Tuesday, August 1, 2017

Divatakesmabul Part 1

Sambungan dari: #divatakesmabul

awal tahun lepas aku menggila busy dengan kerja baru, dari awal tahun sampai akhir Mac tu boleh kata almost everyday aku balik lewat malam...bersungguh betul kerja masa tu....so kebetulan selesai jer big event aku pada akhir Mac tu, aku ada trip ke Pulau Mabul dengan kawan-kawan!haaa memang rezeki sangat kan...seminggu lepas setel kerja besarrr tu, pada 8 April 2016, aku bersama Dini, Ed, Sue, Liana, Chubby, As dan Ajib telah berjumpa di KLIA2 untuk terbang ker Tawau!yeay!
perjalanan daripada KLIA2 ke Tawau mengambil masa hampir 3 jam!fuhhh kiranya Tawau merupakan destinasi paling jauh dalam Malaysia la dengan Airasia ni...3 jam tu dah macam pi Myanmar, Vietnam dan Laos tau...cuaca sangat baik, kita layan pula mee goreng mamak dalam flight...memang layan....
kami selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 10.30 pagi....happy la sangat memasing sebab dah lama tak naik flight dan bercuti bersama-sama...lagi pula trip kali ni melibatkan ramai ahli jemaah, so sangat meriah dan kecoh!
masa trip ni, aku tengah gila layan drama korea Descendants of the Sun...so masa beratur lama kat immigresen ni, jumpa pula abang askar, terus menggila...sedangkan jauh gila beza dia dengan Song Jong Ki kan...hahaha...tapi seriously lama gila beratur immigresen sini...
setel immigresen, kita tunggu Along datang...macam aku cerita dalam previous post, aku ambil pakej ke Pulau Mabul ni dengan Along Dini...aku amik pakej RM890 untuk 4 hari 3 malam, 1 malam di Pulau Mabul dan 2 malam di Semporna...pakej ni memang all in...termasuk transport, penginapan, makan minum...tapi tak termasuk flight, dan tambahan seafood yang kami beli di Pulau Mabul...dan macam aku cerita sebelum ni, makan yang disediakan terutamanya di Semporna adalah sangat meletop!nak tau details, tunggu dalam entry seterusnya ok!

