so dari Kuantan hari tu kami terus ke Janda Baik untuk makan tengahari di Istana Lemuni!haaa kami dah sesiap buat reservation pada jam 2.30 petang sebab risau ramai orang...untuk pengetahuan korang, tempat ni dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang...di mana buffet sarapan dibuka pada 8 hingga 10 pagi sahaja...then untuk lunch pada 12 tengahari sampai 3.30 petang...untuk lunch ni leh reserve untuk jam 12 tengahari atau 2.30 petang...dan seterusnya sesi minum petang...untuk reservation leh whatsapp 012-3265966 ya...aku ada baca if ramai dan dah penuh reservation, diorang tak bagi walk in tau, so lebih selamat korang buat reservation kalo nak masuk sini...so masa kami sampai 2.30 petang tu, ada staff tunggu di pintu masuk ni, bagi nama baru dia bagi masuk sambil dia roger orang kat restoran yang kami dah sampai....dari luar je Istana Lemuni ni dah nampak sangat cantik...memang teruja sungguh mengambil gambar...eh lupa nak cakap, perjalanan ke Istana Lemuni ni agak jauh ke dalam tau dari pi ntu gerbang Janda Baik tu...pastu di penghujung jalan tu memang lalu jalan tak berturap...hehehe pasrah!
dalam kawasan Istana Lemuni ni ada 3 buah rumah untuk penginapan dan aku difahamkan harga nya mencecah ribuan ringgit...mahal juga...dia bagi je masuk dalam rumah yang tiada orang tu tapi aku malas plak sebab dah lapar masa tu...so terus je menuju ke bangunan yang paling hujung, tempat terletaknya restoran dalam Istana Lemuni ni...cantikkkk!bangunan kayu dua tingkat yang besar dikelilingi kehijauan!
masa kami sampai ni dah tak ramai sangat orang...so aku suggest korang nak elak crowd leh la datang jam 2.30 petang...adik tu cakap yang ramai masa jam 12 tengahari tadi...hehehe so masuk je dalam area tempat makan ni pun dah excited sebab cantik sangat design istana lama dia ni...so terus ke kaunter dan mereka dah mula sediakan makanan kita dah sebab masa buat reservation dah bagi tau nak order apa...cuma kat sini aku tambah order air minuman je...then adik tu tanya nak duk atas ke bawah...harus lah kita pilih atas kannn...hehehe
untuk makan tengahari di Istana Lemuni ni ada disediakan set untuk 2 atau 4 orang dengan harga RM75 dan RM150...set ni boleh pilih nak set utara yang didatangkan dengan nasi putih, kari jenahak, kerabu ulam, ayam goreng kunyit, daging gulai kawah, sambal belacan, tempoyak, ulam dan pekasam...kalau set selatan plak ada asam pedas jenahak, dan set pantai timu adaa singgang tenggiri...selain tu ada gak set untuk seorang dan lauk pauk untuk tambahan...so kami berdua sepakat pilih set selatan laa...cantiknya makanan dihidangkan dalam mangkuk tanah liat macam ni...hehehe klasik sangat rasa kan...memang bersemangat sungguh kami bergambar dengan makanan dan diri sendiri!hahahah...
dalam set selatan kami ada asam pedas jenahak, gulai daging kawah, ayam berlado, ikan goreng, kerabu kacang botol, ulaman bersama sambal belacan dan tempoyak!wahhh mengancam!memula nampak macam sikit tapi bila dah makan banyak plak hahaha...sedap weh asam pedas diaa...pedas membakar gak!hahahah gulai daging dia lembuttt sangat, aku suka...ayam pun sedap...dan terpaling win adalah kerabu kacang botol dia sampai kami minta tambah!hahaha siap pastu tambah nasi lagi...sedap!tempoyak dia pun sedappp!serious memang sedap dan kami suka!oh untuk set ni didatangkan dengan air kosong dalam bekas air tanah liat gak, tak best aku rasa ada rasa tanah...hahaha...
untuk air kami order air kedondong asam boi yang sedapppppp then kami order juga air kopi o dan susu di sini...katanya specialty mereka kopi ni sebab mereka tanak kopi ni sendiri...so memang tak lepas peluang la rasakan...memang sedap! lagi dah makan pedas dan panas tu kan, memang asyikkk hirup air sejuk ni...hehehe sesambil minum air, kami layan vieww dan rileks santai kat atas tu sebab dah takde orang sangat dahhh....
sekali tengah lepak, member cakap, apakata kita order menu minum petang dia...nampak macam sedap...hahahah so tengok jam masa tu dah 3.30 petang dah...tanya kat adik tu dah ada ke menu minum petang....dia kata dah boleh order makanya terus laaa dua mokcik gemok ni order lagi makanan iaitu lempeng kelapa dan lempeng pisang...hahahaha....dasar kuat makan betul...hahaha so sedap gak la lempeng dia pada aku lagi lempeng pisang tu...hahaha...licin selesai sekelip mata ya bila makanan sampai....
dah selesai makan, turun buat bayaran dan kami pun gerak nak balik...sempat la posing seround dalam Istana Lemuni lagi sekali...masa ni dah macam nak gelap sikit dahhh langit...so kena la posing cepat-cepat...cantik sangat kawasan Istana Lemuni ni, dah la makanan pun sedap-sedap belaka...memang aku highly recommended tempat ni walaupun ada yang kat mahal sikit harganya...tapi aku rasa worth la dengan view dan pengalaman yang kita dapat makan kat sini....staff diorang pun sangat laa mesra siap duduk sembang ngan aku nak dengar komen dan pendapat aku...bagus betul...so korang kalo nak rasa kelainan makanan ala melayu dalam istana lama macam ni, sila la ke Istana Lemuni ya, jangan lupa buat reservation dulu tau...ok bai!
Unik dan menarik tempatnya
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ye sangat menarik...sila laa pergi...hehehe
DeleteKerabu kacang botol tu memang sedap sangat2
ReplyDeletekhennn...adoi kecurrr
DeletePatutnya dresas-up kena ala2 dolu2, baru kena dgn mood istana tu haha. Tengok gambar makan pun mmg nampak menariknya.
ReplyDeleteHahaha haish panas lit lit tu malas nak ootd melayu lama bagai hahaha
Deletesesuai tak kalau guna wheelchair?
ReplyDeleteermmm mcm tak la rasanyaaa
Delete