Monday, October 27, 2014

VMY2014 : Pulau Pinang >Day 3< : Penang Street Art, Georgetown & Makanan Laut di Telok Tempoyak

Sambungan dari: VMY2014 : Pulau Pinang >Day 2.2< : Purrfect Cafe & Nasi Kandar Kassim Mustafa, Georgetown

macam biasa bangun pagi, siap-siap dan lepas sarapan terus gerak ke Batu Feringghi...hujan lebat giler pagi ni...basah-basah kitorang nak jalan masuk resort....sobss...tapi sesi conference berjalan lancar...hari ni semangat sikit sebab duduk dekat dengan pensyarah comeyy aku nih...hahaha dryusof yang sekarang dah banyak cakap, dah macam kengkawan plak dia treat aku skang nih...
dan hari ini conference abis awal..kul 4.30 petang kami dah keluar meninggalkan dewan conference...tanpa membuang masa, kami terus bersemangat untuk melaksanakan misi hari ini iaitu menjejak 18 lukisan dinding atau street art di Georgetown!haaa tengok la dalam peta tu, bersepah-sepah lokasi street art ni...makanya skill membaca peta dan memandu adalah sangat diperlukan ketika ini...nasib baik ada DJ kan!hahaha 
pertama sekali kami menuju ke Jalan Penang...demi mencari 'Trishaw Man'...dalam tercari-cari tu, terjumpa pula lukisan pakcik menjual pau ini...comel jer...street art 'Trishaw Man' rupanya adalah sangat besar dan terletak berhampiran dengan orang-orang parking beca...
lepas tu kami menuju pula ke Lebuh Pantai...parking kereta di situ dan berjalan menuju ke Lebuh Armenian...di sini terletaknya 3 buah street art bertema kan kucing iaitu Skippy, Please Care & Bathe Me dan Love Me Like Your Fortune Cat...hehehe menarik lagi, selain dari 3 lukisan ni, ada beberapa lagi lukisan bertema kan kucing dan tikus di sekitar kawasan ini....
kemudian kami terus menyusuri Lebuh Armenian...dan bertemu dengan 'Kids on Bicycle'...comel sangat street yang ini siap dengan prop basikal lagi...hehehe selain tu di hadapan nya terdapat beberapa binaan yang menarik juga....
pastu kami ingin mencari street air 'Cats & Humans Happily Living Together', tapi sebabkan ianya terletak dalam sebuah temple yang sedang renovate, terpaksala kami pasrah melepaskannya...tapi terjumpa pula dengan 'Cultural Girls' ini...
masa kat sini, kami dah berhampiran dengan 'No Animal Discrimination Please', tapi sebabkan ada plak laaa penggambaran drama di situ..kami takleh nak lalu di kawasan tu..tanya orang, diorang suruh ikut ada satu jalan kecil...ha kooo gigih tau menyusuri jalan kecil yang buruk tu semata nak carik street art..hahaha kat belakang rumah orang lokasi street art yang satu nih...
dari lorong kecil, kami patah semula ke Lebuh Armenian...di situ kami teruskan berjalan mencari street art 'Lion Dance' dan juga 'Magic'!lokasi kedua-dua street art ini adalah di hadapan kedai-kedai yang menjual souvenir di situ...
berjalan lagi ke hadapan, kami bertemu dengan street art baru yang diperkenalkan di Georgetown ni...street art lukisan dan tulisan yang diperbuat daripada besi ni...menarik kan!tak silap aku ada 52 iron street art ni..tapi tak gigih la kami nak mencari semuanyaaa...just kalo jumpa, kami ambil la gambar...
haaa yang ni sapa kenal?hahaha irma dan asie geli geleman tengok bunga ni...teringat gambar yang pernah viral di FB...kalo close up gambar ni, dikatakan kononnya breast yang telah dimakan ulat!choi sangat kan...hahaha sebenarnya itu biji bunga teratai laaa...kalo di Cambodia, orang makan macam makan kuaci tu tau...tapi tengok lama-lama aku pun naik geli jugak!hahahaha
seterusnya kami berjalan ke Lebuh Cannon...bangunan kat sini sangat menarik dan cantik...jalan nya pun hanya dibuka untuk pejalan kaki sahaja..juga budak-budak yang naik basikal...macam seronok pusing Georgetown naik basikal kan...tapi tak koser la ambil risiko basikal bengkok nanti...hahaha di Lebuh Cannon ni banyak juga dinding yang berlukis...cantik-cantik pula tu...dan di sini juga kami bertemu dengan street art 'Boy on Chair'...gigih berjengket nak ambil air dari atas dinding adik ni tau...


