ya Ampunn...sebabkan cerita dah lama, malasnya laaa nak mulakan cerita...hasilnya hari tu beriya menaip blog, terus terhenti...hahahaa sedangkan banyak tempat menarik aku nak share dalam trip ni...rasa sayang pula nak skip!hehehe ok aku kuatkan semangat balik, sambung ceritaaa...hehehe...
Sambungan dari: Food Tech Trip: Alor Setar, Kedah
daripada Penang, kami terus menuju ke Taiping...sebelum sampai Taiping, kita menyimpang sikit menuju ke Kuala Gula yang terletak di Bagan Serai, Perak...niat di hati ke Kuala Gula ni haruslah nak melayan ketam lembut atau nama sosial dia ketam pondan atau nama omputih dia soft shell crab!hehehe kat Kuala Gula ni popular tau dengan ketam lembut ni...sampai Kuala Gula, terus menuju ke Restoran JS Muara...
Sambungan dari: Food Tech Trip: Alor Setar, Kedah
daripada Penang, kami terus menuju ke Taiping...sebelum sampai Taiping, kita menyimpang sikit menuju ke Kuala Gula yang terletak di Bagan Serai, Perak...niat di hati ke Kuala Gula ni haruslah nak melayan ketam lembut atau nama sosial dia ketam pondan atau nama omputih dia soft shell crab!hehehe kat Kuala Gula ni popular tau dengan ketam lembut ni...sampai Kuala Gula, terus menuju ke Restoran JS Muara...
aku pernah datang sebenarnya ke Kuala Gula ni pada tahun 2011, tapi kecewa gila drive jauh-jauh dari Taiping, sekali sampai ketam lembut dah abes...huhuhu so kalo rasa taknak menyesal korang leh call dulu sebelum datang...tapi kali ni kami gamble jer, nasib baik ada rezeki...hehehe usha menu kejap dan terus order!
kami order ketam lembut goreng tepung dan masak pedas dan 2 jenis sayur...total makan adalah RM80 saja...tapi pada aku masakan dia ni macam berat sikit menyebabkan hilang rasa manis ketam tu...kalo masak light-light sikit, tepung pun tak payah banyak sangat, aku rasa better kot...tapi ni masakan ala melayu kan...hehehe...yang masak pedas tu pun lembik ketam dia, so tak sedap sangat...aku prefer goreng tepung...so rangup-rangup...masa pergi ni tengah acah-acah diet dalam program Jom Kurus, so sayur pun order sampai dua kauu...hahaha cuba skang ni, kelaut diet...puihhh...hahaha...
perut dah kenyang, kitorang teruskan perjalanan ke Taiping...dalam jam 10 malam di Tune Hotel, Taiping...booking online jer bilik untuk 4 orang...complete semua ada...sangatlah selesa untuk merehatkan diri...lokasi pun kat Taiping Sentral, sempat la kitorang terjah pi beli seluar dan baju kejap...hehehe
keesokan harinya, siap check out jam 8.30 pagi dan perjalanan Food Tech di Taiping dimulakan dengan food sensory session di Restoran Bismillah!restoran sejak nenek moyang aku ni memang menjadi tempat wajib aku kalo ke Taiping!layan roti canai dengan kuah hitam istimewa dia tu...memang sedap!tak dapat kat tempat lain ni...nyummeh!
lepas dah kenyang, kitorang menuju ke Aun Tong a.k.a Antong Coffee Mill yang merupakan kilang kopi tertua di Malaysia ni...dikatakan telah beroperasi sejak tahun 1933 lagi...kilang kopi ni kini dibuka kepada pelancong yang nak tengok sendiri cara pembuatan kopi secara tradisional sambil merasa sendiri kopi yang dihasilkan di kilang ni...haaaa turun je dari kereta, semerbak bau kopi menyucuk ke hidung...sedapnya!haaa rupanya diorang proses kopi secara tradisional kat bangunan depan tu je...
tapi tak sempat terjah tempat kopi diproses, staff di situ pelawa kami ke bahagian kedai kopi dulu...katanya boleh cuba rasa pelbagai jenis kopi yang ada di sini!haaa haruslah tak lepaskan peluang kan!mencoba pelbagai jenis kopi, siap ada cicah biskut roti jari kau...semuanya percumaaa...siap mintak tambah, macam minum pagi plak kan...hehehe macam-macam jenis kopi yang kami rasa, dan paling istimewa ada kopi durian tau...semuanya sedap-sedap belaka...staff yang layan kami tu pun kemain ramah!
