Wednesday, September 20, 2017

Bakar Bakar Steamboat & Grill House, Bandar Baru Bangi

minggu lepas, sehari sebelum birthday trip aku, aku sempat bawa mak abah aku dinner di Bakar Bakar Steamboat & Grill House...saje la belanja diorang makan sempena birthday aku, sertaaa demi membeli jiwa kerana aku tiga hujung minggu berturut duk merayap dengan kawan-kawan...hahaha haruslahh ambil hati sikit kan...restoran ni dah berapa lama gak buka kat Bangi tapi baru ada rezeki nak terjah!masa sampai ni tak ramai sangat orang, tapi lama-lama tu ramai juga la orang walaupun malam tengah minggu...
tanpa buang masa ayuh kita usha menu yang ada...banyak juga selection untuk makanan panas...ada nasi goreng, mi goreng, kue teow goreng, spaghetti, nasi daging, sushi dan cekodok...cuma portion dia tak besar sangat, maybe sebab malam hari biasa kan...tapi yang bagusnya dia keep on top up je makanan tu...so sentiasa ada je...
selain makanan panas, diorang ada juga macam roti pita dan pilihan mi kering untuk dimasak dalam sup steamboat...dan paling penting untuk steamboat dan grill ni haruslah sos dia kan...memang ada banyaklah pilihan sos disediakan kat sini...
dannn selection untuk steamboat dan grill adalah super banyak!dari segala macam seafood, ayam, daging dan lamb...ayam dan daging tu pun ada beberapa jenis perapan dia weh...seriously terbaik!walaupun nampak sikit tu kan, tapi diorang tak lokek...asyik tambah je makanan tuh...sayuran dan segala macam ball tu pun banyak...
then ada sudut buahan, aiskrim dan minuman...banyak pilihan minuman dari yang sejuk sampai ke panas...aku perasan ada dimsum juga kat area minuman panas tu tapi takdan rasa pun sebab dah kenyang....hehehe...
kat meja kita memang disediakan satu alat pemanggang yang besar dan dua periuk kecil diisi dengan sup dan tomyam...so apa lagi, dah ambil makanan bersteamboat dan grill lah kita dengan happy nya...aku sukaa makanan panas dia semua sedap!pastu paling best sebab ayam dan lamb dia sedappp!banyak gila aku makan kambing jer weh...terbaiklah...kuah tomyam tu pun sedap dan pedas...seafood dia pun freshhh...ketam tu penuh isi...hehehe...
overall aku dengan mak abah aku sukaaa tempat ni...dan-dan abah aku ajak repeat tempat ni bawak cucu-cucu dia pulak...hahaha tak nyempat...so aku dah plan untuk birthday adik aku minggu ni, boleh la bawak seluruh family layan steamboat dan grill kat sini...terbaik...restoran pun besar dan selesa...
masa nak bayar baru perasan ada harga diskaun untuk birthday girl/boy serta senior citizen yang lebih 55 tahun...haaa untunglaaa untuk mak abah aku cuma RM36 seorang dan aku pula RM38 sahaja...harga standard dia adalah RM45 seorang...ok la kan, berbaloi-baloi...ok la tu kan, tempat baru nak lepak kat Bangi kalo berhajat nak layan steamboat dan grill nih...

2 comments:

  1. steamboat & grill ni mmg favourite..nak gi jauh no...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ada rezeki ke area sini, leh la cobaaa...

      Delete