Tuesday, October 13, 2015

Cảm ơn Vietnam :: Day 1.3 :: Hanoi Tour with Hanoikids Part 2 - Giang Cafe, Hanoi Old Quarter & Kim Lai Coffee


keluar dari Hoa Lo Prison Museum, Vu Dung tanya nak ke mana lagi...terus kitorang jawab nak minum kopi!pastu dia tanya lagi nak jalan kaki ke naik teksi...laju je jawab teksi kann...tak larat dah hoih berjalan...terus dia bawa kami ke jalan besar sikit untuk cari teksi...memula aku ingat kami kena naik 2 teksi la sebab ada 5 orang kan...sekali rupanya ada teksi besar kat Hanoi ni...muatla semua sumbat masuk dalam 1 teksi...masa dalam teksi ni aku duk tanya la diorang berapa umur...sekali ko, terus rasa tuaaaaa bila umur diorang ni semuanya awal 20an...sobss...terus pandang Vu Dung sebelah mata je la lepas tuh...hahahaha...

aku ada request kat Vu Dung nak cuba Egg Coffee yang famous di Hanoi ni...terus dia tau je dan bawa kami menuju ke Giang Cafe yang terletak di No 36, Nguyen Huu Huan Street...masa jalan kaki ke cafe ni, aku ternampak Lam Cafe di hadapan Giang Cafe ni...Lam Cafe merupakan the oldest coffee shop in Hanoi...rupa paras dia pun agak tak menarik dan banyak local minum kat situ...aku ada niat gak nakpi situ, tapi bila tengok cafe dia terus batal hasrat...hehehe...oh ya kos teksi dari Hoa Lo Prison ke Giang Cafe adalah VND42,000...

sampai di Giang Cafe ni, kecil jer entrance dia...rupanya kena masuk ke belakang dan naik ke belah atas...nampak jer tempat duduk kat atas tu aku dah excited sebab kerusi kecik tu!comel gila hoih...cuma terpikir, tak semput ke duduk lama-lama camtu bagi orang-orang berperut besar macam aku nih...huhuhu....tapi pikir balik, ada ke orang Vietnam yang gemok?macam takde jeee...
dah duduk terus la kami order minuman...aku, dini dan liana terus order egg coffee...tapi Vu Dung dan Mai Thanh Trinh order air buah apetah, peach ke apricot tah...aku tak ingat...katanya panas dan dahaga, lagi sedap minum air buah...tapi kitorang kan tourist, mest nak cuba minuman special situ kann...sambil tunggu minuman, memasing duk keluar hp dahhh...cafe kecil ni ada wifi ok...satu aku perasan, kebanyakan kedai makan walaupun kecil memang akan ada wifi di Hanoi ni...terbaek!
tak lama menanti, sampai laaa minuman kami...nampak egg coffee ni?pekat dan likat!tegukan pertama jer, dini dan liana tak nak minum dah...hahaha rasa telur dia agak kuat laaa...terus diorang pi order air buah sama macam budak-budak Hanoikids tu...aku juga laaa yang kena abeskan egg coffee tu kan....pada aku egg coffee ni menarik gak, sebab lain kan...rasa dia creamy la sebabkan telur tuh...ada la bau telur sikit, tapi aku boleh jer tahan...memang pekat giler la, so kalo dahaga tu memang tak hilang laaa lepas minum egg coffee ni...air buah diorang order tu sedap gak....
masa sembang tu, Vu Dung ada tanya pasal Islam...dia cakap dia tau kitorang boleh makan makanan halal jer...dia pernah bawa ramai juga muslim untuk tour sebelum nih...wah bagus betul si Vu Dung nih...well experienced...dannn total kami semua minum di Giang Cafe ini adalah VND180,000...macam mahal juga la kan...mungkin orang tu tengok tourist kot...kasik la harga mahal sikit...pasrah jer laaa...tapi experience lepak kat coffee shop dengan kerusi rendah tu memang menarik pada aku....
dari Giang Cafe, kami request pada Vu Dung untuk cari tempat beli kopi yang best untuk bawa balik ke Malaysia...kami ikut jer la langkah dia menyusuri kedai-kedai di kawasan Old Quarter Hanoi tu...agak berselirat wayar kat kawasan ni...rimas jer tengok...huhuhu pastu kedai dia macam rapat-rapat dan padat...masa kami berjalan ni, bila nak lintas jalan cuak gak sebab banyak motor...sini memang banyak gila motor tau...so Vu Dung bagi tips, kalo nak lintas jalan, jalan jer terus jangan berhenti tengah jalan sebabkan takut...konpiden jer jalan sebab nanti motor tu yang elakkan kita...kalo kita duk teragak-agak or terjerit-jerit ketakutan kat tengah jalan tu sebenarnya lagi bahaya kata Vu Dung...dan aku memang dah try tips Vu Dung ni memang berkesan...
masa tengah jalan-jalan ni ternampak orang jual laici tepi jalan...terus dini dan liana nak beli...harganya murah jer VND40,000 untuk sekilo...orang kata laici terbaik di Vietnam ni adalah di Hanoi dan kebetulan masa kami datang ni adalah musim laici...rezeki...
selepas beberapa ketika berjalan, akhirnya kami sampai di Kim Lai Coffee...masuk jer terus semerbak bau kopi...wahhh sedapnyaaa...kat sini pun ada kopi luwak weh...ingat indon jer ada...tapi kitorang nak kopi vietnam laa, taknak kopi luwak...
kemudian kami dijemput duduk dan diorang offer nak hidangkan kopi...terus kami setuju!hidang free tau...kami cakap la nak kopi paling best kat sini...jadinya adalah 2 jenis yang dihidangkan kepada kami...ada yang jenis terus bancuh, then aku request kopi yang gunakan penapis vietnam tu...menarik sangat kan kekdah minum kopi guna penapis tu...tapi lama-lama hilang sabar gak la sebabnya lembab giler baru nak dapat minum kopi...setitik demi setitik kopi tu turun dari penapis...hohoho....kopi yang aku beli kat sini harganya VND200,000 sepaket tapi memang sedap gila kata adik aku bila dia minum kat Malaysia...berbaloi-baloi...dan memang standard la kalo beli kopi paket kat Vietnam ni diorang akan bagi penapis tu secara percuma...kalo diorang tak bagi, sila minta tau...
habis minum kopi, ingat nak berpisah dengan budak-budak Hanoikids tu kat situ jer...aku dah leh agak jer jalan balik hostel masa tu...sekali dia nak hantarkan juga sampai ke hostel...alahai, baiknyaaa diorang ni tau...dalam perjalanan tu aku pikir gak tak bagi apa pun kat diorang...nak bagi duit, diorang tak terima punya...kitorang nak bagi laici tadi pun diorang elak-elak...last-last aku terpikir ada souvenir aku bawa konon nak jumpa kenalan Vietnamese kat Hanoi ni tapi tak jadi...terus ampai hostel aku suh diorang tunggu jap then aku pi ambil souvenir tu...turun bawah aku bagi la diorang sekotak glass coaster dengan corak kampung di Malaysia...seronok diorang kann...

