Monday, November 10, 2014

Birthday Trip ke Brunei Darussalam: Hari 2.2 - One Billionth Barrel Monument, Seria & Sushi Excapade, Kuala Belait


selepas lawatan ke OGDC tu, kami masih berjalan di sekitar Seria lagi...kali ni kami menuju ke salah satu tarikan utama di Seria yang terletak tidak jauh dari OGDC iaitu One Billionth Barrel Monument...tempat ini mempunyai sejarahnya sendiri apabila berjaya menaikkan barrel minyak yang ke 1 bilion di onshore oil field di Seria!ok 1st time aku dengar onshore, selalu bab minyak ni mesti offshore...hehehe jadi disebabkan itulah sebuah monumen dibangunkan di tapak yang sama pada tahun 1991 sempena memperingatinyaaa...fuhhh 1 bilion?gila banyak $$$$$!lokasinya adalah di tepi pantai Seria yang saujana mata memandang.....
rekabentuk monumen ini berkonsepkan aliran minyak dari bawah tanah ke permukaan bumi....dan juga banyaknya aliran yang ada di sini...dan aliran minyak ini turut memberi kemakmuran dan kekayaan kepada rakyat negara Brunei Darussalam...
di sekitar tepi laut di Seria ni memang kita boleh lihat bersepah pam minyak onshore...pam ni juga dikenali sebagai nodding donkey sebab bentuk dia kot...yang duk terhangguk-hangguk tak mengira masa...pam ni dikatakan boleh pam minyak sedalam 330 meter tau...haaa dapat bayang tak betapa banyakkknya minyak diorang dan betapa kayaaanya Brunei?fuhhh.... 
selepas berjalan di tepi pantai di Seria, hujan mula turun rintik-rintik...kami bergegas ke kereta dan bergerak meninggalkan Seria..tak lama tu hujan lebat gila, jadinya kena bawa 70km/j sahajaa...masa ni aku drive sebab dini dah sakit...ngada sangat aih...baru bape jam kan...sebenarnya dia malas!hahaha perjalanan mengambil masa kurang 30 minit...sampai jer di Kuala Belait, kami disambut dengan Teapot Monument yang famous ini..,teapot ni ada 4 cawan yang melambangkan 4 daerah Kesultanan Brunei iaitu Brunei-Muara, Tutong, Belait dan Temburong....
tujuan kami ke Kuala Belait ni cuma sekadar nak mencari teapot ni saja...tapi bila dah sampai sini, terus rasa lapar...dan berhajat untuk makan sushi!apa lagi gigih la mencari restoran franchise sushi yang paling famous di Brunei iaitu Excapade Sushi!aku excited nak makan sini sebab bila search mengenai tempat makan best kat Brunei, mesti keluar cerita pasal sushi ni...hehehe gigh okeh kami mencari restoran nih...berpusing-pusing...sedangkan dah ikut map dan address dia dah...building kat Brunei ni pakai nama orang dan A, B, C...jadi kadang-kadang bila tak nampak nama building tu jadi konpius...kami dah lalu kawasan berhampiran restoran ni banyak kali...tapi tak jumpa-jumpa...nasib baik laaa bab makan ni, jarang kitorang putus asa kan...hahaha akhirnya jumpa jugaaaa Excapade Sushi ni...haaa kalo korang nak pergi Excapade Sushi di Kuala Belait ni, cara paling mudah adalah cari dulu Wisma Yakin...restoran ni terletak di bangunan belakang Wisma Yakin tu...
masuk jer, seat penuh okeh...nasib baik tetiba ada orang bangun...harus lah laju duduk...duduk pula dekat conveyor sushi tu, memang laju je laaa memasing makan!hehehe banyak sushi bersaiz besar dekat sini...memang mengenyangkan betul...rasa dia pula, ada yang best ada yang biasa saja...harga pun not bad tapi jangan convert la yer...hahaha
selain dari yang ambil di conveyor tu, ada juga yang kami order...nyum-nyum...aku suka giler dengan aburi salmon dia...mencairrr dalam mulut!yakiniku pun sodappp...nyummeh!udang besar gedabak tu aku tak berapa suka sebab dia letak nestum...tak kena ngan tekak aku...overall OK la sushi kat sini...ala-ala Sushi King gak tapi size besar gedebak yang takleh blah tu...hahaha tapi jangan ko coba untuk compare sushi kat sini dengan yang nun di Jepun hokey...bagai langit dengan bumi la jawapnya!hahaha total kami makan berdua adalah $37...
bila perut pun dah kenyang, kami pun mula bergerak meninggalkan Kuala Belait dan menuju ke Bandar Seri Begawan...dalam perjalanan, kami sempat berborak dan berpikir untuk keesokkan hari...dan-dan tercetus idea nak sambung sewa kereta satu hari lagi...hahaha nampak tak?dalam takde duit, tetappp malas nak naik bas!bukan apa, pikir nanti buang masa jer lebih...aku selalu baca public transport kat Brunei ni tak efisyen sangat...almaklum, semua orang mampu beli keretaa...teksi pula mahal...baru dekat-dekat dah $40 sehala!baik sewa kereta, baru $50 untuk 1 full day!haaaa nampak tak bijak matematik kat situ...kehkehkeh lepas tu terus aku message En Razali...yeay!

12 comments:

  1. Untung betul Negara Brunei ni... kat atas padang camtu pun boleh korek minyak...

    Teko kat round about tu... teringat pulak kisah ayah pin.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..spjg hiduo sy tau myk nk korek kt laut jer..rupanya ada yg atas tnh gk...kaya sungguh kan...

      Hahaha ayah pingg...hahaha tak terpikir plk!

      Delete
  2. Amboiii. ..sushi kat Brunei. Rare sgt nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la rare sgt...sbb rmai dh ckp psl excapade ni...rare sbb ko xpndg destinasi asean ni...kan?kan?hahaha

      Delete
  3. aku suka makan salmom sashimi kat excapade ni... mmg fresh sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku xpndai sgt mkn raw salmon tu...klo dia bkr sikit or smoke mmg aku suka..yg kt sini punya pun mmg sedappp!

      Delete
  4. 1 billion?!? Memang patut negara ni kaya, minyak pun murah. Makmur rakyatnye hahaha. Nengok journey ko gi Brunei, buat mata hati aku terbuka sikit nak repeat visit. Lupakan kisah pacik teksi ko tu. Buka buku baru hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezzaaa tu bpe puluh thn yg lps kan..ko byg skng bpe byk dh...kayooo kayooo...

      Brunei ni ok jer nk visit...tp xpyh lma sgt...2-3 hari pun dh ckup...hahaha alaa pakcik tu anggap je asam garam dlm travel...hehe

      Delete
  5. sushi!!!!...terus lapar tengahari nih..37BND? x pe lah..mkn kat msia je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa makan kat mesia pun gitu gak lebih kurg harga dia JM....hehe

      Delete