Monday, March 28, 2016

DAZS Donuts & Coffee, Bandar Baru Bangi

ahad lepas aku lepak dengan Dzuli and Mrs Smile...memula plan nak layan Chemistry Cafe kat Bandar Baru Bangi...tapi masa sampai dalam jam 11 pagi tu, cafe tuh masih tutup...terus kitorang decided untuk layan donut dan coffee di kedai kawan Mrs yang baru buka ni...tak jauh pun dari Chemistry Cafe, DAZS Donuts & Coffee ni terletak di deretan kedai belakang Manjaku yang besar di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi...kedai ni baru je buat grand opening pada 20 Mac yang lepas...rugi tak pergi masa tu sebab leh dapat 6 ketul donut percuma...hehehe...
masa kitorang sampai ni, takde orang la lagi...almaklum masih agak awal kan...rasa tenang je masuk kedai ni sebab putih merah hitam...bersih jer rasa...tapi tetap hot dengan warna hitam merah dia tu...aku suka...hehehe...
masa usha donut yang dijual kat sini aku terasa macam biasa nampak jer...rasa jenis-jenis donut yang dijual di sini ala-ala donut Big Apple pula...even presentation donut tu kat kaunter pun guna bekas kaca hijau tu dah macam Big Apple juga...ada gak la aku risik kedai ni kira franchise Big Apple ke, tapi tiada jawapan...takpela, jommm kita layan makan donut!
disebabkan kami ada banyak tempat lagi nak terjah so pagi tu kami cuma ambil sorang sebiji jer donut...aku tak ingat harga di Big Apple, tapi aku consider harga donut kat sini murah la iaitu RM2.50 saja sebijik...rasa dia pula nyam-nyam sedap jer...rasa nak makan lebih tapi beringat-ingat la yer...hehehe
untuk minuman pula, aku layan air mineral jer...Dzuli dan Mrs yang duk layan coffee...sibuk diorang duk cakap murahhh coffee yang dijual kat sini...harga dia antara RM6.50 sehingga RM7.50 sahaja...memang murah la kan banding tempat lain...dah la murah, pastu Dzuli duk cakap sedappp...aku tak sempat pula nak tumpang merasa masa ni....hehehe...
sambil makan sambil layan sembang...sedar tak sedar dekat sejam juga la kami melepak di DAZS Donuts & Coffee ni berbekalkan hanya seketul donut...hehehe...so korang kalo rasa nak layan tekak makan donut tu, boleh la cuba ke sini nanti yer!almaklum nakpi Big Apple macam jauh la sikit kalo dari Bangi nih kan....hehehe haaaa kemanakah kami seterusnya?tungguuu dalam next entry ya...ni baru pembuka kata....hehehehe...

update info: DAZS Donuts & Coffee takde kaitan ngan Big Apple...company ni 100% franchise bumiputra...dan katanya DAZS ni juga terima tempahan untuk bulk order...haaa sape nak kawin ke, buat party ke leh la consider bagi donut yer!tapiiiii jangan lupa jemput aku tau!hahahaha....dannn paling best rupanya kopi dia yang Dzuli duk cakap sedap tu datangnya dari Colombiaaa...hoih patut sodap...jauh terobangnya...dengar kata abam-abam kat Colombia tu ensem. Eh.

24 comments:

  1. Agak-agak berapa cafe sempat diterjah di perjumpaan akan datang (perjumpaan yang aku ada, ok!).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila list ke aku apa yg ko teringin nk mkn...aku try buat itinerary gituuuu...hahahaha

      Delete
  2. kalau tunjuk gambar donut je, sebijik macam big apple... rasa macam nak cuba la.. terliur

    ReplyDelete
  3. presentation dia hampir 90% sama mcm big apple,,manis x?

    ReplyDelete
  4. thank you for your review, insyaAllah akan dibuka di beberapa lokasi lagi.

    - With love from Dazs Donuts & Coffee, Bandar Baru Bangi -

    ReplyDelete
  5. korang mmg ... saje pegi time aku takde kan T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jommm kiter! Xsbr nk dgr citer ko nih

      Delete
  6. kena masuk list lagi ni..nk kena terjah...feveret dil donut..so x kisahlah apa jenama pun..balun je..nyum nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa klo suka donut, harus terjah cafe ni tau...hehehe

      Delete
  7. Rasanya presentation donut adalah subjektif.. Big Apple sebenarnya ceduk idea presentation donut dia dr oversea.. Cumanya lain biz lain la teknik dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup dah nama pun subjektif kan...harus berbeza pendapat org... šŸ˜€

      Delete
  8. Big apple donut ada kat warta bangi tu je. Dekat jugak dgn tmpt ni. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ada eh...tak perasan plak...hehehe

      Delete
    2. Saya dah tak makan Big Apple semenjak orang bangladesh & pakistan yang buat & handle kiosk2 tu. Kalo teringin sangat kena pergi kat Tesco IOI Puchong. Situ je lah yang ada bebudak 3 bangsa kita menjaga. Cuma kadang2 cashier nyer je pakistan. Moga2 janganlah kiosk yang satu tu pekerjanya pendatang asing.

      Delete
  9. Harus dicuba ni. Time to sokong product Bumiputera. :)

    ReplyDelete
  10. Akan datang ada jenama lain...insya Allah... Stylo's Donut. Saya tengah tunggu ni. Bukan sahaja perisa manis coklat melimpah bagai. katanya ada perisa pedas & lain2. Tak sabar

    ReplyDelete