dan kemudian kami patah semula ke Lebuh Armenian...dan mencari street art batu 'Minions'...sekali orang di situ cakap Minions dah takde...diorang dah cat tukar jadi 'The Simpsons'!hahaha layan je laaaa....masa nak cari batu ni, lalu depan kawasan saudagar emas mamak Penang punya tempat...perghh kayo-kayooo...terus asie rambang mata nak cari calon suami!hahaha
kami turut berjumpa beberapa dinding yang mempunyai iron street art ini...ok masa ni baru aku tau yer maksud nasi kandar tu adalah sebab dia bawa nasi jualan tu guna kayu yang dinamakan kandar!korang tau tak tu?ke aku jer yang baru tahu?hehehe
dan seterusnya kami berjalan menuju ke Lebuh Ah Quee....di mana terletaknya beberapa street art yang comel dan semestinya kami ke sini untuk mencari 'Bruce Lee' dan 'Old Motorcycle'!menarik dengan prop motor yang ada di situ...dan untuk 'Bruce Lee' plak dilukis atas dinding yang dah pecah-pecah...seni sungguh lah tu...
dari Lebuh Ah Quee kami kembali ke Lebuh Pantai dan terus menuju ke kereta...actually kawasan yang kami jalan ni macam buat satu pusingan laa...so kalo korang nak cover banyak street art ni, boleh la jalan kaki je di kawasan sekitar ni...tapi dengan syarat ada peta lah yer!so overall kami dah menemui 14 daripada 18 buah lukisan street art di Georgetown ni...1 tadi memang takdapat nak masuk la dalam temple kan...jadinya esok kalo ada masa, kami nak terjah lagi 3 street art demi melengkapkan misi menjejak street art ini...yeahh....

lepas dah penat berpusing-pusning mencari street art, tibalah masa untuk kami makan besar!haaa lokasi makan adalah di luar Georgetown...berpandukan Waze, kami menuju terus ke Telok Tempoyak!salah satu tempat famous makan seafood di Pulau Pinang ini...ada lah sedikit sesat dalam hutan, nasib pusing balik...dan sampai di kawasan makan ikan bakar Telok Tempoyak...kami berhajat nak makan di Gerai Adnan bin Hassan...sebab banyak review cakap situ yang sedap...tapi bila sampai tu, tak terbaca plak nama kedai..ada 2 kedai jer situ...terus kami menuju ke kedai di sebelah Adnan bin Hassan...dah siap order baru perasan...hohoho pasrah je laaa....
kami order 1 jug sirap limau (RM8)....sedap giler sirap limau dia ni...dia pakai limau yang wangi dan besar tuh...limau ape tah...pastu kami ambil sotong masak kunyit...sotong tepung takde, sini jenis masakan dia limited...pastu udang butter dan siakap 3 rasa...untuk semua 4 jenis lauk ni termasuk nasi, kami ambil di gerai Fiz 92 dengan harga RM79...semua makanan ni adalah sedap!kira tak nyesal lah walaupun tersilap pilih kedai...hehehe memang sedap dan harga pun berbaloi....udang dia tuh memang puas hati makan sebab besar giler!
pastu kami order juga menu sampingan dari kedai di sebelah tepi...gerai ni asing untuk masak tomyam, sayur dan menu sampingan lain....ambil tomyam campur dan sayur kailan dengan harga RM13...tapi tak sedap pun...baik tak payah ambil laaa...cair tak rasa apa sangat tomyam dia...tak bersentuh sangat pun tomyam nih...
dan demi memuaskan hati untuk makan di Gerai Adnan bin Hassan, kami order juga laaa specialty dia iaitu ikan bakar dan nasi lemak!sedangkan perut dah nak pecah dah ni makan makanan yang sedia ada...hahaha nasib baik tetiba adik tu datang cakap nasi lemak dah abes!so dapat ikan bakar jer laaa...ambil siakap yang agak besar sebab takde yang kecil dah...harganya adalah RM29 sahaja...memang berbaloi-baloi!sambal cicah sedap, sambal kat ikan pun sedap...daging ikan sangat lembut!fresh!memang terbaek!nyum!
lihatlah wajah-wajah yang happy dapat makan makanan yang sedap-sedap ini...hehehe licinnnnn semua pinggan kecuali tomyam tuh...Alhamdulillah...sampai gak hajat nak makan kat sini...next time leh cuba seafood di kawasan lain di Pulau Pinang ni pula!hehehe dah kenyang, perlahan-lahan kami beransur pulang....dan berehat untuk hari terakhir di conference esok...yihaaa!

