Showing posts sorted by relevance for query lemuni. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query lemuni. Sort by date Show all posts

Friday, July 2, 2021

Nasi Lemuni by #daridapurdj

haa sape pernah dengar daun lemuni?hari ni aku nak share dengan korang pasal daun lemuni yang dimasak menjadi nasi lemuni...aku tak tau pun mak aku ada tanam pokok lemuni ni kat rumah aku...hahaha dah besar panjang dah pokok dia rupanya...hahaha kata mak aku, nasi lemuni ni makanan orang Perak...pastu aku search rupanya nasi lemuni ni famous di Perak, Penang dan Kedah...haaa patut laa aku pernah makan nasi lemuni di masa di Penang...dua kali gak aku makan...tapi sebab takde la favour sangat, makanya aku tak ingat sangat rasa dia...
okay untuk buat nasi lemuni ni, mula mula kena la petik daun lemuni kan...haaa kat bawah ni laa rupa dia daun lemuni...hijau di depan, macam kelabu asal di belah belakang daun ni...aku tak sure apa khasiatnya daun lemuni...malas nak Google jugak...hahaha aku buat ni pun sebab mak aku duk cakap teringin nak makan....so dah ada daun lemuni, cuci la dulu...then kita kisar daun ni dengan air...haa jangan terkejut tengok warna air kisaran tu jadi hitam kelat!bau dia pun pada aku sedikit tidak menyenangkan...hahaha...pastu tapis laa dulu air kisaran ni untuk buang hampas hampas daun tu...
then untuk masak nasi lemuni ni, kita akan masak dia sama je macam masak nasi lemak!haaa cumanya tambahan letak air kisaran daun lemuni jee laaa...so macam biasa la letak bawang, halia, santan dan garam...air kisaran tu tak payah la letak semua sekali, campur la juga dengan air kosong kan...kalo tak kang hitam benor plak nasi lemuni kita...hehehe aku lepas bau air tu, terus tak bagi mak aku letak banyak sangat air tu dalam nasi...hahahaha takut rasa dia tak sedappp...ni pun kami masak 1 pot je sebab takut abah aku tak makan...dan lepas tu masuk laa dalam rice cooker macam biasa...oh ya daun pandan jangan lupa!dan tadaaa siap laa nasi lemuni kita...
untuk lauk yang dipasangkan dengan nasi lemuni ni, beriya juga la aku study...nak tau apa paling best kan makan dengan nasi lemuni ni...rupanya lauk sampingan dia pun sama macam makan nasi lemak!kena ada sambal, pastu leh laa makan dengan ikan bilis goreng, kacang goreng dan timun...dan ada gak orang buat makan ngan ikan goreng la, ayam goreng berempah la...haa kan sama macam nasi lemak berlauk kita tu kan...ikut suka lah nak makan ngan apa pun...
dan untuk kali ni, aku buat sambal kerang...cumanya aku rasa kurang menjadi sikit sambal kerang aku masa ni sebab aku buat guna cili merah besar tu bukan cili kering kisar...so tak cantik sambal aku...sebab cili kering pedas, masa ni mak aku tengah teruk buasir nya...ingat kan taknak bagi pedas laa...huhuhu tapi sedap gak la sambal kerang aku kan dengan extra bawang...hehehe....then aku goreng ikan pelaling untuk dimakan bersama nasi lemuni...
dan taraaa siap laaa set nasi lemuni aku...dengan nasi lemuni, sambal kerang, ikan goreng pelaling, ikan bilis goreng, kacang goreng dan juga timunnn...haaa surprisingly takde la rasa kuat sangat bau daun lemuni tu...ok, sedap je aku makan...mak aku cakap patut letak lebih lagi air daun lemuni dalam nasi tadi...hahahaha salah aku la tak bagi letak banyak tadi kah...kuikuikui...tapi pape pun memang macam makan nasi lemak je la sebenarnya nasi lemuni ni, cuma kat nasi tu ada extra bau daun sikit, dan juga warna dia macam kelabu asap sikit...hehehe pape pun nice try laaa...masa PKP ni aku suka je cuba masak benda benda baru yang tak pernah masak...saje asah bakat dan skill...hahaha....ok bai!

