Monday, October 5, 2015

Cảm ơn Vietnam :: Day 1.2 :: Hanoi Tour with Hanoikids Part 1 - Hoan Kiem Lake, Vietnamese Women's Museum & Hoa Lo Prison Museum

Sambungan dari: Cảm ơn Vietnam :: Day 1.1 :: KLIA2 to Hanoi, B&B Hanoi Hostel dan Little India Restaurant, Hanoi

tepat jam 2 petang kami bertiga turun ke lobi hostel...tengok dah sampai dah 2 orang adik dari Hanoikids yang akan bawa kami ronda-ronda bandar Hanoi petang nih...haaa apa Hanoikids tu?meh nak cerita ni...Hanoikids merupakan sebuah organisasi yang dijalankan oleh student bagi tujuan untuk improve english diorang...banyak lagi la tujuan Hanoikids ni, tapi salah satunya adalah untuk improve english dan confident dengan bawa travellers dari all over the world menjelajah Hanoi nih...haaa menarik kan...nak tahu lebih lanjut mengenai Hanoikids ni, leh terjah website mereka...
untuk booking tour dengan Hanoikids ni, korang boleh buat reservation menerusi website mereka...nanti boleh la nak pilih 1 day tour ke, half day tour ke...bergantung kepada kita...disebabkan mereka ni voluntary organisation, diorang tak require any charge pun tau untuk tour nih...maknanya budak-budak Hanoikids ni akan bawa kita jalan-jalan dalam Hanoi secara FREE!haaa tak ke menarik tuh...hehehe cuma kita perlu sediakan laaa perbelanjaan semasa tour tu macam makan minum kita, admission fee dan shopping...ada certain tempat kena bayar fee untuk diorang sekali, tapi tak mahal pun sebab diorang ada student card...pastu masa buat reservation tu diorang tanya juga willing untuk naik taxi ke tak...kalo yes, nanti kita la bayar teksi tu...ok je kann...

dannn adik-adik Hanoikids yang bertuah menemani kami pada petang tu adalah Vu Dung dan Mai Thanh Trinh...Vu Dung ni comel sangat ok...hahaha akak sukaa....dia kira senior la, dah bawa lebih 300 tours!perghhh...Mai Thanh Trinh ni pula baru beberapa tour saja, so dia follow senior la untuk belajar selok belok bawa orang tour ni...lepas bincang sekejap mana nak pergi, kami pun gerak bersama-sama menuju ke Hoan Kiem Lake...

