Thursday, May 15, 2014

TripAdikBeradik ke Jepun ^Day4^Part2 ~ Hiroshima


yeah meh sambung cerita di Hiroshima...masih lagi di Hiroshima Peace Memorial Park...kami terus menuju ke Hiroshima Peace Memorial Museum...memang kelihatan sangat besar museum nih!excited sangat aku nak masuk ke museum...terus menuju ke pintu masuk...masa ni dah nampak dah ramai orang yang masuk ke museum...siap ada group-group lagi...bertabah je la....museum dibuka pada setiap hari dan hanya akan ditutup pada 29 Disember -1 Januari sahaja pada setiap tahun....pada 5-6 Ogos pula diorang extend operasi museum sampai ke malam!sebabnya pada tarikh tu ada upacara memperingati kejadian pengeboman atom di Hiroshima...
masuk je pintu utama museum, akan berjumpa dulu dengan kaunter untuk membeli tiket...harga bagi seorang dewasa adalah 50 yen sahaja!murah kan....tapi lepas tu harus lah fefeeling tourist kan, nak juga la sewa Audio Guide...ada dalam Bahasa Melayu tau..haaaa memang layan la kan...harga sewaan adalah 300 yen seorang....dapat la earphone dengan alatan audio dia tuh...gantung dulu audio guide di leher, pasang earphone...masa ni dah rasa rimassss sebabnya ramai orang tu satu hal...satu lagi sebab tergantung audio guide kat leher, kamera pun kat leher...tu belum hood sweater lagi.....huhuhu ok berbalik kepada cerita macam mana nak guna audio guide ni...senang je, terdapat nombor di tempat pameran di dalam museum tu...so tekan je la nombor tu pada audio guide untuk mendengar penerangan mengenai pameran di nombor tersebut...mudah bukan?
kemudian kami pun masuk ke dalam museum...bermula dengan aras 1F di East Building....masuk je dah nampak sigange 'no camera flash, please'...haaa sila bawak diri off kan flash yer...dan jangan merokok!pastu terlihatlah gambar jam menunjukkan masa berlakunya pengeboman atom di Hiroshima iaitu pada 8.15 pagi, 6 Ogos 1945!sejak detik ini, bermulalah era nuklear di seluruh dunia!di pintu masuk ini juga terdapat skrin yang memaparkan kisah dokumentari mengenai pengeboman atom tersebut...
kemudian terus berjalan di dalam, membaca maklumat berkaitan bom atom...macam mana ianya mula dibangunkan oleh US...kenapa Jepun yang dipilih US?kenapa Hiroshima menjadi sasaran?semuanya ditulis di sini...dan juga boleh didengar melalui audio guide...masa ni punyalah ramai orang, so susah sikit untuk aku ke depan...malas nak bersesak, snap gambar dari belakang dan dengar audio guide sahaja...aku tak pandai sangat nak cerita pasal sejarah...tapi sefaham aku, masa tu dah nak abes perang dunia kedua...so US decided untuk tamatkan perang dengan bom atom ni...so sebabkan Jepun masa tu dah lemah, tu dia decide serang Jepun...masa tu ada a few lokasi di Jepun yang diorang pilih untuk jatuhkan bom atom...tapi yang 1st di Hiroshima sebabnya dikatakan tiada penjara banduan tentera US di Hiroshima...pastu selepas tu dia bom juga di Nagasaki dan 2 tempat lain di Jepun...pengeboman ini yang menyebabkan penderitaan beberapa generasi Jepun!giler lah kalo baca tu, bom atom dilepaskan dari hampir 10,000 meter atas paras laut...hampir 600 meter dari permukaan bumi Hiroshima, dia meletup!menyebabkan permukaan mencapai suhu hingga 5,000 darjah!heat rays & radiation menyelubungi Hiroshima!
