Monday, July 27, 2015

PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 – WANDERLUST DJ

Yezza akhirnya terlaksana juga misi aku nak join photo challenge yang dianjurkan oleh geng-geng Travelholicawesome ni...mula-mula tu tak reti gak macam mana nak mula...lama laaa duk pikir macam mana nak buat...dan akhirnya misi dimulakan pada minggu terakhir ramadhan...masa bos-bos dah mula cuti, kami di opis pun mula buat aktiviti-aktiviti sampingan...siap pusing putrajaya kooo untuk buat challenge ni semua...dannn first time aku duk join photo challenge begini, memang terchallenge abes aku!hahaha baru aku tau nak join benda ni memerlukan semangat dan kegigihan yang tinggi!dan paling penting, kalo takde kawan-kawan dan sedara-mara yang menyokong, memang tak jadi laaaa photo challenge aku nih...malu hoihhhh...
ok sebelum teruskan kepada hasil tak berapa kreatif aku dalam bergambar ni, pertama-tama sekali aku nak ucap mekasih banyak-banyak kat asie, irma, zu, faliq, dini, ed, adik aku, pakchek aku, sepupu-sepupu aku iaitu azra dan abang suandi serta anak-anak buah aku zara, alisya dan batrisya sebab membantu dalam melaksanakan semua cabaran yang telah ditetapkan samada secara rela atau terpaksa...hehehe!

Ayuhhh aku jawab satu persatu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur!

3 SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!
  1. Setiap gambar MESTI ada BLOGGER - done!takde masalah sebab sememangnya aku model utama dalam photoshoot kali ini...
  2. Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015" - done!takde hal...aku tulis atas kertas merah dengan liquid putih!merah tu feveret color aku!
  3. Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya - done!lagi senang...harus hari-hari pergi kerja pun pakai baju raya...ini kan pula hari raya kannn...
  4. Dan aku sendiri tambah 2 lagi elemen wajib dalam semuaaaa gambar aku iaitu (1) personalised poskad raya aku yang dibuat oleh Ilovetoshoot Photography Services ni...saje gatal nak guna sebab ada lebih...dari dibuang begitu saja... (2) booklet Makan Secara Sihat di Hari Raya...pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia...gituuu kannn, baik hati aku tolong promote program kementerian sendiri....hehehehe!korang boleh dapatkan booklet tersebut di sini...
10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT!

Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, pastu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan. Di sebelah penimbang ada sampul duit raya. - done!haaaa aku guna penimbang besi kat opis tu...gigih angkut bawa masuk bilik sebab malu dengan admin staff tengok perangai tak senonoh aku...hahaha!muka nampak kan?kaki atas penimbang kan?sampul duit raya pun ada tuuu...berat tu aku tunjuk tauuuu, cuma nasib korang laaa nampak ke tak arah jarum dia tuh!hahaha dah-dah tak payah nak zoom sangat lah!ehem!pesanan KKM, kalo taknak obes macam aku, sila makan secara sihat di hari raya dan hari-hari lain! #nakwondercheese eh!
Blogger berdiri di tengah-tengah bazar ramadhan/pasar malam/pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kena angkat tinggi sebelah. - done!memang tengah bazar ramadhan putrajaya tu aku bergambar!cumaaa pihak penganjur tak tetapkan syarat bazar tengah buka ke tutup kan?kan?hahaha!gigih pergi masa tengahari sebab maluuuu nakpi masa ada orang...janji kat bazar ramadhan kannn...kain pelikat pun ado, buluh lemang tiruan pun adooo (hoih mana nak dapat buluh real kat putrajaya ni?) dan kaki pun terangkat sebelah...haippp mana boleh angkat tinggi sangat, pakai kain kot!upss tak perasan terpakai selipar jepun je keluar dari kereta...hahahaha!
Blogger melakukan aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa/raya. - done!aku balik kampung nak beraya dengan cara hitchhiking!haaa sebabnya harga minyak naik, aku pun nak kena la berjimat cermat...kang nak kena bagi duit raya lagi kat bebudak...hahaha pengaruh traveller barat sangatkan aku nih...haaa gigih tau aku pakai baju kurung sambil bawa backpack menahan kereta di tepi jalan demi pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara sambil nyanyi lagu oooooo ooooo balik kampung....oooo oooo balik kampung...bopoluh hoih!paneh!
Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan "#TA RAYA". Mesti guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak - done!buat kerja masa pagi 1 Syawal...mak aku dah pelik ape ke hal aku keluarkan loyang pagi-pagi raya...ingat aku nak masak kuih raya lagi ke?hahaha haaa korang nampak tak perkataan #TA RAYA tu dari 7 jenis kuih raya?ada semperit, biskut cornflakes, kuih kapit coklat, biskut peanut butter, chocolate chip cookies, kuih kapit biasa dannn cornflakes maduuu...haaa kuih kapit tuuu mewakili huruf A tau!hahaha payah hoih nak susun kuih ni sebab besar...dan yang paling penting, lebih separuh kuih dalam tu homemade okeyyy...haaa tang tu ada markah lebih tak pihak penganjur?hahahaha!
Blogger bergambar dengan amil kat kaunter zakat fitrah, sambil hulurkan biskut raya sebagai tanda terima kasih. - done!malunyaaa nak buat challenge yang ni...hampir gagal misi ni sebab ramai plak orang duk nak bayar zakat fitrah kat kaunter pandu lalu ni...nasib pantas susun strategi...sambil bayar zakat fitrah sambil buat cerita sedih kat amil di Masjid Besi tu...tanpa dia sedar member aku pi lekat kertas merah tu di kaunter...lepas baca doa, aku cakap aku nak bagi dia kuih, dia cakap boleh...tapi saya nak kena ambil gambar untuk program saya...boleh?dan-dan dia cakap boleh, nak viralkan pun boleh...amboi abam amil ni kannn...nasib baik comel sporting!
Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api - done!jumpa abam mr potato jual bunga api di putrajaya...paksalaaa dia ambil gambar bersama...mahal betul abam ni jual bunga api, dah tu paksa plak aku jadi mrs potato dia....pasrah jer laaa....terima kasih abam mr potato!jasamu dikenang!
Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yang berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas. - done!buat kerja gila mengipas 10 sampul duit raya berlainan design di petronas presint 18...i is maluuu sebab ramai orang isi minyak plak la tengahari camni...jadi kita buat jauh-jauh sikit kat area NGV, tak ramai sangat orang....
Blogger pegang kalendar 2015 yang tunjuk hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR - done! masa pi ni, sebelum masuk tol kajang jem giler plak!mampu ambil gambar dari lepas tol je la demi keselamatan semua pihak...tak dapat nak amek gambar pekerja tol yang nanges, terpaksa aku je laaa yang menanges sambal menunjuk tarikh 1 Syawal (seperti yang dibulatkan) di kalendar...
Blogger susun kasut raya kat rumah orang yang korang pegi beraya, secara bertingkat - done!kat umah pakcik aku masa hari raya aritu...aku dah susun bertingkat, sekali gigih la abang sedara aku tolong susun kasut kat tepi-tepi tu plak walaupun aku rasa dia pun tak paham apa yang aku coba buat...hahaha...haaa tak koser aku nak susun tinggi lagi dari ini sebab dah maluuuu...sampai berpeluh-peluh aku nervous tau buat challenge nih...almaklum, biasanya aku ni bajet matured di kalangan mereka...gituuu...hahahaha!
Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya - done!gambar diambil masa beraya kat rumah pakcik belah abah aku yang paling tua yang masih ada...atok nenek belah abah aku memang dah takdo...hehuuu...malu okeh nak amek ni, nasib baik pakcik aku sporting dan tak banyak tanya, dia ikut jer aku suh pegang kertas dan sampul duit raya tu...dan bagi nak cover malu, aku hambat anak-anak buah aku tu masuk gambar sekali...kuikuikui...arghhh I is malewww...

