku paling sukaaa dalam houseboat ni!haaa kat belah tepi, luar houseboat ni...kita leh duduk...ada rakit diorang ikat tepi tu...so leh la julur kaki ke bawah...houseboat ni jalan slow je, so syiook laa rendam kaki situ, layan view dan perasaan...alahai masa ni terfeeling lah pula kan sorang-sorang...fikir pasal macam-macam yang jadi...
baru nak syiok fefeeling sorang-sorang, mula dah datang papparazzi mengacau...hahaha terus dah tak tenang aku duk sorang tau...lepas sorang, sorang datang ngacau dan nyibuk kat port best aku ni...hahaha...lama-lama dah takde sape karok, duk meriah lepak kat luar pulak...
dan setelah beberapa jam kami dalam houseboat tu, kami pun menghampiri perkampungan orang asli yang ada kat Royal Belum ni...memang banyak kelompok perkampungan orang asli kat sini tapi nampak cantik dan rapi je...memang berjaga laaa...
turun di salah sebuah perkampungan...ramai gila orang...rupanya ada group lain pun datang hari tu...siap ada yang bergotong royong bersihkan kawasan...kami dijemput duduk kat pondok besar tu dulu dan diberi penerangan pasal perkampungan ini...pasal aktiviti orang asli ni dan macam-macam lagi...
lepas sesi taklimat, kitorang pun bergerak sendiri ke sekitar perkampungan tu...bersih je kampung dia nih...maybe ada group baru lepas gotong royong kan...sempat la juga kami agihkan beberapa barang yang kami bawa...siap ada barang promosi keselamatan makanan tau macam towel, topi dan sabun cuci tangan yang dibawa dari pejabat...selain tu kami bawa juga makanan ringan untuk kanak-kanak...jom layan gambar sekitar perkampungan ini dengan aktiviti yang kami jalankan...
sempat juga masa ni bergambar beramai-ramai dengan banner Caravan Serai Holidays kan...bagi tujuan promosi la gituu...hehehe tepi memang best lepak kat sini...walaupun panas terik tu, kita tolak tepi je..happy tengok diorang happy dapat barang tu...
dan selepas beberapa ketika habiskan masa di perkampungan orang asli tu, kami pun kembali menaiki houseboat...naik je houseboat, makanan tengahari dah terhidanggg...yeay perut pun dah lapar, kita makan laaa...sedappp masakan atas houseboat ni tau...bertambah kami makan...
lepas dah kenyang semua, kami pun naik ke bilik untuk solat dan berehat seketika...petang sikit nanti akan ada aktiviti lain pulaaa...so kemana kita seterusnya?tungguuu...hehehe masa ni dah rasa best dah trip ni, handphone dan internet tolak tepi dah...perasaan jiwa lara pun tolak tepi dahhh...excited untuk aktiviti seterusnyaaa...

No comments:

Post a Comment