selesai je kami bershopping souvenir di kedai-kedai di tepi Osaka Castle tu, adik aku sibuk nak pergi ke toilet yang terletak berhadapan dengan Osaka Castle pulaaa...so sementara menanti adik, aku pun bergambar di hadapan sebuah pokok besar yang kering kontang dek suhu sejuk...cantik pula pemandangan sini berlatarbelakangkan langit biru, bangunan lama yang gah serta pokok besar ni...hehehe siap ada kerusi kat sini so boleh lepak-lepak sambil layan suhu sejuk mencengkam jiwa....
lepas adik pergi toilet, kami pun jalan-jalan mengambil gambar di hadapan Osaka Castle....haaa nampak tak anim yang tengah duduk kat bangku bawah pokok besar dalam gambar di atasss...haaaa duk melanguk keboringan la tu kan...so aku paksa dia bangun dan ambil gambar aku dengan Osaka Castle!haish datang jauh-jauh asyik nak duduk je kan....dia pun dengan takde mood ambil kamera dan main snap je gambar aku ala kadar!ntah tengok ntah tak dalam kamera tu kan....hoih!tak puas hati la aku...aku nak gambar senget begini, senget begitu...dia plak acuh tak acuh je ambilkan gambar...makanya aku suruh lagi dia ambil gambar aku...diva pose begini, begitu dengan bersungguh-sungguh...sekali, sama je gambar aku tak puas hati!hoih panas je aku masa ni kan...dia pun sama dah panas jugak sebab aku asyik suruh dan suruh lagi ambil gambar!mula dia merungut-rungut marah...ah aku tak pedulik!janji aku ada gambar cantik!hahaha boleh tengok la muka bengang anim masa ambil gambar selfie kami bertiga tu...tu muka tak puas hati dan emosi dengan aku la tuh!hahahaha
haaa disebabkan anim dah emosi, dia protes taknak ikut aku ngan adik masuk dalam Osaka Castle!mula dahhh dia...konon nak tunggu jer dalam sejuk tu sorang-sorang...ingat lagi insiden dia emosi sampai duk sorang-sorang dalam sejuk di Miyajima?hahaha nasib la hai...tak koser nak layan kan, makanya aku ngan adik terus je pi beratur beli tiket nak masuk Osaka Castle...peluang bukan datang selalu kan...takkan sebab dia emosi aku taknak masuk...so kami beli tiket harga 600 yen untuk dewasa...dan ambil pamplet yang disediakan....dan terus naik tangga menuju ke pintu masuk!
masuk je dalam Osaka Castle ni, baru tahu rupanya the whole castle telah diubah menjadi museum!memang tak study langsung pun pasal Osaka Castle nih...haaa dari bawah sekali ni, kita boleh pilih sama ada nak naik tangga dari satu tingkat ke satu tingkat...atau ada juga pilihan lain dengan menaiki lif dan terus menuju ke tingkat 5!haaaa haruss la aku pilih naik lif kan...keseluruhan museum ini ada 8 tingkat...tapi aku tak pasti mana perginya tingkat 6 sebab tiada dalam map dan juga dalam museum ini...tapi dalam information board ada...tapi masa aku naik tangga kat atas tu, macam takde jer....misteri kah?hehehe so apa lagi, kami terus beratur untuk menaiki lif...siap ada penjaga lif yang comel lagi di sini..bawa kita naik sama-sama terus ke tingkat 5...dia tak berhenti di tingkat lain ye....
sampai di tingkat 5, terus tengok pameran yang disediakan...tak besar sangat pun kawasan museum ni, tangga dan lif di tengah-tengah bangunan, so pameran adalah di kelilingnya...honestly, aku takde idea sebenarnya apa yang ada dalam museum ni...tak paham sangat pun cerita kat dalam ni...tapi apa yang boleh cakap ikut pemahaman aku, Osaka Castle ni dibina oleh Hideyoshi Toyotomi seorang warrior, general dan politician pada zaman Sengoku...dikatakan binaan Osaka Castle ini dia nak buat menyamai Azuchi Castle di Omi Province, milik seorang samurai terhandal suatu ketika dahulu iaitu Oda Nobunaga...so alkisah dalam museum ini, memang semuanya berkisar tentang Hideyoshi Toyotomi dan keturunan dia....masa masuk di tingkat 5 ni, aku dapat lihat miniature berkaitan 'The Summer War in Osaka'...salah satu war yang penting di mana ianya menyaksikan Osaka Castle terlepas ke tangan orang lain....masa ini anak Hideyoshi yang memerintah....ada la kisah Winter War juga sebelum Summer War ni...korang nak tahu lanjut, boleh la search sendiri kat internet ye....pokcik Google kan ado...hehehe oh ye, kat tingkat 5 ni juga ada tayangan kehidupan Hideyoshi tu menggunakan laser sebijik macam yang aku tengok di Muzium Hang Tuah Melaka awal tahun hari tu...so aku saspect, Muzium Hang Tuah dapat inspirasi dari sini kot...
