Wednesday, July 3, 2019

Asap Steambot & Grill, Puchong

ada sekali tu aku ajak Mrs makan...memula nak ke satu kedai western tu sekali dah tutup plak...so Mrs cadang makan kat Asap Steamboat & Grill, Puchong...so aku layan je laaa meredah jammed tuuu...sampai sana dekat Maghrib dah...so Mrs dah siap bayar untuk kami dan dapat tempat duduk dah...aku dah lupa weh berapa harga buffet di sini, tapi aku rasa dalam RM30++ saja...ok la kan...
untuk harga yang dikenakan tu, aku rasa seleksi makanan dia berpatutan..takde laa terlampau banyak sangat...just nice je...ada ruang nasi goreng, mi goreng semua tu...ada gak sosej dan nugget, sup tulang...then ada bahagian segala macam sayur dan mi kering yang belum dimasak gak...then ada 2 peti sejuk penuh dengan segala macam bebola, seafood dan dedaging yang telah diperap dengan pelbagai jenis rempah...then ada sudut dessert gak yang aku pandang sepi masa ni sebab masa ni konon tak makan dan minum manis...hehehe
walaupun tak makan manis, sakan gila aku layan kambing dia malam tu weh!aku tak ambil sangat bebola dan seafood tu, aku memang makan kambing dannn kambingg...ada beberapa jenis perapan kambing dia, seriously terbaik!sangat sedap weh...aku tak ingat berapa pinggan kambing aku ambil dan makan...hahaha gila lah!
sambil makan, sambil bergossip...tetiba ada baby sebelah nanges!rupanya sup panas tu tumpah atas diaaa weh!gila lah sup panas tu weh...huhuu dia main kot sup panas tu, mak bapak plak sibuk makan tak nampak agaknya...huhuhu gila lah mesti melecur kulit budak tu...tak henti dia nanges!huhuhu sian gilaa...dan tak lama lepas tu kami pun beredar dalam keadaan terlalu kenyang...huhuhu abes diet aku!hahaha...pape pun untuk yang suka kambing, sila la terjah tempat ini...sangat berbaloi!

6 comments:

  1. Setuju!
    Pernah makan dekat sini masa mula-mula dia bukak dulu, memang sedap & puas hati.

    ReplyDelete
  2. kalau nak sewa kereta area puchong ke lokasi ni, ada cadanngan syarikat kereta sewa mana ke? lol

    ReplyDelete