huhuhu terkesima membaca kisah pengeboman tersebut...belum lagi baca kisah-kisah penduduk Hiroshima masa tu...memang tak terbayang dek akal lah...haaa lepas tu di tengah-tengah aras 1F tu terdapat model kawasan di sekitar tempat bom atom meletup...di kawasan Hiroshima Peace Memorial Park itulah tempat bom digugurkan!model menunjukkan keadaan kawasan sekitar sebelum dan selepas pengeboman atom berlaku!memang hancur!pandang jarak padang tekukur jadinya Hiroshima selepas tuh!
tanda merah di gambar bawah tu lah titik hypocenter di mana bom atom meletus hampir 600 meter di atasnya!nampakkan sungai dan A-Bomb Dome di situ...lokasinya dalam 100++ meter sahaja dari bangunan A-Bomb Dome!tak dapat bayang keadaan manusia yang berada di sekitar situ pada saat letupan berlaku!huhuhu takut!
kemudian kami melihat sebuah gambar yang besar menunjukkan kerosakan Hiroshima selepas pengeboman tersebut...ada sebuah puisi yang diletakkan di gambar tersebut...sedih membacanya...juga terdapat dinding tinggi yang memaparkan messages keprihatinan kepada warga Hiroshima...
kemudian kami naik pula ke aras 2F...terdapat banyak board menceritakan tentang peperangan, pengeboman atom dan penduduk di Hiroshima...masa ni aku baca sepintas lalu jer la...sebab banyak sangat tulisan!hehehe tapi kat sini juga leh nampak model A-Bomb Dome yang dibina dalam museum nih...memang menarik!
aras 2F ni kecil je, dan kemudian kami naik lagi ke aras 3F pula...haaa di sini lah terletaknya board yang menceritakan era nuklear yang telah bermula sejak pengeboman atom di Hiroshima berlaku!rupanya terdapat 2 jenis senjata nuklear ni...satu bom atom, satu lagi bom hidrogen!dikatakan yang hidrogen ni lagi kuat...selepas tragedi di Hiroshima, semua negara maju mula berlumba-lumba membangunkan senjata nuklear masing-masing!kat sini boleh tengok globe dunia yang menunjukkan negara-negara yang mempunyai senjata nuklear...and surprisingly, Pakistan pun ada rupanya!huhuhu Malaysia jer takde...terbaca juga yang so far senjata nuklear paling besar pernah tested adalah by Soviet Union...kalo ada perang dunia ke-3, habes la Malaysia...confirm negara-negara bersenjata nuklear nih yang conquer!
di aras 3F ini dijuga dipamerkan Peace Declaration yang merupakan speech yang akan dibacakan oleh Mayor of Hiroshima pada setiap hari Peace Memorial Ceremony yang akan diadakan setiap tahun pada 6 Ogos...sempena memperingati kejadian pengeboman atom yang telah berlaku di Hiroshima...dikatakan ceremony ini dihadiri oleh lebih 3,000 orang setiap tahun dan diadakan berhampiran Cenopath di Peace Memorial Park...
di situ juga terdapat video corner yang memaparkan kisah-kisah berkaitan pengeboman atom tapi sebabkan penuh dengan orang masa tu, kami takde la tunggu...terus je melihat kawasan sekitar...terdapat juga museum shop di situ...pandang pun dari kejauhan je la, tak berniat nak beli apa-apa pun di situ..tengok pun macam banyak buku je...
dari museum shop, kami terus melalui skywalk menuju ke Main Building museum ini...dari kejauhan, sayup-sayup kelihatan kepulan asap berbentuk cendawan akibat letupan bom atom!hehuuuu
sampai je di Main Building, kami disambut dengan gambar-gambar 'awan cendawan' a.k.a mushroom cloud letupan bom atom!gambar ini diambil oleh seorang jurugambar yang berada 2 km jauh dari titik hypocenter...aku ada terbaca juga kisah dia yang nak pergi hampir ke titik hypocenter tapi patah balik sebab ketakutan dan trauma melihat keadaan berdekatan hypocenter pada masa itu...huhuhu takutnya membayangkan kalo kita ditempat dia...