dari tingkat 5 ni, kami menaiki tangga menuju ke tingkat 8 terus...senang nanti kita turun tangga jeee...bersusah dahulu, bersenang kemudian konsepnya nih...hahaha kat tingkat 8 ni ada observation deck!dapat la melayan perasaan dalam kesejukan sambil melihat sekitar kawasan Osaka...memang cantik pemandangan dari atas nih!siap kami leh skodeng anim yang tengah duduk dalam kesejukan kat bawah pokok tu lagi!hahahaha jahatkan aku....hahahaha!
lepas dah puas layan perasaan dalam sejuk tu, kami masuk semula ke dalam...kat dalam ni ada la beberapa gambar dan video yang ditayangkan berkaitan Osaka Castle ni...dan juga terdapat museum shop...tapi aku tak jenguk pun...sebab tak rasa nak beli apa pun....dan kemudian kami pun turun semula ke tingkat 7....hati-hati masa menuruni tangga ni ye...sebab sedikit curam la pada aku....
di tingkat 7 pula kami layan cerita The Life of Hideyoshi Toyotomi...banyak diorama yang disediakan menayangkan kisah Hideyoshi di sini...aku layan je la sambil takde la beriya sangat baca information kat situ...penat dah ilmiah sepanjang trip ini...hehehe tapi aku tengok gigih sangat adik aku, semua cerita nak baca!
kemudian kami turun lagi ke tingkat 4 dan 3 pula...haaa di kedua tingkat ini tidak dibenarkan untuk mengambil gambar...di sinilah terletaknya pelbagai artifak dan rekod berkaitan zaman Sengoku, zaman pemerintahan Hideyoshi....dan seterusnya kami turun lagi ke tingkat 2 pula...di sini dah boleh ambil gambar semula...kat sini terdapat information mengenai Osaka Castle ini sendiri...dan kalo korang nak ke toilet, kat tingkat 2 ni sahaja yang ada toilet ye...
dan akhirnya kami turun semula ke tingkat 1....baru nak keluar dari Osaka Castle ni, ternampak ada movie theater kat situ...adik ajak masuk...aku dah boring dah masa ni sebenarnya...tapi ikut je lah...aku memang tak pay attention langsung dalam tu...duk layan perasaan sambil ngantok...adik je beriya layan cerita mengenai Hideyoshi....
dan kemudian barulah kami keluar daripada Osaka Castle tu...terus menuju ke bawah pokok besar mencari anim...masa ini aku ternampak rupanya ada tanam time capsule kat depan Osaka Castle nih!wahhh...dah ditanam sejak 1970 lagi tau dan akan dibuka pada 5000 tahun kemudiannn???wahhh harus lah aku dah takde masa tuh weiii....berapa tahun lagi tuh nak buka tuh...huhuhuhuh dahsyatnyaaa...apa agaknya dalam time capsule tu kan...
ok selesai di kawasan Osaka Castle, kami pun bergerak meninggalkan kawasan tersebut...kali ni kami pilih jalan yang lain daripada datang..terus jer berjalan menuju ke Sakuramon Gate...berhadapan dengan Osaka Castle nih...dan keluar daripada gate Osaka Castle ini....
kami terus berjalan mengikut signage JR Subway Morinomiya Station....memang ada jer sepanjang jalan tu signage dia...cuma jalan dia agak jauh la..siap la jalan dalam kawasan pokok-pokok, turun tangga tinggi, lalu kawasan bangunan dan akhirnya kami tiba di satu kawasan luas macam park...siap ada fountain lagi kat sini...dari situ terus kami berjalan menuju jalan besar dan akhirnya tiba juga kami di JR Subway Morinomiya Station...terus kami menaiki subway di line hijau terus menuju ke Shinsaibashi!nasib baik takde transit dah, penat giler......fuuhhhh...masa ni rasa kaki nak tercabut jer!
