Monday, May 5, 2014

TripAdikBeradik ke Jepun ^Day3^Part2 ~ Kobe


ok jom sambung cerita di Kobe, Jepun!lepas dah kenyang makan di cafe JICA, kami pun menaiki teksi menuju ke Masjid Kobe yang terletak di kawasan berbukit Kitano...tambang adalah sebanyak 1,400 yen sahaja...Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun dan telah 'survive' semasa the Great Hanshin Eathquake melanda!SubhanAllah!masa kami sampai ni kawasan masjid agak lengang ni, takde orang langsung...mayb bukan waktu solat kan...kami ambil gambar dulu di depan masjid....tak besar sangat masjid ni...
dah puas bergambar di hadapan masjid, kami pun masuk ke dalamnya melalui pintu di Islamic Culture Centre...masa kat dalam ni baru terserempak dengan orang...dia cakap tempat solat wanita di atas...so kami naik ke atas...dan masa ni terjumpa dengan seorang perempuan Indonesia...sempat berbual jap dengan dia then terus ke toilet...mak aihhhh....masa ni takde heater, so air dia sejuk sangat!rasa beku dah masa ni!phewwww....tabah je la....memang cepat-cepat je la kan...oh ye masa ni ada insiden yang berlaku, tapi biarlah menjadi rahsia aku sahaja...hehuuuuu....then solat, ambil gambar bahagian dalam masjid dari bahagian atas....dan kami pun gerak meninggalkan masjid...
betul-betul di hadapan masjid ni ada kedai runcit yang menjual barangan halal...tapi dia awal-awal dah letak signage takleh ambil gambar di dalam kedai...so amek gambar luar je la...ada pelbagai jenis makanan dari yang mentah sampai la makan terus, semuanya ada....lepas cuci mata di kedai tu, kami pun berjalan menuruni bukit menuju ke jalan besar...masa jalan ni lalu la Restoran Naan Inn yang halal dan famous di kalangan orang Malaysia yang ke sana...tapi sebab kami masih kenyang, kami tak singgah la...terus berjalan mencari arah jalan besar...aku macam biasa, follow je adik aku....
kami jalan kaki sampai la jalan besar dan nampak Higashimon Street...terus lintas jalan besar nak ke sana...tapi bila sampai dekat situ, nampak banyak kedai tutup...so terus tengok peta mencari arah seterusnya...dan masa tu baru aku perasan yang kami berhampiran dengan bus stand untuk City Loop Bus!haaa sudah tiba masanya untuk kami menggunakan 1-day pass yang telah dibeli pagi tadi...again kena lintas balik jalan besar dan pergi ke bus stand yang ada di situ...
sampai je di bus stand City Loop Bus ni, ada tulis ianya hentian no 9 bernama Kitanozaka...juga terdapat info mengenai next hentian dan juga jadual masa perjalanan bas....City Loop Bus ini mempunyai 17 hentian semuanya...bermula di Nakatottei Pier yang terletak di sebelah Kobe Port Tower....dan berakhir di Meriken Park....
tak lama kami menunggu tu, akhirnya bus pun sampai mengikut jadual yang tertera di bus stand tu...yeay sangat unik tau bus ni...cantik....masuk je dalam, tak payah tunjuk pass lagi...duduk je kalo ada tempat...dalam tu ada sorang petugas yang sangat laaa banyak cakap tanpa henti!hahaha sampai aku pikir, apesal la dia tak record je, ni nak kena ulang cakap benda yang sama di 17 hentian!sehari entah berapa kali pusing tak tau la kan...hehehe semasa menggunakan City Loop Bus ini, kita perlu scan pass semasa hendak turun...tak payah risau, bagi je pada petugas tu before turun...nanti dia akan tolong scan kan...dan serahkan kembali 1-day pass itu kepada kita...
destinasi pertama kami dengan menaiki City Loop Bus ini adalah di hentian ke 10 iaitu Kitano Ijinkan...tempat yang merupakan sebuah historical district di Kobe yang menempatkan pelbagai foreigner residences dari zaman dolu kala semasa Port of Kobe mula dibuka...terdapat banyak rumah lama yang masih didiami orang dan ada juga yang telah diubah menjadi muzium...rumah pertama yang kami masuk adalah Rhine House yang merupakan simbolik foreign residences di sini sebab ianya adalah pertama yang dibina di Kitano ini...rumah mewah ini mempunyai taman yang dijaga rapi dan cantik...
dan Rhine House ini juga telah diubah menjadi muzium yang menempatkan pelbagai jenis barangan, lukisan dan pameran dari penghuni rumah ini pada masa dahulu....layan cuci mata je di sini sambil anim emosi sebab setakat tengok rumah je...dia cakap europe lagi best kalo nak tengok rumah gini...ceh mentang-mentang dah travel europe...
kemudian kami pun keluar dari Rhine House tersebut dan terus berjalan menaiki bukit...melalui kawasan perumahan di sekitar Kitano tersebut...memang cantik rumah-rumah yang terdapat di situ...tapi takleh nak feeling sangat layan pemandangan sebab aku lebih duk layan mengah naik bukit je la...hahaha
kami berjalan sahaja sampai la menjumpai Kitano Tenman Shrine...tapi baru jumpa pintu dia je laaa...tengok-tengok sekali tangga dia nak kena daki tu tinggi giler....so sayup-sayup je la kami pandangkan...tak koser nak manjat semata tengok diorang semayang....penat wooo....
berhadapan dengan pintu shrine tu, terdapat sebuah kedai menjual souvenir...haaa masa ni la kami ternampak sharpener comel-comel yang dijual dengan harga 300 yen sahaja....haaa apa lagi terus aku beli beberapa biji buat teman-teman dan diri sendiri juga...comel sangat, tapi aku ambil yang bentuk globe tu sahaja...anim pun borong sakan sharpener dan biskut yang terdapat di kedai itu....
lepas tu kami sambung berjalan lagi melihat rumah-rumah besar di sekitar situ...tak dapat dikenalpasti rumah apa yang berwarna merah ini...tapi memang cantik....layan je la gambar dari jurugambar tak berapa profesional ni....main snap ikut sedap mata memandang saja la kan....

