Sunday, November 16, 2014

Birthday Trip ke Brunei Darussalam: Hari 3.2 - Royal Regalia Building & Malay Technology Museum, Bandar Seri Begawan


bila perut dah kenyang, ayuh kita teroka apa yang ada di Bandar Seri Begawan!tapi sebelum tu sempat singgah di Gadong Mall untuk tukar duit...aku tukar $100 dengan harga RM265...ok la kan...lepas tu kami ke destinasi pertama iaitu ke Royal Regalia Building atau Bangunan Alat Kebesaran Diraja yang terletak di Jalan Sultan, Bandar Seri Begawan...,muzium yang dibuka pada tahun 1992 ini menempatkan pelbagai barangan, koleksi peribadi dan kisah sejarah sejak kecil Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah...
masuk ke muzium ini adalah percuma...ianya dibuka setiap hari mengikut masa yang ditetapkan...nak masuk jer bangunan muzium ni, dah kena tanggalkan kasut, letakkan di tempat yang disediakan dan pakai selipar yang disediakan tuhh....kemudian masuk ke dalam dan letakkan semua barangan peribadi termasuk handphone dan kamera dalam loker...sebabnya dalam muzium ni tak dibenarkan ambil gambar...pastu simpan kunci dia, dan mendaftar la di kaunter yang disediakan...masa kami datang ni, takde orang pun...mayb sebab hari kerja kot....
kemudian baru la boleh masuk melihat ke dalam muzium nih...kami berdua sakan melayan pelbagai pameran mengenai Sultan Brunei, sampaikan tak sedar dah hampir sejam berada dalam tuh!agaknya pekerja di situ syak wasangka dengan kami kot sebab lama sangat kat dalam tu, tetiba di hujung-hujung masa kami dalam tu, tetiba aku perasan ada seorang staf di situ yang duk follow kami...haish geram plak aku rasa...macam kan aku ni pencuri...huhuhu selamba jer aku cakap kuat kat dini, eh staf sini ni ikut kita ker?baru staf tu jauh-jauh sikit...lepas tu terus rasa tak selesa dah...cepat-cepat jer kami jalan melihat pameran yang disediakan....huhuhu tapi aku kagum giler dengan life Sultan Brunei ni...kaya giler kot...semuaaaa emas!fuhhh....

selesai berjalan dalam muzium, kami ke bahagian lobi semula untuk dapat kan barangan dalam loker...di lobi ni kita boleh ambil gambar...terdapat kereta pengangkutan diraja bersalut emas di ruang lobi ni...besar giler...memang menjejes air liur nengoknya!kalo dapat kikis emas tuh sikit kan best!hahahaha layan jer la gambar yang diambil di sekitar lobi ni....
di bahagian lobi ni juga ada kedai cenderamata...sebabkan baca a few blog kata kat sini harga ok, kami pun usha laaaa...dan terus jer beli beberapa FM...tak beli banyak pun sebab masih berkira-kira duit cukup ke tak...tapi ok la di sini, banyak pilihan dan harganya pun murah...
seterusnya, dari Royal Regalia Building, kami menuju ke Kota Batu, Bandar Seri Begawan untuk ke Muzium Teknologi Melayu (Malay Technology Museum)...kalo dari bandar tu, akan lalu dulu Brunei Museum...depan lagi sikit akan nampak kucing 2 ekor ni belah kanan, terus masuk ke situ...nanti di penghujung jalan akan jumpa laaa muzium ni....masa kami lalu di Brunei Museum tu dia tengah renovation, so tak jadi la nak singgah kan....
sampai di hadapan Muzium Teknologi Melayu ni, memang lengang takde orang!maybe sebab kedudukannya yang jauh sikit dari bandar, susah orang nak pergi...terus kami parking dan masuk ke dalam bangunan....tulis nama dalam buku, tak payah bayar dan terus bergerak menuju ke tingkat atas!masa ni terserempak dengan pekerja muzium yang tengah melepak kat tangga beramai-ramai...bersidai pendek katanya...hohoho senang hidup korang eh...untung laaa....nampak kami nak bergambar di tangga, dan-dan semua larik!hahaha
terdapat 3 galeri kat muzium nih...galeri pertama yang kami masuk adalah Senibina Rumah Tradisional Masyarakat Melayu Brunei di Kampong Ayer...dalam galeri ni diorang bina pelbagai jenis struktur rumah tradisional Melayu Brunei dari kurun ke19 hingga kurun ke20...masa masuk tu kagum juga sebab diorang boleh bina rumah-rumah tu dalam bangunan nih...siap ada patung orang lagi kat dalam rumah-rumah ni...menarik la juga kan...
seterusnya kami ke tingkat atas, ke galeri yang menempatkan Teknologi Tradisi Masyarakat Melayu Brunei di Kampong Ayer...dalam ni ditunjukkan la aktiviti masyarakat lama seperti membuat perahu, membuat emas, membuat tembaga, tukang besi, membuat atap nipah, menenun dan sebagainyaaa...dikatakan perbezaan teknologi yang dijalankan di sesuatu kampung atau keluarga tu memberikan status sosial yang berbeza kepada mereka...
dan akhir sekali kami ke galeri yang menempatkan Teknologi Tradisi dan Senibina Rumah Masyarakat di Darat...okey masa kat sini dini tetiba duk jawap telefon dari pejabat dia, aku plak jalan sensorang, so aku rasa seram!hahaha jadinya laju-laju aku snap gambar dan blah!hahaha tak dan nak baca apa pun...layan gambar je la yer...
tak lama pun kami di muzium ni dalam 40 minit sahaja...selepas habes melawat ketiga-tiga galeri di Muzium Tenologi Melayu ini, kami pun bergerak semula menuju ke bandar...sebelum sampai bandar, kami sempat singgah ke sebuah restoran untuk mengisi perut!almaklum penat wei masuk muzium nih, kena guna otak!harus perut kelaparan balik kan...haa kemana kami singgah untuk menjamu selera?tungguuuu eh dalam next entry!

9 comments:

  1. Kat Regalia tu lah aku duduk bersimpuh tulis poskad ko hahaha. Aku duk ralit dalam tu sebab wow berkali2 tengok barang dia semua. Kayo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo yeke..ko smpi sini gk eh...mcm xde baca plk...ke ko x abes citer lg??brunei?bngkok?bndung?hahaha kena berdas-das x?hahahaha

      Yezza klo aku kaya sok tpaksa la buat muzium sndiri pamer kekayaan diri..kehkehkeh

      Delete
    2. Ada gak aku hantar angin santau gi Kajang ni. Kijam tau, kijam!!

      Ko bole buat muzium sendiri gak. Pamer gambar makanan ko dah ambil selama ni. Woohooo.

      Delete
    3. hahahaha!tu peringatannn...bukan nak berlaku kejam...hakhakhak

      haaa bagus gak idea ko tu kan?muzium jjcm dj...hahahaha

      Delete
  2. tak cuak ke dlm muzium tu sebab banyak patung.?. dah la masa aku gi sorang2.. mata mcm hidup je

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time nmpk patung tu, berderau gk lerr...tp sbb mmber aku ada, aku rileks lg...galeri last tu mmber aku xde, mmg seram gk ler aku rasa!haha mcm real jer kan!hahaha

      Delete
  3. Omaiiii....currency dia sama dgn S'pore eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh aku lupa nk share info tu laa...haah mmg duit singapore leh guna kt sini...even ko pi money changer kt mesia pun rate brunei n spore sama tau..

      Delete
  4. Salam ok dah tgk dah...nicee...

    ReplyDelete