dan kami sempat bergambar terakhir dengan Vu Dung dan Mai Thanh Trinh dari Hanoikids di lobi hostel sebelum berpisah...aku sangat-sangat happy dapat peluang tour dengan diorang ni...memang sangat-sangat bagus...aku highly recommend kat sesiapa yang nak ke Hanoi tu untuk cuba book tour dengan diorang ni...memang puas hati...kagum dengan kesungguhan budak-budak universiti di Hanoi yang join Hanoikids ni untuk improve english diorang dan tambah konpiden diri...bagus!kat Malaysia pun patut ada organisasi macam ni kan...
selesai tour kami dalam jam 5.30 petang...lepas budak-budak tu balik, kami terus naik ke bilik untuk berehat dan mandi...dan tidooo...penat gila hoih...tapi tak tido terus sampai pagi tau sebabnyaaa kami ada lagi aktiviti di Hanoi malam tuuu...tak sabar!

6 comments:

  1. Amazing journey. Air yang dalam gambar first tu nampak sedap. Mango lassi ke tu?

    Vietnam, nice place to visit tapi belum ada peluang ke sana. Thanks for sharing!
    ;]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its egg coffee la pojie...hehe nnti ada rezeki smpi la tuuu...

      Delete
  2. ko ni memang best la bawak JJCM, semua berani try
    kalau aku, telur2 mentah ni memang idok la walaupun aku peminat coffee.
    beb..kerusi dia kecik benor. kalau aku duduk macam terlebih...... je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe xde la mnrah sgt wei.telur msuk air kopi pns, msk ler telur tu.hehe kerusi tu aku duk yg pjg punyaaa...hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. yup hanya di hanoi...kalo kena sana kena cuba tuh...hehehe.

      Delete