Sunday, February 13, 2022

Istana Lemuni, Janda Baik

so dari Kuantan hari tu kami terus ke Janda Baik untuk makan tengahari di Istana Lemuni!haaa kami dah sesiap buat reservation pada jam 2.30 petang sebab risau ramai orang...untuk pengetahuan korang, tempat ni dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang...di mana buffet sarapan dibuka pada 8 hingga 10 pagi sahaja...then untuk lunch pada 12 tengahari sampai 3.30 petang...untuk lunch ni leh reserve untuk jam 12 tengahari atau 2.30 petang...dan seterusnya sesi minum petang...untuk reservation leh whatsapp 012-3265966 ya...aku ada baca if ramai dan dah penuh reservation, diorang tak bagi walk in tau, so lebih selamat korang buat reservation kalo nak masuk sini...so masa kami sampai 2.30 petang tu, ada staff tunggu di pintu masuk ni, bagi nama baru dia bagi masuk sambil dia roger orang kat restoran yang kami dah sampai....dari luar je Istana Lemuni ni dah nampak sangat cantik...memang teruja sungguh mengambil gambar...eh lupa nak cakap, perjalanan ke Istana Lemuni ni agak jauh ke dalam tau dari pi ntu gerbang Janda Baik tu...pastu di penghujung jalan tu memang lalu jalan tak berturap...hehehe pasrah!
dalam kawasan Istana Lemuni ni ada 3 buah rumah untuk penginapan dan aku difahamkan harga nya mencecah ribuan ringgit...mahal juga...dia bagi je masuk dalam rumah yang tiada orang tu tapi aku malas plak sebab dah lapar masa tu...so terus je menuju ke bangunan yang paling hujung, tempat terletaknya restoran dalam Istana Lemuni ni...cantikkkk!bangunan kayu dua tingkat yang besar dikelilingi kehijauan!
masa kami sampai ni dah tak ramai sangat orang...so aku suggest korang nak elak crowd leh la datang jam 2.30 petang...adik tu cakap yang ramai masa jam 12 tengahari tadi...hehehe so masuk je dalam area tempat makan ni pun dah excited sebab cantik sangat design istana lama dia ni...so terus ke kaunter dan mereka dah mula sediakan makanan kita dah sebab masa buat reservation dah bagi tau nak order apa...cuma kat sini aku tambah order air minuman je...then adik tu tanya nak duk atas ke bawah...harus lah kita pilih atas kannn...hehehe 
untuk makan tengahari di Istana Lemuni ni ada disediakan set untuk 2 atau 4 orang dengan harga RM75 dan RM150...set ni boleh pilih nak set utara yang didatangkan dengan nasi putih, kari jenahak, kerabu ulam, ayam goreng kunyit, daging gulai kawah, sambal belacan, tempoyak, ulam dan pekasam...kalau set selatan plak ada asam pedas jenahak, dan set pantai timu adaa singgang tenggiri...selain tu ada gak set untuk seorang dan lauk pauk untuk tambahan...so kami berdua sepakat pilih set selatan laa...cantiknya makanan dihidangkan dalam mangkuk tanah liat macam ni...hehehe klasik sangat rasa kan...memang bersemangat sungguh kami bergambar dengan makanan dan diri sendiri!hahahah...
dalam set selatan kami ada asam pedas jenahak, gulai daging kawah, ayam berlado, ikan goreng, kerabu kacang botol, ulaman bersama sambal belacan dan tempoyak!wahhh mengancam!memula nampak macam sikit tapi bila dah makan banyak plak hahaha...sedap weh asam pedas diaa...pedas membakar gak!hahahah gulai daging dia lembuttt sangat, aku suka...ayam pun sedap...dan terpaling win adalah kerabu kacang botol dia sampai kami minta tambah!hahaha siap pastu tambah nasi lagi...sedap!tempoyak dia pun sedappp!serious memang sedap dan kami suka!oh untuk set ni didatangkan dengan air kosong dalam bekas air tanah liat gak, tak best aku rasa ada rasa tanah...hahaha...
untuk air kami order air kedondong asam boi yang sedapppppp then kami order juga air kopi o dan susu di sini...katanya specialty mereka kopi ni sebab mereka tanak kopi ni sendiri...so memang tak lepas peluang la rasakan...memang sedap! lagi dah makan pedas dan panas tu kan, memang asyikkk hirup air sejuk ni...hehehe sesambil minum air, kami layan vieww dan rileks santai kat atas tu sebab dah takde orang sangat dahhh....
sekali tengah lepak, member cakap, apakata kita order menu minum petang dia...nampak macam sedap...hahahah so tengok jam masa tu dah 3.30 petang dah...tanya kat adik tu dah ada ke menu minum petang....dia kata dah boleh order makanya terus laaa dua mokcik gemok ni order lagi makanan iaitu lempeng kelapa dan lempeng pisang...hahahaha....dasar kuat makan betul...hahaha so sedap gak la lempeng dia pada aku lagi lempeng pisang tu...hahaha...licin selesai sekelip mata ya bila makanan sampai....
dah selesai makan, turun buat bayaran dan kami pun gerak nak balik...sempat la posing seround dalam Istana Lemuni lagi sekali...masa ni dah macam nak gelap sikit dahhh langit...so kena la posing cepat-cepat...cantik sangat kawasan Istana Lemuni ni, dah la makanan pun sedap-sedap belaka...memang aku highly recommended tempat ni walaupun ada yang kat mahal sikit harganya...tapi aku rasa worth la dengan view dan pengalaman yang kita dapat makan kat sini....staff diorang pun sangat laa mesra siap duduk sembang ngan aku nak dengar komen dan pendapat aku...bagus betul...so korang kalo nak rasa kelainan makanan ala melayu dalam istana lama macam ni, sila la ke Istana Lemuni ya, jangan lupa buat reservation dulu tau...ok bai!