kemudian kami melalui lorong diorama mangsa pengeboman atom...seram masa lalu kat sini...ni baru yang patung dibuat pun dah takut, apatah lagi kalo menghadapi sendiri bencana tuh...semoga Allah sentiasa melindungi Malaysia, jauhkan kita semua dari bencana buruk begini...
di tengah-tengah aras itu juga terletaknya model menunjukkan bom atom (merah) di aras beberapa meter dari permukaan bumi Hiroshima...dan menunjukkan radius kawasan yang terkesan dek bom atom ini...
dan kemudian tibalah di tempat yang menghibakan hati kami...tempat pameran barangan penduduk yang menjadi mangsa pengeboman atom ni...kalo dengar audio guide tu, memang sorang-sorang punya kisah diceritakan...mereka pamerkan baju sekolah terbakar, koyak rabak...barangan peribadi, bekalan makanan, basikal...semuanya ada kisah tersendiri...aku dah tak ingat spesifik cerita dan nama orang yang terlibat...tapi masih teringat kisah mak ayah yang duk cari anak, sebab masa letupan berlaku, anak diorang sekolah di kawasan bandar tu...diorang duk luar bandar...tengok anak tak balik-balik...sedihnya....ada tu yang terbakar, tapi sempat balik rumah dan akhir mati...semasa kat area sini aku dah tak fokus nak ambil gambar sangat...rasanya banyak aku terlepas nak snap...sebab aku lebih kepada mendengar kisah-kisah mangsa tersebut......seriau pun ada juga bila dengar kisah-kisah mangsa ini melalui audio guide tuh....
dan di sini jugalah dipamerkan rupa paras bom atom ini...besar nyaa bom atom ni, tapi kerosakan yang dia sebabkan jauhhh lebih besar dari saiz dia nih...saiz model yang ada di museum ini dikatakan sama dengan saiz bom atom yang dilepaskan di Hiroshima pada tahun 1945 tuh...
dan bahagian terakhir yang kami masuk mempamerkan kerosakan yang disebabkan oleh pengeboman atom ini...berlakunya fenomena balck rain dan mencemari seluruh sistem pengairan di Hiroshima dan menyebabkan penduduk lebih terdedah dengan pencemaran radiasi..tapi mereka tiada pilihan, terpaksa menggunakan air tersebut demi meneruskan kehidupan seharian...dan ianya telah menyebabkan mereka menderita diarrhea sampai 3 bulan!kesian sungguh!
dan dipamerkan juga kesan-kesan bahan radioaktif berkepekatan tinggi ini kepada kesihatan manusia...aduhai...macam-macam penyakit yang datang...sama ada penyakit akut atau pun kronik...penyakit yang dapat terus ketika itu atau pun yang merosakkan genetik generasi yang akan datang...memang besar penangan bom atom ini!
dan dengan itu, berakhirlah penerokaan kami di museum ini...memang sangat berbaloi untuk dilawati...silalah ke sini kalo korang ke Hiroshima...memang banyak ilmu, pengalaman dan manfaat yang dapat diperolehi...sebelum keluar, jangan lupa pulangkan audio guide yang disewa tu...haaa habis je di museum ini, maka berakhirlah juga perjalanan kami di Hiroshima Peace Memorial Park ini...actually ada banyak lagi tempat boleh lawat di taman ini selain yang kami dah pergi...seperti Peace Clock Tower, National Peace Memorial Hall for the Atomic Bomb Victims dan lain-lain...tapi yang kami pi ni pun aku dah cukup puas hati dah....
so keluar je dari museum, kami terus ke tempat teksi...dekat je dengan museum tu...nak senang keje kan...terus adik minta teksi bawa kami ke JR train station terdekat...dan pakcik teksi terusssss membawa kami menuju ke JR Nishi-Hiroshima Station dengan tambang 1,020 yen sahaja....haaa kenapa kami ke sana???tungguuuuu.....dalam next entry!ok!