Along sampai dalam jam 11.30 pagi...dengan sebuah van dan kereta dia sendiri...Dini dan Ed naik dengan Along...dan kitorang yang lain naik van...so bergerak la kami dengan happy nye menuju ke Semporna....sebab jeti nak ke Pulau Mabul ni adalah di Semporna...perjalanan biasanya mengambil masa 1 jam...tapi sebabkan jalan banyak dalam proses pembaikan masa ni, so takleh bawa laju dan sedikit jammed!
dalm setengah jam perjalanan sekali nampak kereta Along tersadai tepi jalan!ada problem rupanyaaa...so van try la bantu yang boleh, last-last takleh, so kita tinggalkan kereta tepi jalan dan naik van beramai-ramai...haaa barulah meriah kan!
dan akhirnya kami selamat tiba di Pekan Semporna pada jam 1.30 tengahari...terus dibawa ke Jeti Umum Semporna untuk menaiki bot terusss ke Pulau Mabul...masa tunggu bot ready bagai tu, sempat la kami menapau roti dan coklat kat sini...plan asal Along nak bawa pergi beli makanan kat supermarket tapi dah lewat tu, kita beli apa ada je la kat jeti tu...
perjalanan menaiki bot mengambil masa dalam 1jam juga...tapi bot besar so takde la mabuk sangat...so dah takde keje dalam bot tu, apa lagi yang divaaa sekelian mampu buat selain posing?hehehe tapi kejap je posing nya lepas tu membutaaa serta melayan perasaan...
2.30 petang kami sampai di Pulau Mabul...dari jauh nampak dahhh air diaaaa cantik!masa sampai ni air tengah surut...so bot jalan slowww je lalu chalet dan rumah orang...nasib baik dia tak suruh kita turun bot jalan kaki je kan...hahaha...
kami ditempatkan di Billabong Scuba Backpackers...pada pandangan mata kasar aku, tu la antara chalet bajet yang nampak selesa kat situ...cantik plak tu sebab baruuu...hehehe...sampai je terus check in dan diberikan taklimat...dia pesan takleh bawa makanan  dalam bilik, pastu bagitau masa makan, then leh juga beli seafood dari orang Bajau Laut dan request dapur masakkan tanpa sebarang caj!baguskannn...
habis taklimat, kitorang pun masuk bilik untuk letak barang...kat Billabong ni, bilik ada aircond!so sedap lah sikitkan...aku memang cakap ngan dini dulu nak bilik ada aircond dan taknak dorm...nak bilk berdua...sebab tu la kot dapat sini...mahal sikit la, tapi selesa...tapi aircond ke, letrik ke memang standar la kat pulau ni cuma ada dari jam 6 malam sampai 6 pagi sahaja...
lepas letak barang, kitorang pun pergi lunch yang disediakan oleh Billabong...semua dah masuk pakej dah ni...ok la makanan yang disediakan...ada beberapa pilihan...syiok makan kat kafe dia ni sebab ngadap laut lepas...luas mata memandang orang cakap...then kitorang lepak, makan dan borak sakan di sini...
masa nak gerak balik bilik, nampak orang Bajau Laut menjual seafood!yezza itu yang kita nanti kannn...hahaha apa lagi, bershopping ler kitaaa...untuk lauk tambahan dinner nanti...hehehe...murah weiii...kami beli sotong 8 ekor besar cuma RM20 saje!then beli gak ikan besar dan kecik dalam 7 ekor dengan harga RM25 saja...hahaha nangesssss tengok harga...hahaha tapi sayang takde plak orang jual udang selipar dan lobsterrrr...
lepas dah shopping, kita balik bilik untuk solat dan rehat....dalam jam 4 petang semuaaaa diva ready untuk menjelajah pulauuu...ayuh kitaaaa...cantik plak semua putih biru kan...hehe sebenarnya sejak trip yang ni laaaa aku suka bertema-tema dalam trip seterusnyaaa....especially kalo ramai la kan, baru laaa nampak meriah!
jalan-jalan pusing pulau ni dibawa oleh John Daves!so masuk kampung orang kat situ, masuk segala macam resot dan chalet...lepak bawah pokok kelapa, layan angin laut sampai laaa kami ke resort paling mahal di Pulau Mabul iaitu Mabul Water Bungalow Resort...so kita layan bergambar je la ehhh...
jalan-jalan sampai dah nak maghrib...sempat melayan sunset yang cantikk di Pulau Mabul...sebijikkk jatuhnya matahari di belakang Billabong masa ni...cantik sangat!hehehe...damai je rasa duduk kat sini weh...lagi dah lewat petang ni, dah tak panas dah macam tengahari tadi...
petang tu kami ada kelas water confidence wehh...sebelum tu sempat lagi shopping seafood tambahan untuk dinner iaitu 10 ekor udang selipar dengan harga RM100 dan 2 ekor kerapu bara besar dengan harga RM50...murah gila!dan kemudian mula laaa sesi kelas berenang di laut biru tanpa life jacket...Along dah cakap sebolehnya dia nak sape yang join pakej dia, try untuk snorkeling tanpai life jacket!lebih syiok katanya...dan doable dia cakap...aku masa dia cakap ni aku dalam hati dah membantah!ahhh karutlah!mana mungkin aku leh snorkeling kat tengah laut lepas tu tak pakai life jacket!huhuhu tapi kita join je laaa kelas ngan John Daves ni kan...semua la dia ajar cara betul pakai snorkeling gear, cemana nak apungkan diri...best!pastu ada plak Ajib yang dah terror berenang yang banyak membantu kami...tak sangka mampu kauuu apungkan diri tanpa life jacket...tapi banyak kali tertelan air gak laaa...hahaha tapi masa ni memang sentiasa pegang tali la...takut wehhh...hahaha...
lepas abes kelas, perut pun laparrr jommm kita serbuuu makanan!mewah betul makan malam tu...selain dari makanan yang disediakan, kita ada tambahan makanan seafood yang lainnn!nyummeh sangat!fresh weh seafood diaaaa...ada ikan masak masam manis, ikan stim, sotong celup tepung dannnn udang selipar masak butter!nyum nyum!tamak gila, banyak gila makanan...kenyang Alhamdulillah...
lepas tu kul 8 malam semua masuk bilik...ingat nak keluar lepak kafe malam tu, sekali semuaaa senyap!membuta awal dah semuaaa...hahaha...penat gila wehhh seharian berjalan, kena panas, mandi laut lagi...sungguh memenatkan!pengsannnn malam tu...takdan layan tengok bintang tau. Eh. hahahaha...

8 comments:

  1. gambar makanan dlm blog ni tak pernah tak nampak sedap..haha

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa! sedihnya terpaksa membatalkan hasrat ke sana

    ReplyDelete
  3. cemana nk dptkan pakej yg sama mcm ni ya?? boleh kasi info ? sbb berhajat nk kesana jugak...best tgk awak pegi..huhuhu

    saya xda blog... nama saya amylia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam entry ni ada FB Along yang buat pakej kami ni... http://wanderlustdj.blogspot.my/2016/04/divatakesmabul.html

      Delete