lepas dah mencuba rasa kopi tu, kita leh juga la membeli Antong Coffee di sini...banyak pilihan kopi yang ada...ada serbuk kopi, ada 3 in 1, 2 in 1 pun ada...haaa pilih je laaa nak yang mana...harga pun amatlah berpatutan...
lepas dah beli kopi, sempat la menjengah ke atas rumah pusaka diorang ni...memang oldschool abes!layan je la tengok banyak peralatan lama yang masih dikekalkan di sini...katanya sekarang ni jadi macam admin opis diorang laaa...
selesai melawat rumah lama tu, kitorang nak menuju ke tempat pemprosesan kopi...tapi sempat la bergambar kat mural yang ada di kawasan situ...ada juga diletakkan basikal yang digunakan dalam menjual kopi zaman dolu kala...layan...
masuk ke kawasan pemprosesan kopi, ada staff yang layan kami...dia bagi penerangan mengenai operasi kilang kopi secara tradisional ni...diorang masing menggunakan mesin lama kat kilang ni...siap gunakan satu motor jer tau untuk gerakkan ada 7 mesin dalam kilang ni...staff situ pun terangkan pada kami dari biji kopi tu dibakar sampai la dia dikisar menjadi serbuk kopi untuk kita bancuh menjadi minuman tu...fuhhh menarik gila aku rasa kilang kopi ni...aku tak tau la aku bias sebab aku seorang food tech ke kan!hahaha...tapi seriously, zaman moden skang ni mana nak dapat dah wei tengok teknologi macam ni...
dekat 2 jam jugak la kami melepak di Antong tu, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnyaaa...hehehe sempat singgah di Stesen Keretapi Lama Taiping yang merupakan salah satu historical building di sini...saja nak abil-ambil gambar di sini...
dan kemudian kami menuju ke Lake Garden!haaa datang Taping ni, tak sah kalo tak singgah kat Lake Garden tau...sempat la aku tunjuk kat diorang tempat aku main zaman kecik-kecik...hehehe cuaca masa ni pun mendung jer, syiok la tak panas sangat...kat Lake Garden ni ada banyakkk tempat kita nak pergi...
antara yang aku sempat bawa diorang adalah ke War Cemetary...singgah kejap je laaa untuk ambil gambar masa dalam perjalanan nak ke Maxwell Hill tu...kat sini takleh lama sangat sebab sunyi dannnn serammm...hahahaha
then kami ke Maxwell Hill atau juga dikenali sebagai Bukit Larut...niat di hati nak naik jeep menuju ke puncak bukit...sekali masa kami sampai tu dah tengahari Jumaat, so diorang dah henti kan servis jeep!huhuhu sedih...nama nak mendaki sendiri memang tak la kann...hehehe so snap gambar sikit, kita cabut...
dari Maxwell Hill kitorang ke Burmese Pool!aku tak pernah pi sini, tapi bila tengok gambar macam cantik jer, harus nakpi terjah...jauh gak berjalan dari parking sampai ke Burmese Pool ni...turun naik bukit kecil, redah hutan...hehehe penat juga lah...
sekali sampai di Burmese Pool tu, eh ni je ke?nape dalam gambar kemainnn cantik?hahaha tipah tertipuuu...atau kitorang yang tak reti ambil gambar?entah laaa...nama tempat ni Burmese Pool aku ingatkan kolam betul la, rupanya sungai tapi sebabkan pembentukan batu kat situ yang membentuk kolam tu...gituu..hehehe sebabkan dah penat, kitorang layan lepak kat situ jap laaa...
then kitorang pi pusing balik Lake Garden...stop di area pokok besar-besar untuk ambil gambar...sambil fefeeling layan perasaan...hahaha aku suka Lake Garden ni...penuh dengan memori daun pisang semasa kecil....
setel layan perasaan di Lake Garden, perut pun dah lapar...seterusnya kami menuju ke Kuala Sepetang untuk mencari Mee Udang Mak Jah!haaa sampai sana pun dalam jam 12.30 tengahari...memang ngam-ngam masa lunch!
memasing order menu mengikut tekak masing-masing...ada yang order mi udang, ada yang order kue teow udang, mihun udang dan nasi goreng udang...nyum nyummmm...boleh laaa, takleh lawan mi udang Sg Dua pada tekak aku...hahahaha...