sampai di Shinsaibashi, perut masing-masing dah kelaparan..ye la kami tak makan apa lagi kan dari pagi...terus ajak adik pergi lagi kedai sushi semalam!suka sangat aku makan kat situ...kali ni order memang menggila banding semalam...cuma kami order sushi yang sama jerrr...aku dengan aburi salmon aku...banyak okeh aku duk suruh tambah jer!hahaha adik ngan anim pula aburi salmon & udang + cheese...wahhhh banyak giler kami makan...kasi puas hati sebelum balik Malaya...ecehhh...dan total lost kami untuk lunch kali ini adalah 6,000 yen!tapi memang berbaloi-baloi sebab banyak giler kami makan...aduhh masa menaip nih aku rasa kecur air liur!teringat keenakan aburi salmon...aduhai dengan fresh, manis, lembut, masam semuaaaa adalah!nyummeehhhhh......
dah kenyang belasah sushi, kami pun bergerak balik ke hostel...sampai simpang ke hostel, tetiba adik tak masuk...dia terusss je ke depan sikit...aku layan je la ikut dia...kami masuk kedai Lego...dan tetiba masuk kedai jual barangan Kpop...aku ingatkan dia nak beli apa...sekaliiiiii dia nak suruh kitorang ambil gambar-bajet-comel-macam-kpop kat mesin nih!cehhh konon innocent, tak pnah ambil gambar kat mesin ni...tapi aku nengok cara ko edit-edit gambar kat situ, macam biasaaaaaa je dik!hahahaha makanya terpaksa la aku layan jee adik-adik bergambar gediksss kat sini!aku tak ingat bayar berapa sebab dia yang bayar...masuk duit kat mesin tu...pastu kena la bergaya dalam box yang disediakan tu...kemain lighting kat situ putih melepak jadinya....siap ada button leh pilih nak edit mata cantik ke, kulit ke...then boleh la edit-edit gambar tu tambah tulisan comel, gambar comel semua...lepas tu baru la mesin tu akan print gambar kita...haaaaa tengok la hasil gambar kami!hahahaha bengong!
lepas tu kami pun pulang ke hostel...terus anta kat mak gambar tu...dan-dan mak aku cakap comelnyerrr...hoih anak jantan mak nih yang buat menda ni tau!tak konpiussss ker!hahahaha pastu kami rileks di bilik...kemas-kemas beg...dan pada jam 6.30 petang, aku keluar semula ngan adik..aku nak pi Daiso, cari barangan buat bento member aku pesan..memang teruja aku tengok barang-barang buat bento kat situ!menarik sungguh..nasib baik takde anak lagi..kalo tak mesti dah berbento aku skang nih...hahaha pastu jalan-jalan jap di Shinsaibashi-suji tu...layan malam terakhir di bumi Jepun...cari Glico Man sekali lagi...tak puas hati aku gambar kat sini tak menjadi jer...then sempat lagi singgah makan kaki king crab bakar biarpun berharga 700 yen...belasah je la...baki duit ada lagi sikit-sikit...
lepas dah jalan-jalan tu, aku ajak pula adik singgah kedai pancake Very Fancy ni lagi sekali...sebabnya aku duk teringat-ingat pancake dia tuh...so apa lagi, terus order pancake yang biasa je dengan extra maple syrup...perghhh memang terbaiklah!suka aku...kat sini ada sorang waiter comel dan cantik serta pandai cakap omputih...adik aku dah gedik-gedik sengih kat situ...sebab dia cakap kat Jepun ni, jarang nak jumpa pompuan yang ada 2 kombinasi tu...cantik + fluent English!hahahaha pas dah habis makan, adik bayarkan makanan kat sini sebanyak 2,795 yen...Alhamdulillah...moga tak kempunan aku lagi bila balik Malaysia...
dan akhirnya kami pun berjalan pulang menuju ke hostel...sempat tapau takoyaki untuk anim di bilik....then sampai je di hostel, terjumpa dengan Masae di bawah...dia ni staff hostel yang palinggg sporting dan best!sempat la dia ajak kami bergambar sebagai kenangan...ada guna kamera dia juga...mana tau kalo dia letak gambar kat kat hostel tu nanti, korang pi ternampak pula gambar aku kan...hahaha lepas borak sekejap dengan Masae dan minta dia booking kan teksi untuk awal pagi esok, kami pun terus naik ke bilik....malam tu semua pun siap-siap kemas beg...awal pagi esok nak balik dah...sedih la pulak nak meninggalkan bumi Jepang...pastu tetiba rasa nervous giler nak naik flight hoihhh....terbayang-bayang MH370....sobssss......