22 comments:

  1. Sewa audio lebih mahal dari ticket entrance kan..kalau tak sewa audio tu tak tahu lak citer kan..eee...seramlah dgr kisah pengeboman di Hiroshima ni..

    Main ngan teksi je tau DJ ni kat sana...1020 yen sahaja?...grluup..telan air liur dgn keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab audio guide tu plg berharga...penuh dengan informasi dan cerita...hehehe rasanya rugi tak sewa audio guide tu kalo masuk dalam museum nih...

      hahaha apa boleh buat JM...jalan ngan 'orang jepun'....hehehe

      Delete
  2. Sedey betul .. meremang tengok gambar mushroom cloud tu T_T ... i will definitely come here kalau ade rezeki ke jepun lagik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedih Azra...aku kat sini pun dalam sesak tu bial dgr kisah victim tu, seriau je rasa...huhuhu seriously sila la datang ke sini kalo ke Hiroshima yer...next leh pi Nagasaki plak!hehehe

      Delete
  3. berguna sungguh audio tu, barulah faham dan hayati kisahnya.
    sedih dan takut. minta kita di Malaysia dijauhkan mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sangat membantu audio guide...kalo ke sini mmg saya sarankanlah sewa audio guide tu....hehehe ye la semoga kita dijauhkan dengan bencana sebegini...Aminnn....menakutkan sungguh kan...huhuhu

      Delete
  4. Nampak macam kecik je bom atom tu... tapi mungkin lebih dari sebijik yang digugurkan sebab tu teruk kemusnahannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke nampak kecik?hehe saya nampak macam besar je...tapi ye la kot, myb diturunkan beberapa bijik...tak pasti la plak saya...hehehe

      Delete
  5. Sungguh xdapat imagine. Aku baca info kat boards & monuments kat park tu pun dah seriau. Xdelah besar sangat muzium tu kenapalah aku xmasuk haritu. Aku risau je nanti lepak berjam2 dalam tu. Huhu.

    Tapi masa ronda park tu ada tumpang dengar gak explanation tour guide orang. Mak guide tu pregnantkan dia masa bom tu meletup ok. And her mom suffered from the radiation as well. Aku rasa sure dia pun terkena 'tempias' just aku xsempat dengar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan...tak dapat bayang huru hara masa letupan berlaku...huhuhu menakutkan!banyak tempat kita leh pi area park tu...memang best lah memorial park ni...dah le cuaca pun nyaman je...memang aku suka lah!hehehe aku aritu takde la berjam-jam...mayb dalam sejam or lebih sikit la...tapi takde la beriya tengok semua kan...ada aku skip2 gak....hehehe

      eh yeke guide tu takde pape ke?takde nampak cacat ke...or mayb dia dah besar masa dlm perut tu, so tak effect sgt compared to janin baru nak berkembang...hehuuu takut tgk gambar baby dlm perut serupa alien dah gara2 mutant...huhuhu kesian nya kanak-kanak masa tu..

      Delete
  6. Wah... Teksi mahal ye... Anyway japan antara negara terbaik di asia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la mmg mhl sikit...jepun mmg ada keistimewaannya tersendiri berbanding ngara asia lain..

      Delete
  7. Skeri the meri betul dgr psl bom ni. :(

    psst: DJ fm Bromo dah dapat, tengkiu !! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...mmg menakutkan...huhu dah dpt?oraittt.....

      Delete
  8. FM Bromo dah selamat sampai ke tangan .
    Tkasih DJ.

    ReplyDelete
  9. gigih ko masuk museum ni yekkk...
    cant imagine the black rain...gothic giler scene ituu...

    btw dah terima sobenirnya mbakkk...tengss yach !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. museum luar ngara mmg aku gigih..lg2 yg macam ni takdo kat mesia...hehehe kan takut tgk hujan hitam tu....

      dh dpt?oraittttt

      Delete
  10. DJ kalu bwa bdk2 sesuai x masuk museum ni? Kang nightmare plok bdk2 ni klu bwa masuk... ntah2 mak bdk ni pon nightmare nuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ok je kot...takde la tunjuk gmbar org sangat...ok jer museum ni....syiok dgr penerangan dari audio dia tu....macam2 cerita ada...

      Delete
    2. Hmmm...kena carik time ler gini...hihihi..kuikuikui...

      Delete
    3. silakan...memang menarik info kat sini...sebab tak jumpa lagi kat tmpt lain... =D

      Delete