Thursday, March 13, 2014

Trip Adik Beradik ke Jepun 2014

yeah petang semalam aku dah selamat sampai ke Malaysia....jerebu yang teruk menyambut kepulangan kami di LCCT semalam....hehuuuu hari ini aku masih bercuti, nak uruskan beberapa perkara....Alhamdulillah...selesai sudah trip family adik-beradik ke Jepun ni...trip yang sepatutnya disertai oleh mak abah aku, last minute diorang tak jadi pi atas sebab-sebab tertentu...so jadilah ianya trip adik beradik...di mana aku dan anim telah terbang ke Kansai International Airport (KIX) pada 5 Mac 2014 yang lepas dan bertemu dengan adik bongsu aku di sana....perjalanan selama 8 hari 7 malam ini boleh dinobatkan sebagai trip paling lama dan paling mahal aku setakat ini...hehehe juga trip paling sempoi tanpa plan yang beriya-iya...ikut suka hati nak ke mana bila bangun dari tido tu...sebab biasanya kalo aku berjalan, aku suka follow itinerary yang telah disusun...kali ni, main ikut suka hati...dan redho...hahaha lagi jalan ngan adik-adik aku, memang ikut suka kitorang je la nak bangun lambat, nak balik awal, nak jalan dekat, nak jalan jauh...juga diselang seli dengan drama perubahan emosi bak kata adik aku...hahaha nasib ko la dapat kakak-kakak emo!hahaha ok untuk trip ini kami telah berjaya meneroka menjejakkan kaki ke Osaka, Kyoto, Kobe dan Hiroshima...sepatutnya nak ke Nara juga sebab beli pas untuk 4 hari, tapi sebab semua dah malas dan penat, hari terakhir menggunakan pas, semua bangun lambat dan kami cuma berjalan-jalan sekitar Osaka sahaja...dan paling best masa trip ini adalah tetiba je salji turun di Kyoto dan Osaka!bajet nak masuk musim bunga, sekali salji turun pula...hehehe seronok!ok nanti aku update cerita ke sana ye... =D
oh ye, pada hari ke 4 kami di sana, masa tu kitorang tengah dalam perjalanan nak ke Hiroshima...dikejutkan dengan message dari mak pasal flight MAS ke Beijing yang tiba-tiba hilang...disebabkan takde akses kepada internet, kitorang macam kopius je lagi..sampai la bila balik bilik malam tu dan search internet, baru laaa dapat cerita sebenar...thanks gak kat Bibie Karim sebab gigih menghapdet aku cerita terkini mengenai isu ini....so mulai pada itu, asal ada internet je, aku akan follow perkembangan terkini mengenai isu ini....pelbagai cerita timbul, pelbagai andaian dibuat....macam-macam!seriusly, aku rasa mentaliti orang malaysia banyak dah kelaut...isu macam ni pun ada yang nak ambil kesempatan untuk dipolitikkan...malas nak sebut cerita-cerita karut tu, tapi aku as pekerja kerajaan, aku faham kenapa susah diorang nak jawap bila didesak pelbagai soalan tu....kat tempat aku kerja pun, kalo tetiba ada isu, awal-awal tu mesti kalut sikit sebab nak faham isu, lagi kalo isu tu 1st time terjadi...ni lagi la dengan 1st time jadi dalam sejarah flight tiba-tiba hilang kesan, melibatkan ratusan nyawa pula tu....haaa pastu nak dapat input dari pelbagai pihak, lagi kalo melibatkan negara lain..lagi panjang la ceritanya...sebab tu risk communication tu penting...kena well prepared bila nak berdepan soalan...sebab jawapan tu boleh create panik atau pun disalahertikan....so tolong faham...mereka telah bertungkus lumus nak selesaikan isu ni...diorang pun manusia biasa, mesti penat dan tak tido malam nak uruskan isu ini....jadi jangan ikut sedap anak tekak kita je nak komplen sana sini, pastu suh orang tu letak jawatan, cakap orang tu takde communication skill la...bajet hebat sangatkah kita?belum tentu lagi kita leh handle situasi ni kalo kita di tempat diorang tau....huhuhuhu so korang, jom kita sama-sama berdoa moga pencarian ini berakhir dengan cepat...sehingga post ini ditulis, masih tiada berita mengenai MH370....Ya Allah, permudahkanlah urusan pencarian MH370 ini dan peliharalah kami semua dari sebarang keburukan...Amin....
p/s-aku takut disebabkan isu ni, kita mula menjadi tumpuan dunia...bak kata member aku, 'orang dah masuk rumah kita...orang dah tahu keadaan rumah kita'...huhuhu wallahualam...semoga ALLAH sentiasa melindungi dan merahmati kita....korang, jom pray for jerebu jugak...aku tak sure tempat korang...tapi area aku tinggal, dan di LCCT semalam pun jerebu sangat teruk!hutan terbakar, hujan tak turun...semoga dugaan ini tak menjauhkan kita dariNya dan semoga kita dan negara Malaysia sentiasa berada dalam lindunganNya....Amin...

Tuesday, March 4, 2014

Family Trip to Japan

setelah hampir setahun menunggu, akhirnya tibala masa untuk melaksanakan Family Trip ke Japan ini....aku beli tiket dulu konon nak bawa mak abah pergi tengok tempat adik aku belajar...sebabnya bulan depan adik aku dah balik for good...dia dah habis belajar...so niat konon sebelum adik balik, boleh la mak abah jalan ke Jepun..kalo tak, bila lagi kan....hehuuuu untuk trip kali ini aku tak banyak sangat buat research secara terperinci...sebabnya aku rasa nak bergantung je kat adik aku...hehehe pastu aku takleh nak buat plan beriya sangat sebab nak kena pikir mak abah aku...diorang bukan larat sangat nak berjalan beriya ni kan...dan sebulan sebelum tarikh trip ni, kitorang dah mula countdown!mak aku lagi la, countdown nak jumpa anak bongsu kesayangan dia tu...aku ni countdown sebab nak pergi bercuti!hehehe dan akhirnya bila tiba masa seminggu sebelum bertolak, mak tiba-tiba buat decision tak nak pergi...sebabnya nak jaga tok aku...tok aku tengah tak sihat sekarang ni...mak aku pikir, sementara semua orang takde kat rumah, senang la dia nak duk umah tok aku untuk jaga dia....hohoho aku sedikit kecewa la sebab aku beriya nak bawa diorang berjalan...tapi aku kena la pasrah dan redho...itu pilihan dia....so hanya aku, anim dan abah yang akan ke Jepun...dan jumpa adik kat sana....huhuhu pastu, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari...ecewah....sekali Jumaat lepas, abah bagitau yang abah pun tak boleh pergi sebab tiba-tiba ada urusan kerja yang tak dapat dielakkan...sobss....sobsss....sobss.....terus rasa sadis sangat...huhuhu sabo-sabo....
so dalam masa yang singkat giler ni, aku kena study la sikit untuk tukar plan...sebabnya itinerary aku sebelum ni sangat laa ringkas dan singkat...pastu nak beli JR Pass pun tak sempat dah...hohoo so tunggu je la nanti ye apa cerita yang bakal aku bawakan dari negara matahari terbit tu...semoga Allah melindungi perjalanan kami 3 beradik, juga melindungi keluarga kami yang berada di tanah air...Amin...ok korang, doakan aku selamat pergi dan selamat kembali ye!nakpi LCCT dah ni.....daaaa~