Tuesday, November 5, 2013

JJCM Sambil Kerja di Borneo ~ Part 2

Day 2 : 28 Oktober 2013 (Isnin)

esoknya, awal pagi selepas breakfast di hotel, kami telah pergi melawat makmal untuk berjumpa dengan rakan-rakan sejawat di Kuching bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu untuk event...lama juga berada di sini sampai tengahari...masa nak balik, hujan turun selebat-lebantya!terpaksa tunggu kejap dan lepas tu kami minta Mr Brennan bawa kami ke Restoran Kopi O Corner seperti yang dicadangkan oleh kawan di FB juga di makmal...kat situ kami order rojak spesial, mi kolok, mi jawa dan prata roll!aku juga order teh c peng!wahh sedapnya semua makanan dan air tu...terus jatuh hati pada air tu okeh..kalo minum di Semenanjung, pada aku terlalu manis!tak sedap...oh nama lain dia adalah 3-layer tea la...minuman yang famous berasal dari Sarawak tu...total makan untuk 5 orang di sini adalah RM50 sahaja...memang berbaloi...sedap, selesa....banyak sangat pilihan!
dan lepas tu, minta Mr Brennan turun kan kami di waterfront sahaja..sebabnya kami nak jalan kaki balik ke hotel...boleh layan ambil gambar di waterfront, ada bangunan lama di sekitar situ...rumah isteri James Brooke katanya di situ...kami menyusuri kedai-kedai di waterfront tu...aku sempat la sambar seketul fridge magnet dan sehelai tshirt kucing utk zara...tu je pun aku beli...asie yang sakit gigi pi beli gambir!hahaa orang lelaki yang lalu lalang situ pandang senyum-senyum je kan...untuk yang tak tahu, gambir nih popular di kalangan pelancong Semenanjung yang datang ke Sarawak ni...dikatakan digunakan untuk 'kelelakian'!hahaha nak tahu lanjut, sila search sendiri...pastu ada yang beli rantai tangan la, beli batik sarawak la..memang banyak kedai sepanjang jalan tu...memang tak terasa la berjalan tu...dan akhirnya kami tiba di hotel dan berehat seketika...
pada jam 3.00 petang, kami ke tempat event pula...berjumpa rakan-rakan makmal yang sama membantu set up tempat event...bila dah ramai tu, kejap je la jadinya kerja kan...sambil membincangkan perkara-perkara yang perlu dengan tuan tanah sewaan tempat..kerjasama baik dari mereka turut memudahkan lagi perjalanan kerja kami petang tu...
lepas dah bertungkus-lumus, ajak Mr Brennan minum jap..nak cari pisang cheese pula...dia bawa kami di De Tamu Cafe di sekitar Satok...kat sini kami makan kepak ayam bakar yang sangat besttt berharga RM25 sepinggan besar tu...order juga mi kolok semangkuk untuk irma yang dah gian makan mi kolok...dan paling istimewa ada pisang cheese yang sedappp...sedappp sangat!sepinggan cuma RM7 sahaja...memang banyak!
dah kenyang kami pun pulang ke hotel...terserempak dengan big boss yang dah sampai tu juga...pastu kami rehat kejap...menyelesaikan apa yang patut...dalam jam 8.30 malam, kami pun keluar dari hotel...terus menuju ke tempat makan seafood paling popular di Kuching iaitu Top Spot!terletak betul-betul di hadapan hotel kami!dia bangunan parking...tempat makan terletak di atas sekali!lelah juga menaiki tangga tu...tak jumpa pula lif...dulu pernah makan di sini juga...terus menuju ke kedai nombor 25!besar tanda halal yang dipamerkan..terus kami order ikan kerapu masak 3 rasa, soft shell crab goreng telur masin, udang butter, sotong goreng tepung, sayur dan sup pepahat!sayur midin dah abes plak..frust...huhuhu total makan adalah RM106 sahaja!sedangkan yang kami amek tu semua mahal-mahal dan banyak...memang murah di sini!berbaloi-baloi...makanan pun sedap....kenyang giler makan...huhuhu malam tu senak juga nak tido...

2 comments:

  1. Gambir sarawak? di samping utk lelaki ia boleh di gunakan sbg ubat sakit gigi kan...WAh..byk betul gambar makanannnnnnn....nyum..nyum..nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ha'ah sebab dia ada kesan kebas tu, sebab tu guna utk sakit gigi...yg utk function satu lg tu, no komen...hehehe ye la JM best sgt ke sarawak kali ni...dulu tak pergi tak tahu mana tmpat makan best...kali ni, nyum nyum betul!

      Delete