masa dalam perjalanan ni macam-macam la bersembang ngan diorang ni...rupanya diorang ni semua student unversiti...Vu Dung budak accountancy dan tengah buat profesional course tu apa namanya CPA kot...kebetulan liana pun baru abes course tu, gigih la kakak bagi nasihat ke adik kan...hehehe Mai Thanh Trinh pula budak law...katanya ambil law sebab mak abah suruh...hehehe dini ex-student undang-undang, so gigih la mereka bersembang...aku?sedihhh takde sape ke nak amek food science hoih!hahahaha...dan dalam perjalanan menuju ke Hoan Kiam Lake tu kami terjumpa tugu Ly Thai To yang merupakan salah sorang maharaja yang hebat la dalam sejarah Hanoi ni...nak tau lanjut, korang pi Google ye...aku singgah ambil gambar je kat sini...hahaha...
dan berhadapan dengan tugu Ly Thai To tu la terletaknya Hoan Kiem Lake yang membawa maksud The Lake of the Returned Sword...terdapat lagenda pasal ada Golden Turtle God yang duduk dalam tasik nih...dan kat tengah-tengah tasik tu ada dibina Turtle Tower sempena memperingati lagenda ni...dan sekarang tasik ni dah jadi salah satu tarikan utama untuk warga local dan pelancong yang melawat Hanoi ni...tenang dan nyaman je kat sini...
kat tepi tasik ni ada banyak bunga-bunga berwarna-warni yang ditanam...kami ambil kesempatan berehat sekejap kat sini sebab mengah jugak hoih berjalan dari hostel ke sini...takde la sampai 1 km, tapi yang semput sebab duk ngejar Vu Dung yang jalan laju tu...sambil tu duk bersembang lagi kan, tak sempat bernafas!hahaha...
lepas beberapa ketika melepaskan lelah, kami meneruskan perjalanan...masa ni tak koser dah nak jalan ngan Vu Dung...akak semput...hehehe kasik chance laaa liana yang asyikkk nak berkepit ngan Vu Dung tu kann...hahaha....
selepas 1.3 km berjalan dari hostel, kami sampai di destinasi seterusnya iaitu Vietnamese Women's Museum...sebenanyanya bukan la nak sangat pi museum ni, tapi dalam masa yang singkat ni kan, ni je yang aku nampak kena dengan itinerary kami...hehehe...plan asal nak ke Ho Chi Ming Mausoleum, One Pillar Pagoda, Imperial Citadel of Thang Long, Temple of Literatur dan Vietnam Museum of Ethnology tu jauh sikit dan kena naik teksi dan time consumed...tu batalkan hasrat tuh...hehehe sampai di Vietnamese Women's Museum ni kena bayar tiket harga VND30,000 saja seorang...masa ni tak perlu bayar pun tiket budak-budak ni...diorang masuk free...museum ni dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Isnin hingga Ahad...
kat dalam musseum ni tak banyak kami ambil gambar...duk layan tengok pameran yang disediakan...ada beberapa tingkat museum ni...terbahagi kepada 3 bahagian iaitu mengenai peranan wanita dalam keluarga, wanita dalam sejarah Vietnam dan juga fashion wanita di Vietnam...sambil berjalan dalam museum ni, Vu Dung tak henti ceritakan macam-macam cerita...baru la kami tahu yang wanita Vietnam ni kira hero juga la dalam memperjuang dan mempertahankan negara...hebat...hebat betul budak Vu Dung tu hafal sejarah Vietnam tau...ko tanya la apa pun, semua dia boleh jawap siap dengan fakta okeh...aku memang panggil dia kamus bergerak lah...tak sia-sia muka hensem tau bila otak berisi...eh...hahahaha!
masa kat museum ni baru aku tahu ada lebih 50 etnik di Vietnam ni tau...dan kebanyakan mereka yang di bahagian utara Vietnam ni, banyak dipengaruhi unsur-unsur China...ye la dah berhampiran kan...pakaian juga melambangkan etnik di dalam masyarakat Vietnam ni...
kami takde la spend masa lama sangat dalam museum ni...lagi tengok muka si dini dan liana tak berapa nak excited kan dalam tu...aku je yang gigih mendengar cerita Vu Dung...hahaha...oh ya, important point, toilet dalam museum ni ada paip air okeh...hahaha...best!
dari Vietnamese Women's Museum ni, kami berjalan kaki lagi menuju ke Hoa Lo Prison Museum...seronok juga berjalan kaki ni, dapat usha kedai-kedai kat Hanoi ni...dan paling best baru perasan yang banyak gila kedai kopi kat Hanoi ni dan meja kerusi kedai kopi ni semua pendek-pendek!hahaha comel hoih...tapi terpikir gak, muat ke aku nak duduk kalo kerusi kecik gitu...hohoho....dan macam biasa, liana takleh berpisah ngan Vu Dung...tak dan aku nak masuk jarum tau, dia conquer abes mamat tuh...hahaha...
dalam beberapa ratus meter lagi berjalan, aku ngan dini dan sangap dah...ikut hati nak tahan teksi jer...hahaha tapi jaga air muka depan adik-adik Hanoikids ni, terus tak jadi...sampai di Hoa Lo Prison Museum ni kami terus beli tiket berharga VND30,000 per person...untuk budak-budak tu pun kena charge juga sorang VND15,000 seorang dengan student card...kita la bayarkan kos tu untuk mereka...
sebelum kita masuk dalam penjara cinta ni, kita photoshoot kejap depan penjara...hehehe comel pula warna penjara ni kan...sekarang la nampak comel kan, zaman dolu-dolu penjara ni juga lebih dikenali dengan nama Hell's Hole...penjara yang digunakan oleh French colonists untuk penjenayah politik, dan kemudian digunakan juga masa perang Vietnam untuk tahanan tentera US...
suasana agak suram la dalam penjara ni...banyak ditayangkan pameran, peralatan, gambar-gambar dan cerita zaman French colonists yang penjara kan orang Vietnam kat sini dulu...dan lepas tu penjara ni digunakan oleh tentera Vietnam untuk menahan tentera US plak...dan katanya penjara ni mendapat jolokan nama Hanoi Hilton di kalangan orang US masa tu....
ada bahagian dalam penjara ni letakkan patung banduan...dah le keadaan penjara suram, mak aih seram jugak rasanya duk tengok patung-patung tuh...hohoho siap ada sel-sel lama yang menempatkan patung banduan tu pun mencuakkan sikit la aku nih...hehehe almaklum, intai-intai lobang kecil, ternampak 'orang'....mau tak berdebor...
dikatakan juga penjara ni tak berapa nak berjaya menahan semua banduan sebab saban tahun banyak jer yang lepas lari...dan salah satunya dengan kaedah yang ditunjukkan ni...gigih tau banduan potong besi nak lari dari penjara nih...
again muka makcik dua orang tu tak berapa nak berseri la bila kena masuk tempat-tempat ilmiah dan sejarah macam ni kan...hahaha...nak buat camno, aku yang buat itinerary kan...kan...hahaha...takpela, lepas ni kita buat something yang lebih fun yer!so ke mana kita seterusnya?haaa nak menjejak tempat minum kopi yang famous katanya di kota Hanoi nih...mohh kiter!

4 comments:

  1. untung la DJ dapat tour guide comel dan free pula

    ReplyDelete
  2. Indahnya tasik.... seronok bersantai2.... teringt plak citer shawshank redemption bil tngk penjara tu.... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg syok laaa melepak tepi tasik ptg2 ni kan...hehehe

      Delete