Friday, January 12, 2018

Tahun 2018, Tahun Aktiviti Outdoor

hahaha masuk je tahun 2018, aku terus pergi daki Gunung Datuk di Rembau yang hazab gila tu!seminggu kemudian naik pula Bukit Senaling di Kuala Pilah...then esok nak naik pulak Bukit Gasing V2.0...haaa gitu tau...kononnya nak training untuk daki Gunung Kinabalu pada Februari 2018...sekali dapat tau Koyak Outdoor, company yang kami dah bayar booking untuk ke Gunung Kinabalu sejak pertengahan tahun lepas, tak dapat tempat untuk kami pada tarikh yang ditetapkan...ganti pulak dengan date bulan September yang musim hujan kat sana...memang taknak la pergi kan...lagi bini Aju nak bersalin masa tu...memang frust gila kot...aku tak tau la diorang tak buat kerja ke, sistem kat sana yang problem ke...tak tauuu, yang aku tau, walaupun aku cuak macam tak ready, tapi tetap frust dan tak puas hati...sebabnya dah booking lama gilaaa...next time memang takkan ambil dengan company ni lagi lah walaupun orang cakap okay je...frust seh...nasib baik dia bagi full refund...huhuhu eh panjang pula membebel...

cerita pasal Gunung Datuk, Bukit Senaling dan Bukit Gasing V2.0 akan diceritakan kemudian yaaa...sekarang ni niat aku tulis post ni sebab nak share aku punya excited ni pasal aktiviti outdoor...sebabnya masa aku duk cari info pasal hiking, tetiba aku jumpa blog In A Nutshell yang cerita pasal hiking di beberapa bukit dan gunung yang memang ada dalam next plan aku...tengah duk usha-usha tu, ternampak link Hiking & Outdoor Log nih...aku tengok panjang gila list bukit, gunung, air terjun dan outdoor activities yang dia dah buat!terus seronok gilaaa...terus dapat idea untuk next next next plan!hahaha terus excited, terus rasa nak isytihar tahun 2018 menjadi tahun aktiviti outdoor aku...gitu kann...mesti Ab dengan Aju kaget baca ni, mesti diorang cakap aku kena sampuk dengan hantu Gunung Datuk ni...hahahaha...entah la, tetiba semangat nak aktiviti outdoor ni, sedangkan aku bukannya rajin sangat selama ni kan...tapi rasanya dah sampai masanya, untuk aku mencabar diri sendiri buat benda-benda yang aku tak suka dan takut selama ni...running dah start, hiking pun dah start...so now masa untuk buat aktiviti baru dan teruskan apa yang dah dibuat...haaaa pastukan nak bagitau gak, tahun lepas aku sempat sahut cabaran diri sendiri untuk main extreme ride terutamanya roller coaster!hahaha berjaya laksanakannya kat Sunway Lagoon pada hujung tahun 2017...nanti aku story pasal tu eh...hahaha...

so kat sini aku nak listkan laaa mana aku teringin nak pergi dan buat pada tahun 2018 nih...aktiviti running kumpul medal tu aku nak hentikan buat seketika lah...kita fokus kat aktiviti lain pula kannn...tapiiii kalo ada rezeki dan kudrat, nak cabar diri hujung tahun ni masuk Half Marathon!hahahaha matiklaaa azam 2018 kah ini?hahahaha ok let see penghujung 2018 mana yang tercapai eh...mampukah perempuan gemok ini menawan bukit dan gunung yang disenaraikan serta membuat aktiviti outdoor yang diinginkan sekaligus mengatasi ketakutan diri sendiri pada benda-benda extreme niiii sertaaaaaaaaa nak lari 21 KM untuk Half Marathon...kahkahkah tinggi nauuu cita-cita aku ni....insyaAllah sis cobaaa...doakan aku ye!muahciked!

Hiking Bukit dan Gunung
Gunung Datuk, Rembau
Bukit Senaling, Kuala Pilah
Bukit Gasing V2.0, Petaling Jaya
Bukit Jugra, Selangor
Gunung Nuang, Hulu Langat
Bukit Batu Chondong, Kemensah
Bukit Melati, Nilai
Bukit Ketumbar, Cheras
Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu
Bukit Panorama, Sg Lembing
FRIM Canopy Walkway, Kepong
Gunung Irau, Cameron Highlands - repeat!
Bukit Tabur, Kuala Lumpur
Gunung Kinabalu, Sabah - bukan tahun 2018 laaa...

Outdoor Activities
ATV Adventure Park, Kemensah
Gua Batu Maloi, Johol
Gua Tempurung, Gopeng
White Water Rafting & Caving, Gopeng
Go Kart
Drive 4X4 Offroad, Batang Kali
Paragliding di Bukit Jugra / Kuala Kubu Bharu
Tadom Hill, Banting
Taman Negara Pahang

No comments:

Post a Comment