Monday, March 15, 2021

Jawi House Cafe Gallery, Penang

okey meh citer details sikit pada Jawi House Cafe Gallery  di Penang ni...hehehe merupakan sebuah kafe Jawi Peranakan Cuisine by Chef Nurilkarim, keturunan Jawi Peranakan ni laa...katanya Jawi Peranakan ni refers kepada pendatang India, Arab, Turki dan Parsi yang kawin dengan wanita Melayu satu ketika dulu...aku pun first time dengar...biasa peranakan ni Baba Nyonya je aku tau...hehehe so moh masuk ke kafe yang terletak di Lebuh Armenian ni, di deretan kedai lamaaa...
sebelum datang ni aku memang dah call sesiap buat reservation...ye la masa suntuk kan, baik reserve sesiap...pastu sempat cakap nak kawasan cantik cantik sebab kami nak ambil gambar dan celebrate birthday...gitu kan...so dia bagi kawasan open, katanya takde aircond, tapi selesa je kami duduk masa ni...lagi plak dah jam 4 petang takde orang pun, memang kami je kat sini...
dah duduk tu, tanpa buang masa terus kami usha menu la kan...sambil mulut sakan bersembang...haa menu paling istimewa kat sini adalah Nasi Lemuni!nasi ni diperbuat dengan menggunakan daun lemuni...pastu ada Nasi Jawi Briyani, Nasi Kacang then lauk pauk dia ada rendang, kari, masala dan macam macam lagi lah...ada desserts jugak!pastu antara kuih tradisional yang famous adalah serabai!
untuk minuman kami order Iced Latter (RM14), Iced Macchiato (RM13), Iced Lemongrass Tea (RM10) dan Iced Water (RM1)...haa aku la tu yang minum air kosong tu...hahaha sebab masa ni baru lepas layan kopi di airport...dan untuk appetiser/dessert kami ambil Cucur Udang (RM18) dan Serabai (RM9)...cucur udang tu sedappp, krup krap makan dia...dah la makan dengan kuah kacang, memang favourite aku la kan...hehe untuk serabai tu aku memang tak berapa suka sebab pada aku takde rasa apa sangat pun...heheh saje order bagi budak budak ni rasa...
dan untuk main course kami order Nasi Lemuni (RM10), Nasi Kacang (RM8), Plain Briyani (RM12), Beef Rendang (RM18), Rose Chicken (RM14), Lamb Masala (RM23) dan Jawi Laksa (RM21)....semua makanan pun sedap dan rich dengan rempah ratus Jawi Peranakan!memang berat la semua menu tapi kami enjoy makan sebab dah kelaparan kan....presentation wise pun cantik!suka kami...sakan makan sambil bersembang...sedap dan recommended kalo nak cari selain nasi kandar di Penang!