dan akhirnya kami ke Moegi House pula...rumah besar berwarna hijau..memang nampak gah betul...almaklum zaman dulu mana nak ada rumah besar gini...so memang orang kaya je duk sini...haaa nak masuk Moegi House ni kena bayar tau...dalam 350 yen untuk dewasa...so kami decided tak nak masuk...setakat nak tengok rumah je kan...hehehehe
lepas tu kami pun bergerak ke next destination pula...terus mencari jalan keluar dari kawasan Kitano ini...kali ini perjalanan lebih mudah sebab hanya menuruni tangga dan bukit sahaja....jom follow abam baju hijau kat depan tu...
sebelum sampai di jalan besar, tempat bus stand City Loop Bus...sempat je adik-adik aku beli cheesecake yang terdapat di situ...banyak betul kedai yang jual cheesecake ni...kat area sini juga ada tempat memjual souvenir tapi aku tak sempat singgah untuk lihat dan beli...sebab dari jauh dah nampak bus kami dah nak sampai!so cepat-cepat lari menuju ke bus stand!haaaaa nasib baik sempat naik.....
naik je bus, kami pun melalui beberapa hentian yang mempunyai tempat menarik untuk dilawati seperti  Herb Garden, Kobe Nunobiki Ropeway etc di hentian ke 12...tapi sebabkan kekangan masa, kami harus memilih la mana yang nak pergi dan mana tak payah pergi...hehehe so ke mana kami seterusnya?sabar yer...sambung dalam next entry!yeah!

13 comments:

  1. Replies
    1. yup memang cantik azra...masjid lama nih....hehe

      Delete
  2. Kobe adalah salah satu tempat yang sengaja tak pergi hari tu sebab second time datang tak nak repeat tempat yang sama hahaha :D
    ( ceh berangan nk pergi lagi :P )

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboih.....dah ada niat nak repeat dah masa kat sana lagi....hahahah saya pun nak repeat gak pi tokyo, kyushu n hokkaido...kalo ada rezeki nanti....insyaAllah.... =D

      Delete
  3. Kerlas kan layan mengah sampai xterlayan view! Hahaha. Time aku haritu ada je heater kat bilik wudhu' tu. Rasanya time ko tu diorang lupa switch on kot.

    Aku ralat sebab xsempat naik ropeway tu je. Erm, nak repeat tapi kena menabung lagi. Kata nak balik kampung kan. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aku kalo dah penat naik bukit, sesak ramai orang...memang hilang mood aku nak layan view!hahahaha tp tak berlarutan la...pastu ok balik...hehehe

      eh ada heater ke?ke aku yg salah?entah le...dalam toilet tu pun ada heater...kejung weiii aku kat toilet tuh,,,huhuhu

      ropeway aku mmg nakpi tp sbb dah ptg tu....nak pi tmpt lain lagi, so terpaksa skip...tp takpela, next time taknak dtg dah melainkan dpt offer kursus kat jica...eh? hahahahaha

      eh sejak bila ko tukar kampungggg???

      Delete
  4. thanks MKL...address nya jangan lupa tau! =D

    ReplyDelete
  5. Semua nak ripit Nippon... saya pun nak jugalah... tapi entah bila...

    Kat pasar pagi minggu kat tempat saya ada jual takoyaki... sodapnya... hehe sesaja je ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha jom repeat reramai ke Jepunnn....hehehe wah ni buat saya teringin mkn takoyaki nih...hehe

      Delete
  6. berapalah harga sebiji banglo kat sana ye?

    ReplyDelete
  7. Dj!!!!! Why me why why me why me ahahahaha mcm mana Jm leh terlepas train nehhh wahhh cantik betul view rhine house tu dan masjid kobe tu mmg lengang jgk time jm sampai dan time nak ambik wuduq mmg sejuk x ada heater pueh cari ke x jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha JM ni dah kenapa?mnyanyi lagu why me ker?hahahaha JM pun xjupe heater kt masjid tu??hahaha mcm mna laaa si bibie leh jumpaa...hahaha

      Delete