AHahahah...DJ...sambil baca sambil senyum sorang-sorang i tau...mcm2 tapi best sbb jenjalan dgn adik beradik..kalau beremosi pun tak berpanjangan..Yang pasti mesti byk kenangan di sini kan
ReplyDeleteDJ byk mkn kat luar lah..nanti kongsi berapa budget habis...kami yg makan bekalan yg bawak dari msia pun habis almost RM5k...huhuhuh
Hehe ye la JM, tu lain nya jln ngan adik beradik ni...klo sentap leh main sound je terus!hahaha so xde la berbuku je dlm hati...hehehe
DeleteNnti dlm next entry sy share total bajet...xsmpi pun 5k Jm...myb sbb pi 8hari...kalo lama lg, boleh cecah gak kot...hehe
aduhh kt teringin shushi!!!
ReplyDeletejepun dah nak habis...next....surabaya kan hehehe
Nyummmm mmg sedap sushi tu...hehe tutup sushi king kalo kdai ni ada kt mesia...kehkehkeh
DeleteSblm surabaya ada domestic trip dulu...hehehe
Aktiviti sentap berlaku lagi. Hahaha aku boleh faham perasaan kau yang hangin sebab gambar xjadi, tapi aku boleh faham gak perasaan Anim sebab kena duk ulang ketik camera. Haha nasib lah adik ko kan dapat kakak2 suka sentap sesama sendiri. Tapi sempat selfie walau masam ok. Lawak sungguh.
ReplyDeleteLah ada jalan lain rupanya. Tapi jauh lah kan kena menapak. Agak2 kalau aku ajak lalu sana haritu, memang kena sumpah seranah kot. Hahaha sebab kan semua dah xsabar nak gi HRS. Mak ai bajet JM cecah 5K juga eh. Aku mula lah nak buka buku kira2 gak ni.
p/s Kejam tau tunjuk gmbr sushi kat sini. Siku kang!
Hahaha post selfie wajib okeh walaupun hemo!hahaha nasib ngn adik beradik, so x berlarutan sgt emosi...lps jumpa mknn, lupa dah hal td..kuikuikui....
DeleteAku rasa mcm jauh balik tu...tp bila pikir balik, ntah2 lg dkt kot...sbb masa dtg kan aku duk singgah sana sini...hahaha JM kayo wei...tu rm5k all in ke msuk flight n jr pass semua?hehehe
Aku teringin nak mkn aburi salmon...nyummmmmm.....
Oh muzium rupanya...kalau saya mungkin tak masuk sebab tak berapa suka muzium...
ReplyDeleteNak buka capsule lima ribu tahun lagi... entah2 Jepun pun dah takde... :)
Sy kdg suka gk msuk muzium lg yg cnggih2 nih...hehehe tu la pasal, 5000 thn lg tuh...hehehe
Deletebest...nice place.
ReplyDeleteYupmg best dan cantikk... :-D
DeleteBertuah dapat jumpa sushi sedap-sedap dan halal hmmm...nampak sangat mengiurkan...
ReplyDeleteCapsul tu ada kata-kata hikmat untuk generasi akan datang kot...?
Masa ke Osaka Castle hari tu, saya tak masuk ke dalam, sebab saya boleh tengok gambar yang DJ ambil :)
Memang sedap kak sushi tu...fresh sungguh ikan salmon tu...teringat-ingat saya akan kesedapannyaaaa....hehehe
DeleteCapsul tu nak buka lagi 5000 tahun...mungkin diorg letak juga something dari tahun 1970 tu sbg kenangan di hari kelak...hehehe
Hehehe ye ke tak masuk?ramai juga yang tak masuk Osaka Castle ni ye...saya pun tak terfikir nak masuk, tapi adik dah ajak masuk...so saya masuk je laaa...hehehe saya pun tak banyak snap gambar kat dalam tu....mayb dah hujung2 trip, dah penat nak angkat kamera...hehehe
Dj,
ReplyDeleteguide aku g VF ngan tempat makan aburi tu.
Syieda aku mmg xingat exactly lokasi kedai tu...tp dia kat shinsaibashi-suji...tmpt 1 jln pnjg berbumbung, kiri kanan jalan...so kedai mkn tu in between shinsaibashi station ngan simpang 4 ada glico man tu...VF tu kna tgk sket sbb dia belah atas kedai...kdai sushi plak ko tgk gmbr aku ada gmbr dpn kdai...
Delete*kiri kanan kedai..bkn jalan..silap plk
DeleteOk..aku kopipes nih. Harap jumpa la nanti.....
ReplyDeleteAku rasa ko amek gambar gk...nnti leh tnya org keje kt kdai2 tu gk...eh aku ingt turun tangga VF tu, belah kiri mcm kdai pakaian dalam...
DeleteWorait bebeh..
DeleteTrip aku lama lagi. So nak dekat pegi aku buzz ko lagi ek.
Bisa dong...nnti add kt fb pun boleh.aku mcm nma ko aritu kt si bibie nye fb..kalo x slh org le..hehe
Delete