Wednesday, July 2, 2014

Bukan Cerita Travel : Jom Tambah Saham!

bila Ramadhan kembali lagi, mula la aku nak promote lagi pada korang pasal DMK atau nama penuh dia Dana Madrasah Kemboja ni...akan ada 2 masa je aku sebut DMK ni dalam blog ni tau...satu masa Ramadhan, satu masa korban...dua-dua ni adalah masa perayaan orang Islam!haaa apa istimewanya DMK ni?untuk Ramadhan kali ini, mereka sekali lagi akan menganjurkan program berbuka puasa bersama orang-orang Islam di Kemboja...jadi mereka sama-sama mengajak kita semua untuk menyumbang dan bersedekah melalui projek ini dengan nilai serendah RM10 je tau!nak bagi lebih lagi dialu-alukan....dan InsyaAllah dengan nilai serendah itu, semoga Allah menambah 'saham akhirat' kita nanti...Amin....nilai tu mungkin tak besar mana kat kita, tapi pada mereka yang kekurangan, Allahuakbar!boleh makan seminggu!jadi aku dengan besar hati, ajak kawan-kawan yang berminat untuk bersedekah di bulan yang mulia ini, jom lawat website DMK ini....atau kalo susah, aku copy paste info tersebut kat bawah ni...Jom korang!tinggal sehari dua je lagi ni...sebab aku lembab sangat nak post info ni...huhuhu tapi katanya if duit tu masuk lepas 5 Ramadhan, diorang akan masukkan ke tabung biaya cikgu-cikgu madrasah kat sana...insyaAllah tetap bermanfaat....eh aku tak cerita plak DMK ni sebenarnya banyak projek kat Kemboja tu...diorang bangunkan madrasah, sekolah, masjid untuk orang Islam kat sana....Moga Allah berikan ganjaran yang besar untuk mereka kat sana kelak...Amin!

~THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET~

TAJAAN BERBUKA PUASA DI KEMBOJA 2014




Alhamdulillah, Ramadhan bakal menjelang. Dan insyaALlah seperti tahun-tahun sebelum ini, kami buka peluang kepada sahabat-sahabat yang ingin menaja berbuka puasa/iftar di Kemboja. Ikhlas dari RM10.

BAGAIMANA NAK TAJA BERBUKA PUASA?
  • Bank in ke akaun DMK RAUDHAH (Maybank Islamic, 5624 0560 4423)
  • sebelum 5 RAMADHAN ini. dari RM10, ikhlas insyaAllah.

TARIKH TUTUP
  • selewatnya pada 5 Ramadhan ini. 
  • sumbangan yang kami terima selepas 5 Ramadhan akan digunakan untuk membayar gaji guru/pendidik madrasah tajaan DMK dan aktiviti pendidikan di sana.

INFO PROGRAM BERBUKA
  • Team DMK akan ke Kemboja pada 11-15 Julai ini.
  • Meliputi sekitar 55 kampung muslim di wilayah Kampot , dalam 5500 keluarga muslim jumlah. 
  • Populasi Muslim di wilayah ini dalam 10% dari jumlah populasinya
  • Biasanya kita akan anjurkan program/aktiviti lain bersama muslim di kawasan itu pada siang harinya.
  • Program berbuka di mulai dengan program ilmu/ tazkirah 10-15 minit sebelum waktu Maghrib
  • Sekitar 50-200 penduduk berbuka setiap masjid bersama samada dari golongan kanak2, belia, dewasa dan tua.
  • Kos berbuka puasa per masjid sekitar USD70-150, bergantung kepada populasi penduduk muslim di kawasan tersebut.

SERAHAN ZAKAT / FIDYAH
InsyaAllah boleh juga. Sila email kami.

INFO LANJUT
boleh hubungi kami di danamadrasahkemboja@yahoo.com insyaAllah

12 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih kak...moga sama2 tambah saham kita... =)

      Delete
  2. Terima kasih Dj kongsi info ni. Nanti boleh tambah saham akhirat :-)
    Dj kongsi info ni pun dh dpt saham tau :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama JM...sebar2kanlah walau sepatah...moga lebih ramai mdpt peluang ini... ;-)

      InsyaAllah mudah2an....

      Delete
  3. Murni sungguh usaha DJ ni. Semoga sentiasa dilindungi Allah swt ye. Salam Ramadhan DJ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.....Salam Ramadhan jugakkk.... =D

      Delete
  4. Ok jap gi aku nak rajinkan diri kongsi benda ni. Walau dah lepas 5 Ramadhan tapi bak kata ko, insha Allah ada guna ke lain duit tu. Yang penting untuk 'saham di sana'.

    Selamat berpuasa. Aku xsempat nak urut kat sana sebab aku segan, open sangat tempat mengurut. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks beb...panjang2 kanlah walau seayat...InsyaAllah....ada saham untuk kita nanti...Amin....

      Hehehe aiseh urut kaki je laaa kalo segan urut badan...hehehe

      Btw DMK ni buka trip buat amal ke kemboja gak..kalo-kalo berminat leh la join...hehehe sambil tu leh travel ke sana juga.... =D Selamat Berpuasa juga....

      Delete
  5. Hai DJ..salam perkenalan
    Bila baca entry nie teringat pengalaman saya sewaktu mengunjungi Kampong Cham di Kemboja 2008 dulu..
    Sesungguhnya kita amat beruntung berada di sini berbanding masyarakat islam di sana..
    Saya menyokong sepenuhnya usaha DJ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi tapak kaki...hehe tu la sy mula buka mata ngn program ni lps blik dr trip ke kemboja dulu thn 2011...

      Terima kasih atas sokongan!

      Delete