Tuesday, April 12, 2016

Balqis Restaurant, Ayer@8, Putrajaya

satu lagi kedai baru dibuka di kawasan Ayer@8 ni iaitu Balqis Restaurant...restoran yang berkonsepkan makanan middle east ni terletak di sebelah Omar Ali, berhampiran dengan Serabei...haaa dah beberapa kali usha restoran ni tapi tak pernah masuk sampai laaaa tengah bulan March aritu aku bawa konsultan makan kat sini...punya la dia suka...tapi sayangnya, tak sempat aku upload cerita, handphone aku hilang masa gigih berzumba!abes semuaaa gambar pun hilangggg...huhuhu nasib baik beberapa minggu lepas tu, big boss nak belanja semua anggota cawangan dan minta aku pilih tempat, terusssss aku suggest restoran ni!hahahaha....
disebabkan dah tau apa yang best, aku repeat jer same menu dengan pertama kali pergi...cuma kali ni ada 11 orang, so aku buat 3 portions la makanan tuh...urusan order semua aku uruskan...big boss memberikan sepenuh kepercayaan pada Host Abadi JJCM ni...hehehe ok malas cerita panjang, jom layan makanan yang aku order!first sekali sebagai pembuka selera, aku order Shashuka (RM10)!haaa telur yang dimasak dalam kuah tomato dan dimakan bersama dengan roti...nyum nyum...sedap!
kemudian untuk main course, aku order Haneeth Lamb Rice (RM20) dan Half Mandi Chicken Rice (RM23)...sila rotate kepala anda untuk gambar di bawah ni sebab penat dah aku rotate, dia duk lagu tuuu jugak...hehehe kambing tu paling win pada aku!lembut gila dan sedappp...ayam tu biasa jer la pada ku...tapi kat restoran ni dia ada sediakan sambal tomato biasa orang makan ngan nasi arab tu kan, then dia ada sekali sos gitu tapi yang pedas punyaaa...haaaa sos tu laaaa yang sedap gila pada aku dan menambah seri kepada nasi-nasi arab ini...letak la banyak-banyak kat meja kitorang, abesss licin!hehehe
kemudian sebagai penutup, aku order juga Beef Pizza bersaiz 9 inches (RM12)...ada juga saiz besar pizza ni...haaaa pizza ni pun diakui sedappp oleh semua orang!hehehe tapi jangan la compare dengan pizza itali tu kan...tapi untuk aku yang ni pun dah cukup sedap...lembut, panas, banyak cheese...nyummeh!again sila rotate kepala anda untuk menikmati pemandangan indah di bawah ini...hehehe
masa kitorang pergi ni ramai gila orang....so ada laaa air tu tak dapat, air ni tak dapat...order baklava sebagai pemanis mulut pun tak dapat...tapi takpela, semua dah kekenyangan gila, tak mampu dah nak berdessert bagai...tapi aku pernah makan baklava (RM15) dia masa first time datang tu, not bad juga laaa...hehehe...overall aku rasa makanan kat sini sedap la dan harga berpatutan...korang kalo ke Putrajaya tu, leh la usha-usha restoran ni yer...haaaa ok bila dah kenyang, dikesempatan ini nak ucap mekasih big boss sebab belanja kitorang makan!next time belanja lagi yer...hehehe eceh ucapan macam kan big boss baca blog ni kan...kalo baca, matiklaaa aku....report malas nak siapkan, nulis blog rajin plak kan...hahahahaha...daaaa....

8 comments:

  1. Aku tertunggu2 review eidboutiquecafe benornya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu kna tggu laaa...ada bbrpa kdai xreview lg nih....hehe

      Delete
  2. Opis DJ takde staf leleaki ker... semua kak bedah je... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ader je tp cawangan ktorg xde...big boss je la kumbang...

      Delete