Tuesday, January 16, 2018

Kenny Hills Bakers & Didie's Kitchen & Coffee, Kuala Lumpur

penghujung bulan Disember 2017 yang lalu, ada geng kesekian masuk hospital lagik!makanya gegadis kesekian ni gigih laaa amik time off, ada yang amik cuti untuk melawat rakan kesekian yang tak sihat nih...Mrs dan Dzuli duk berkumpul kat Ayer@8, dalam jam 3 petang tu aku datang ambil diorang dan kami gerak ke Kuala Lumpur...sempat menyinggah di Kenny Hills Bakers untuk tapau apa yang patut untuk orang sakit dan perut sendiri...sebabkan berkejar masa, hujan plak tetiba, kami takdan nak ngopi kat sini....tapau je laaa...menarik gak nampak kek dan roti dalam kafe ni...
lepas dah tapau kami pun terus ke Hospital Selayang melawat pesakit...pesakit nampak sihat je sebab doctor comel yang jaga...cuma hidung je terlebih berdarah tiap kali doctor comel datang periksa dia...hahaha sambil lepak sambil kita melayan makan desserts yang dibawa...pesakit makan sikit, kami yang makan lebih sebab lapar weh...tapi ye juga, pesakit kena pantang kan...pastu kacau makanan orang sakit gak....hahaha nasib lah ada tiga kawan gemok, eh tiga ke?hahaha lama gak kami melepak, dari mula masa melawat, sampai habis lah masa melawat...
keluar dari hospital dah maghrib dah...perut dah berkeroncong...so kami decided untuk makan di Didie's Kitchen & Coffee yang terletak di Danau Kota...aku pernah ke sini dulu Didie's Kitchen & Coffee tapi makan dessert je masa tu, so aku buat review sekali lagi laaa untuk makanan kat sini...
sebelum makan, marilah kita usha dulu menu yang ada di sini...mostly makanan dia adalah western food laaa...ada pasta, ada pizza dan macam-macam lagi...then ada juga pilihan untuk kopi dan juga dessertsss...looks yummy kek dalam chiller diaaa...tapi sebab dah makan banyak benda manis kat hospital tadi, pandang sepi je la dessert kat sini...
so malas panjang cerita, layan je la menu kami malam tu...Dzuli makan Grilled Cheesy Chicken (RM17.00), aku makan Lamb Pasta (RM31.00) dan Mrs makan Lamb Rack (RM28.00)...pada aku makanan dia ok laaa...takde la sedap gila, tapi ok...cumanya aku rasa harga dia agak mahal berbanding portion dia tu...ketiga-tiga mokcik gemok rasa tak kenyang dan puas makan...siap plan nak singgah mamak on the way balik tu kan...hahahaha dasar gemok!eh. hahahaha...

No comments:

Post a Comment