Alhamdulillah selesai semua challenges yang diberikan dengan penuh cabaran dan dugaan...hahaha!harap-harap adalaaaa rezeki aku kannn...dan di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, geng Travelholicawesome, atas inisiatif mereka menganjurkan Photo Challenge Balik Raya 2015 ini...semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama blogger, terutamanya travel blogger semua...sekaligus mengimarahkan lagi dunia travel blogger ini...Sekian, wassalam...

Thursday, July 23, 2015

Spring in South Korea ::Day4.1:: Sindangdong Topokki Street, Gwangjang Market & Namdaemun Market, Seoul

yuhuuuu ada yang dah masuk kerja ke...hehehe aku masih lagi bercuti...sampai isnin depan baru masuk kerja...sekali-sekala bercuti panjang, spend masa dengan family dan rakan-rakan masa raya kann...hehehe mak aku bising asyik cuti jer pi travel...huhuhu...pasni aku slow down lah aktiviti travel ni...nak kena fokus kat benda lain pula...hehuuuu...ok jom aku sambung lagi kisah aku di korea yang tak abes-abes lagi ni...dari spring dah nak masuk ke autumn dah ni, tak sudah cerita aku...hehehe

Sambungan dari: Spring in South Korea ::Day3.2:: Eid Restaurant dan Masjid di Itaewon & LED Rose Garden di Dongdaemun Design Plaza