dah kenyang tu, kitorang pusing dalam pekan Kuala Sepetang...kecil gila pekan ni...gigih pusing-pusing semata nak mencari signage Stesyen Keretapi Port Weld yang merupakan stesyen keretapi pertama di Malaysia!haaa aku ingat ada la lagi bentuk stesyen nya, rupanya memang tinggal signboard je, tu pun celah-celah kedai dan rumah orang...hehehe masa ni hujan turun, tapi tetap gigih ambil gambar tau...
dan lepas tu kitorang pergi ke Kilang Arang yang terletak di Kuala Sepetang ni...habes kau semua kilang nak terjahkan dalam trip ni...hehehe ada banyak kilang kat sini, kami main masuk je ikut gerak hati...rasanya semua benarkan pelancong masuk...masuk sini memang bau asap je la weh...leh buat sesak nafas la jugak...hehehe
kat dalam kilang ni kita leh tengok banyak chamber yang dibina daripada tanah liat untuk bakar kayu menjadi arang ni...masa masuk ni takde sape layan kitorang...ada las atu group tu diorang tengan entertain tapi diorang cakap cina!kami mana paham...so kita jalan pusing sendiri je laa...sambil ambil gambar...
sekali masa jalan-jalan sampai belakang tu, terjumpa sorang pakcik yang kerja di sini...dia laa yang melayan kami menceritakan bagaimana arang kat sini dibuat...wah terkejut tau dengar arang-arang kat sini kualiti tinggi tau...so kebanyakannya dieksport ke luar negara...katanya kayu getah yang dah berusia 25 tahun yang akan digunakan dalam menghasilkan arang ni!kayu dibakar dalam chamber tu selama 20 hari, dan kemudian disejukkan dalam masa 10 hari dalam chamber tu...dahsyat kan...panas kat kawasan chamber ni, peluh-peluh kami...pakcik yang kerja situ lagi la...huhuhu...sobss...
dan keluar dari kilang tu, sempat la jengah kat gerai orang menjual arang...tapi kat sini diroang jual minyak wap arang tu, katanya untuk gatal-gatal...then arang plak dijual untuk perangkap bau busuk!leh letak dalam kereta katanya...
dan kat luar tu sempat laa lagi kita acah-acah posing di kayu kayan yang banyak tu...hahaha actually sebabkan gambar kayu ni la aku teringin nak ke kilang arang ni...aku tengok kat mana tah dalam internet...hahahaha...
dan kemudian, sebagai mengakhiri trip kami di Taiping ni, kitorang ingin menerjah satu lagi kilang iaitu Kilang Air Sptitzer yang terletak di Spritzer Eco Park...tapi punya lah patah hati bila sampai jer, diorang cakap takleh masuk!nak masuk kena buat reservation awal...huhuhu sedihnyaaa...pasrah la amek gambar luar kilang je...nak usha ecopark pun takleh sangat sebab hujan...sudahnya, taklama pun kat situ, dan kemudian kami terus bergerak ke destinasi seterusnyaaa iaitu Cameron Highlands!
DJ;
ReplyDeleteRoti canai kuah hitam ... aiiyyoooo very the legend !!!! Kita dari Grik Perak ... so masih teringat kalau Ayah belanja roti canai, kuah hitam dia sedapnyyyyaaaaaaaaaaaaaaaa
Tak tau ada lagi ker tak di Grik ... tapi now dah tau ada kat Tepeng !!!
Oh kat Gerik pun ada roti canai kuah hitam keee...ate memang orang perok makan cicah kuah hitam ke...ingat kat tepen je macam tuuu...hahahaa...kat Tepen tu memang berzaman dan sejak moyang saya enghaz...hehehehe
Deletefrom Tepeng with love..memori daun pisang jg ni...tempat transit nak balik kpg di Selama..
ReplyDeleteahkak dpt souvenir arang yg letak dlm keta tu..hihi..
haaa best kan tepen ni...nyaman dan tenang...sejukkk jeee...hehehehe nostalgik betul bandar dia ni....hehehehe
Deleteterbaik..semua dapt terjah.
ReplyDeleteorg perak pun tak sampai lagi ni....huhuhu.
satu lagi tempat makan mee udang/ ketam di Tanjung Piandang ..merecikk.
Hehe eh yeke kak. Xpnh dgr lg tmpat tu.harus terjah next time. Hehehe
Delete