Monday, May 23, 2016

Heart & Soul Cafe, Bandar Baru Bangi

ni cerita lama...hujung April kalo tak silap aku...duk cerita pasal hipster cafe yang ada di Bandar Baru Bangi, tetiba Azra ke Dzuli tah cakap ada Groupon Coupon berharga RM56 yang worth RM100 kat Heart & Soul Cafe, Bandar Baru Bangi!yeahhh dah lama usha cafe ni, duk nengok Crayfish Lambak dan lobsternya ituuuu...so ni kira macam pucuk dicita ulam mendatang laaa kan...eh betul ke peribahasa tu...hehehe terusss Azra beli coupon tuh...bab-bab makan cenggini kita harus gigih...dan terus set petang tu jugakkk kita serang Heart & Soul Cafe yang terletak di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi...dalam hati berbunga riang nak berjumpa si Crayfish Lambak!
aku, dzuli, azra dan mrs berjumpa di cafe ini selepas maghrib...masuk jer Heart & Soul Cafe ni terkagum jap sebab diorang pasal bacaan ayat suci Al-Quran...terus sejukkk hati aku tau...hehehe dekorasi cafe ni agak menarik gak laaa kat mata aku yang tak berapa nak berseni nih...hehehe...dekorasi dalam kedai ni je dah buat aku tak sabar-sabar nak makan Crayfish Lambak tau...besarrr Crayfish ke Lobster tah tu tengah naik vespaaa...hahaha...
ok duduk je terus usha menu...alahai sedih sangat laaa menu diaaa...dah terkopak-kopak plastiknyaaa...aku ingat kan ini cafe baru, sedih sangat nih menu diaaa...hohoho pasrah jer laaa...banyak juga pilihan menu kat sini, dari appetizer, pasta, asian dishes, pizza dan sandwiches...tapi alahai, untuk orang berusia macam aku ni, aku rasa menu dia serabut sikit...nak baca pun susahhh...sebab banyak sangat jenis dan warna tulisan serta gambar...ni ala-ala buat apa panggil dulu tu portfolio eh?zaman sekolah dulu tuu...hahahaha...
dan selain menu di atas, harus lahhh yang paling special adalah Lobster dan Crayfish Lambak merekaaa...waaa kitorang memang dah aim nak layan Crayfish Lambak tuuu...sekali masa order tu budak tu cakap takde stok...aku dah macam pffffttttt...dah kata promote beriya menu yang ni kat IG, sekali masa kami datang takde stok?huhuhu...ohemji...kenot brain!huhuhu terus hakak-hakak semua kecewaaaa...
disebabkan kecewa, kitorang pun order laaa menu lain...dzuli makan Lobster Fried Rice (RM18.90) tapi aku tak nampak lobster pun, ke aku tak kenal lobster?hahaha aku rasa tu laaa Crayfish yang diwar-warkan...ke crayfish tu adik beradik lobster?ntah laaa janji hakak kuciwa...huhuhu...nasi goreng dia biasa je laaa....
azra dan mrs layan pasta...azra pilih Spicy Olio Seafood (RM17.90)...ok yang ni boleh laaa memujuk sikit hati yang sedang berduka lara ni...dan mrs pula ambil Spicy Chicken Creamy (RM16.90) yang ok juga laaaa...portion dia pun boleh tahan kenyang laaaa....
dan untuk aku yang paling berduka lara ni, aku pilih Classic Lamb Rack (RM23.90) yang boleh memujuk hati ini kembali...cuma kuah mint dia tu pada aku masam sikit laaa...yang lain ok laaaa...sobssss...hati terluka di Heart & Soul Cafe okeh...tak tau bila luka nak pulih ni...huhuhu total kami makan malam tu adalah RM87.70 sahaja...haish rugi tak habes guna RM100 tuh tau...kalo ada Crayfish Lambak tu mesti abes guna coupon tuh...huhuhuhu pasrah...
overall berdasarkan menu yang kami ambil ni, ok la aku rasa cafe ni...arghhh aku kecewa tak dapat layan Crayfish Lambak diaaaa...semua pun kecewa seperti aku sebab itu laaa tujuan utama kami berkumpul bersama pada hari ini dengan misi #gemokbersama sedihhh... 

16 comments:

  1. kecewa sangat T___T
    skang kupon groupon tu dah takleh guna untuk crayfish and lobster menu
    lagi la haru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo yeke...xpela kita mkn seafood kt kk je lahhh

      Delete
  2. Kak,

    Kedai ni sgtla hauk.Adik waiter da amek dan tulis order makanan dekat kertas tp lepas 15 minit adik waiter datang balik tanya , akak order apa tadi? saya da hilangkan kertas order.

    Saya cool lagi masa ini, bagi tau la balik order saya.

    Tapi yang buat saya naik angin, lepas 20 minit, adik tu datang balik n cakap apa yang saya order da abis.

    IShhh.. sakit hati membuang masa semata-mata tunggu makanan yang da abis. memang ban kedai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo bad experience jugak ker...huhu pasrahhh je la kita...huhuhu

      Delete
    2. Baru lepas tengok JJCM kata tv3 tadi....dah berangan nak pergi...rupa2 nya indah khabar dari rupa....huhuhu!!!

      Delete
    3. tak tau la kalo skang dah improve kedai ni...hehehe

      Delete
    4. X improve lgsg..bau kedai hapak.. harga mahal..xla sdp mane..layanan kurg..serius..��

      Delete
  3. Saya pernah makan di sini, tapi rasanya kurang enak sedikit berbanding dengan yang pernah saya cuba di tempat lain.

    ReplyDelete
  4. Baru plan n pegi ni lepas tengok jjcm tv3 tadi

    ReplyDelete