Tuesday, January 30, 2024

Farhanah Catering, Eco Majestic, Semenyih

okay meh nak share satu kedai makan sedappppp kat Eco Majestic, Semenyih iaitu Farhanah Catering...aku ni takde la tinggi sangat harapan datang sini sebab ada baca revies yang slow servis diaaa...tapi sebab masa tu nak cari makanan Melayu, makanya kami ke sini laaa kan...masa masuk tu ramai la juga orang...so dah dapat agak mesti slow ni hahaha...
dah duduk, nak tunggu staf datang bagi menu dan ambil order je pun dah leh buat aku naik darah yaaa hahahaha masa ni dah cakap, ooo betul la review tu kan hahaha lepas dah order, dalam 15 minit tunggu, diorang datang hantar air dan keropok ni...surprising sedap ya!kami siap minta tambah sepinggan lagi hahaha tapi tak silap aku bukan free tau...masuk bil juga hahaha...
dan dalam 30 minit menunggu makanan baru laa sampai satu persatu...nasi lemak ayam goreng ni nampak macam biasa, tapi sambal dia letopss okay!ayam goreng pun sedap...fresh dan perapan dia sedap...nasi lemak memang lemak sedap...set nasi dengan ikan bawal emas masak sweet sour kot, datang dengan tomyam sayur...ya ampun tomyam sedap ya amat!ikan pun sedapp sungguh la hai...aku amik set sotong bakar pun sedappp...sambal atas sotong tu sedap, 3 jenis kuah dan sambal datang ngan nasi juga sedap sangat...Allahu makan sambil berzikir hahaha Alhamdulillah sedap...nasi kerabu adik aku kata sedap gak...cuma yang panas, makanan mak aku, lebih 45 minit gak tunggu sampai...soto je pun...mak aku dah emo nak suruh bungkus je hahaha tapi sekali hirup kuah, terus berseri muka...dia kata sedap gilaa sebab sup tu sup daging...memang manis dan rich sungguh rasa dia...terus hilang rasa emosi tadi hahahaha...overall makanan memang sangat sedap cuma kena bertabah lambat sikit sampai makanan...mayb sebab ramai orang dan diorang masak fresh, tu yang lambat kot...tapi mak aku ada je ajak pergi lagi hahahaah suka la tuuu hehehee...

6 comments:

  1. Pergi dengan adik haritu sebab dia dah booking tmpt siap dengan lauk. So sampai je terus makan. Takdelah merasa menugggu tu. Food memang sedap kat tekak kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa elok gitu kan, siap order dah masa sampai tu hehe tu la sedap makanan dia...berbaloi baloi...

      Delete
  2. Dapat makanan sedap terus hati tenang kan hihihi....

    ReplyDelete