hari ke-4 kami di Seoul, merupakan hari terakhir nak berjalan-jalan...sebabnya esok flight kami awal pagi balik ke Malaysia...plan asal hari ni nak habiskan masa di Suwon Korean Folk Village dan Everland yang terletak di luar bandaraya Seoul...tapi bila bangun pagi tengok hujan pula, forecast pun cakap area sana pun hujan, makanya kami cancel plan untuk ke sana!pikir punya pikir, kami decided untuk berjalan dalam Seoul sahaja...dan paling penting hari ni kami nak shopping!hehehe menghabiskan sisa-sisa Won yang ada ni...jadinya sebab jalan dalam Seoul jer, kami pun malas nak keluar awal...dalam jam 10 pagi baru laaa gerak keluar dari guesthouse...pagi-pagi dah kelaparan, terus berniat nak breakfast di Mabongnim Halmeoni Tteobokki yang terletak di Sindangdong Topokki Street...direction diperolehi daripada kaklong kawasan Seoul, Bibie Karim...dari Myeongdong Station kami menaiki Line 6 untuk menuju ke arah Sindang Station...pesanan penaja dari kaklong, make sure naik Line 6, sebab ke Sindang Station ni ada Line 6 dan Line 2...sebabnya untuk ke Sindangdong Topokki Street ni, kita kena keluar dari Exit 8 di mana hanya akan jumpa kalo kita turun di Line 6 jer...
keluar dari Exit 8 tu, korang ngadap jalan yang di seberangnya adalah Balai Bomba...terus ke kiri (balai bomba kat kanan kita masa ni) dan jalan terusss sampai jumpa pintu gerbang kat bawah ni...itulah pintu gerbang Sindangdong Topokki Street...korang boleh refer direction dalam map atas tu atau refer blog kaklong kawasan kalo tak paham direction aku ni yer...haaa kat kawasan ni memang banyak giler kedai jual topokki...dan kedai Mabongnim Halmeoni Tteobokki yang aku cari memang terletak di belah kiri pintu gerbang ni...tak susah mencarinya....
masa kami sampai ni kedai sunyi sepi...tapi dah buka laaa...almaklum masih awal lagi dan hujan pula tu kan...kedai ni recommended by kaklong memandangkan tiada unsur-unsur harom dijual di kedai ni...so tepuk dada tanya selera ye...masuk jer, terus kami order untuk 2 orang...kat sini minimum order untuk 2 orang...harga untuk 2 orang adalah KRW11,000 sahaja...berbaloi-baloi...
tak lama lepas order, ahjumma pun angkat seperiuk besar toppoki yang belum dimasak...letak atas dapur atas meja tu dan terus masak!dalam periuk ni dia letak mi segera, telur rebus, kuih goreng, fishcake dan sayuran...bila dah panas tu, ahjumma masukkan pes cili...pastu mula laaa bau semerbak yang menggoyahkan nafsu...kehkehkeh...bila dah masak, terus aku ngan sue makan dengan bersungguh-sungguh...sedapnya!makan pula dengan jeruk yang dia bagi tu...sedap sangat...tapi memang besar la portion dia ni, mengah nak abeskan...almaklum pi dengan orang tangki kecik kannn...
bila perut dah kenyang, kami pun bergerak meninggalkan kedai topokki tu...ternampak pula photo spot ni, memang tak lepaskan peluang la kan...bukti dah sampai ke Sindangdong Topokki Street katanyaaa...hehehe comel jer photo spot nih....
daripada Sindang, kami terus menaiki teksi menuju ke Gwangjang Market...harga teksi cuma KRW4,800 sahaja...sampai sana, kami terus menuju ke arah kain-kain...aku pun tak ingat macam mana direction dia...tapi sebab pernah pergi dulu, tu main redah dan jumpa...yang pasti market ni ada 4 penjuru, cari la penjuru yang banyak dengan kain-kain tu...insyaAllah jumpa la nanti...
aku ngan sue berhenti kat kedai ni...nampak macam banyak kain cotton...rasanya kedai ni sama dengan kedai yang kami pergi 3 tahun lalu...harga pun masih sama iaitu KRW10,000 untuk kain cotton 4 meter / 3.5 meter dengan bidang 60 inci...aku pening tengok banyak-banyak kain ni, apa yang orang tu tunjuk, aku amek je 3 helai...lepas tu duduk jaga payung...sue yang sakan memilih!
dah abes shopping kain, kami pun berjalan laaa di sekitar market tuh...meleleh jer air liur nengok makanan yang dijual...paling syok jalan area macam-macam jenis kimci tuuu...terasa macam dalam running man plak!hehehehe pastu nampak plak orang jual pancake sayur tu...nak beli, tapi macam tak berapa konpiden la pulak...pasrah jer laaa lalu tepi diaaa...tapi kami sempat beli buah strawberry kat sini...masa tengah jalan-jalan ni baru perasan yang payung kami dah hilang!rupanya tertinggal kat kedai kain cotton tadi!terpaksa laaa patah semulaaa...
dari Gwangjang Market, kami naik teksi ke Namdaemun Market pulaa...kat sini pantas jer masuk bangunan E-Lengdang tu untuk beli brooch...cari kedai ahjumma nombor 206 kalo tak silap aku...memang famous la ahjumma ni di kalangan orang malaysia...siap lepas kami beli tu, orang tepi-tepi duk panggil kami suh tengok brooch juga...agaknya orang jeles laa ngan ahjumma tu kan...semua orang malaysia datang cari dia...hehehehe!
keluar je dari E-Lengdang tu, kami pun bergerak menuju ke arah Namdaemun Station untuk kembali ke Myeongdong...masa tengah tunggu train ni terserempak pula dengan couple dari malaysia yang duduk sebelah kitorang masa dalam flight...sembang la kan...sakan diorang menyopping rupanya...hehehe!dan akhirnya kami tiba di guesthouse dalam jam 1.30 petang...terus layan milkis dan strawberry sambil merehatkan diri...
oh ye masa kat Myeongdong Station tu sempat laaa aku ngan sue usha poster plastic surgery ni...hehehe giler lah perubahan dia...memang 100% berubahnya...ada orang pernah cakap nak buat plastic surgery kat korea ni dalam KRW400,000 jer!haaa ada sape nak coba?hahahaha!