14 comments:

  1. Gigih gilerrrr carik 14 out of 18 street arts tu. Fuhhh~ tp nk tanya, tak berpeluh keti ke time duk carik2 tu. Ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha gigih kannn...nasib naik keta yg byk weii...pastu psg aircond kekuat!tp yg kat Armenian tu, mmg hangat la sbb byk bjln membelah lorong...kehkehkeh

      Delete
  2. bruce lee gambar yg nampak sgt real

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la kak..mmg hebat btol pelukis street art nih....

      Delete
  3. semua tempat yang ko cover dalam entry ni aku belum pernah pergi haha.. walaupun rumah aku hanya 40menet dari penang..
    aku ni kalau dah balik rumah, malas betul nak keluar. geram je tengok street art tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Lepas ni ko kna la pi wei...byk bnda nk explore kat penang nih...rasa mcm xpuas xdpt explore byk lg tmpt..hehe

      Delete
    2. biasala kan, kalau kampong sendiri tu memang susah nak explore. alasan paling femes "dekat je, bila2 pun boleh pegi" udahnya sampai basi pun tak pegi2 lagi. haha..

      Delete
    3. Ha btol2.lg satu klo blik kg tu dh mls nk kuar umah..hahaha!

      Delete
  4. Banyak juga kena jalan mencari lokasi lukisan yang terletak di merata tempat.

    ReplyDelete
  5. No wonder ko suru aku explore Street Arts ni. Gigih aku gi yang kat Busan & Seoul kan, negara sendiri punya pun aku x sampai lagi. Double choi. Tapi yang teratai tu memang aku pangkah awal2. Seriau nengok ok. Insha Allah sampai lah aku ke sini nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tang gigih pi street art busan aku malas nak komen..kang terguris hati plak...hahahahahaha teratai tu pnah buat aku trauma tau..siot btol kma tipu..hahaha

      Delete
  6. saya dok idam lama dh nk pegi art nie... selalu xdpt pegi bila dah smpai penang.. tanpa2 nnt kena plan lain supaya dpt p...
    telok tempoyak area mana.. xpernah dgr lagi... nnt boleh try la.. slalu pegi penang saya makan area pantai jerejak ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu kna repeat penang la tu...pusing 1 georgetown jejak street art ni...mmg menarik...hehe

      Telok tempoyak tu dpn lagi dr queensbay mall, hala ke jmbatan baru...dpn lagi sikit dr jmbtn tu...pntai jerejak best eh..xpnh smpai lg.heee

      Delete